Posts

Showing posts from March, 2017

Pau Jejak UK

Image
Hari Pertama : Arc de Triomple – Eiffel Tower – The Louvre – Grand Mosque of Paris, Paris Jadi perjalanan kami bermula di Paris. Kami memilih Saudi Arabian Airline daripada KLIA menuju ke Charles De Gaulle (CDG), Paris dan transit di Jeddah. Jangan risau pasal makanan sepanjang dalam perjalanan, sebab Saudia memberikan perkhidmatan makanan yang memuaskan hati! Gambar 1 : Makanan yang di sediakan dalam Saudia Kami tiba di CDG airport pada pukul 7:30 pagi waktu tempatan. Alhamdulillah tiada masalah di bahagian immigration . Sampai sahaja terus connect dengan wifi untuk cari jalan ke destinasi yang di rancang. Kami tak beli wifi (di situ ada jual wifi). Jadi kami screenshot nama-nama train station dan cara nak ke destinasi. Jadi daripada CDG airport kami mengambil bus direct ke Gare de Lyon (salah satu stesen kereta api) untuk letak bagpack kami. Tapi, nak cari tempat letak beg ini makan masa sikit. Sebab tak jumpa di mana dan kami dah tanya salah seorang pekerja