Posts

Showing posts from June, 2015

Jalan Pulang

Image
"Stressnya aku". Jalan Pulang.  Semakin lama, semakin banyak kerja yang perlu dan wajib dibuat. Pemboleh ubah yang di manipulasikan adalah masa.  Dan pemboleh ubah bergerak balas itu adalah kerja. Jadi, masa akan menentukan kuantiti ataupun kualiti sesuatu pekerjaan itu. Boleh jadi juga, kalau kerja tu kita cyanto buat (maksud: teliti) mengikut masa, kualiti pekerjaan itu mestilah mantop. Ya, well prepared. Masakan tidak. Kalau kerja kita tu kena submit esok mahupun lusa tapi kita tak start apa-apa langsung , perancangan tidak cukup mantop, terang lagi bersuluhlah kan yang kualiti pekerjaan kita tu tidak sehebat orang yang start kerja dia awal. *dush, zap zap, batu besar jatuh atas kepala sendiri*  "Padatnya jadual minggu hadapan. Ah. Aku stress. Nak balik", bisik hatiku. Minggu depan sangatlah padat jadual. Ada kerja yang kena submit ahad ni, report yang kena hantar Selasa akan datang ni, dengan dua test, yang mana kedua-dua test tu sangat mencabar s