Posts

Showing posts from April, 2015

alasan saja ni !

Image
Hidup penuh dengan alasan? Alasan ni sebenarnya menunjukkan kelemahan diri kita mungkin kerana kita tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung segala cabaran apabila kita bertindak melakukan sesuatu perkara. Mungkin juga kerana kita malas. Apa-apa pun, alasan ni mampu menjadi batu besar yang menutupi pintu masuk gua secara keseluruhan. Sedangkan kita perlu berteduh di dalam gua untuk melindungi kita daripada hujan lebat dan sambaran kilat. Jika batu besar ni tiada, kemungkinan untuk kita selamat adalah tinggi. “hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih”. Selalu kita dengar peribahasa ini. Tapi, sejauh mana kita mengambil  tindakan untuk terus mengorak  langkah ke hadapan. Bagaimana keadaan kita pada masa 4 tahun dari sekarang? *teringat kata-kata seorang penulis buku Mencari Hud-Hud. Bersediakah kita untuk hadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku? Ataukah, kita akan terus rebah terguling jatuh walaupun baru di tiup oleh angin petang? Untuk memperoleh apa ya