Posts

Showing posts from 2017

Baito itu memenatkan

Baito (Part time) antara perkara yang biasa di lakukan oleh pelajar-pelajar, tidak kisahlah di Malaysia, Korea, Jepun, Australia dan sebagainya. Ada yang melakukan baito kerana tidak cukup wang pembayaran universiti, ada yang kumpul wang untuk berjalan-jalan, tak lupa juga ada yang buat baito sebab nak hantar duit kepada mak dan abah masing-masing. Aku juga tidak ketinggalan untuk melakukan baito di sini (atas tujuan apa aku melakukan baito, biarlah rahsia). Ada wanita A. Sudah berkeluarga, mempunyai anak dan sudah bekerja. Tetapi, suatu hari itu dia menyatakan hasratnya ingin meneruskan pembelajarannya kepada suaminya. Pada awalnya dia tidak meletakkan harapan kerana dia ingin melanjutkan pembelajarannya ke luar negara. Tetapi, memang sudah tertulis pada takdirnya, suaminya membenarkan dia meskipun harus berjauhan dari kampung asalnya dan keluarganya. Dia memekakkan telinganya daripada kritikan orang lain mengenai keputusan untuk sambung belajar ke luar negara tanpa biasiswa. Ya.

Himeji's Unsung Heros

Image
"座席A または Eのお客様をご案内させていただきます" (Baca: Zaseki A matawa E no okyakusama wo goannai saseteitadakimasu) (Maksud: Saya akan guide penumpang yang dapat seat A ataupun E (lebih kurang macam ni lah)) Suara peramugari berlegar di ruang angkasa memanggil penumpang-penumpang yang akan menaiki pesawat sebentar lagi. Begitulah salah satu kisah hidup aku. Sebulan sekali pasti akan ke Lapangan Terbang Fukuoka. "Kayanya kau Jah tiap-tiap bulan naik kapal terbang". Ya Ya. Kaya dah jadi kayap. Haha. Kenapa setiap bulan aku akan book ticket flight go to somewhere else? Tak boleh ke duduk rehat kat rumah sahaja? Ataupun jalan-jalan je lah kat Kyushu tu. Banyak je kan tempat-tempat menarik? Meh sini nak cerita. Do you ever imagine what is the feeling of being far away from your beloved peoples and feel lonely? And you need something to fill your heart? .....................................................................................................................

Pau Jejak UK

Image
Hari Pertama : Arc de Triomple – Eiffel Tower – The Louvre – Grand Mosque of Paris, Paris Jadi perjalanan kami bermula di Paris. Kami memilih Saudi Arabian Airline daripada KLIA menuju ke Charles De Gaulle (CDG), Paris dan transit di Jeddah. Jangan risau pasal makanan sepanjang dalam perjalanan, sebab Saudia memberikan perkhidmatan makanan yang memuaskan hati! Gambar 1 : Makanan yang di sediakan dalam Saudia Kami tiba di CDG airport pada pukul 7:30 pagi waktu tempatan. Alhamdulillah tiada masalah di bahagian immigration . Sampai sahaja terus connect dengan wifi untuk cari jalan ke destinasi yang di rancang. Kami tak beli wifi (di situ ada jual wifi). Jadi kami screenshot nama-nama train station dan cara nak ke destinasi. Jadi daripada CDG airport kami mengambil bus direct ke Gare de Lyon (salah satu stesen kereta api) untuk letak bagpack kami. Tapi, nak cari tempat letak beg ini makan masa sikit. Sebab tak jumpa di mana dan kami dah tanya salah seorang pekerja

Aunty itu perantaraan

"Zreeekkk" Bunyi pintu di kuak dari luar. Dengan sepantas kilat aku bangkit daripada pembaringan ku.  "Oh. Seorang mak cik." Bisik hatiku. "KLIA?", mak cik tu memecahkan kesunyiaan suasana. "Err. A'aa. Balik ke KLIA petang ini. Balas ku. "Oh. Aunty dari KLIA. Datang nak berjalan di sini." Kata aunty itu. Terus ku tanya, "Oh. Datang sendiri ke? Atau pun under travel agency?" "Oh. Aunty jalan sendiri." And i was like. "Wow. Hebatnya aunty ni travel sendiri ke Jepun. Aunty tu pun cerita dia dah pernah pergi Korea sendiri. Oh ya, dia travel bersama-sama dengan suami dia.  Dan kami pun berbual-bual. Aku memberitahu aunty itu aku belajar di Jepun, di bawah tajaan. Dan aunty tu pun cerita anak kenalan dia bekerja di Tokyo. Dan sembang punya sembang, aunty tu pun nak berlalu pergi. Tiba-tiba dia datang berjalan ke arah ku. Sambil memegang sesuatu dalam gengaman tangan di