Posts

Showing posts from 2016

Mustahil!

Image
Tik tik tikk tikk Hujan turun rintik-rintik. Hujan. merupakan salah satu cuaca yang aku suka. Kenapa? Dalam hujan itu ada suatu ketenangan, kedamaian dan juga kesyukuran.  "Eh, kalau hujankan susah nak keluar. Jalan jadi licin, kebarangkalian untuk berlaku kemalangan juga tinggi di sebabkan faktor jalan yang licin dan had penglihatan di sebabkan kabusnya keadaan." Ya. Betul. Tapi, itu bergantung juga pada individu. Jikalau dia seorang yang penyabar, berhati-hati, itu tidak akan menjadi masalah. Aku suka Hujan. Kalau kita menangis dalam hujan, orang di sekeliling kita tidak akan perasan yang kita sedang menangis. Dalam hujan juga kalau kita berteriak, jiran sebelah tidak akan dengar. Hujan ni juga menjadi sumber utama dalam kehidupan seharian kita sebagai punca air kita. Kalau tiada hujan, maka kita terpaksa minum air laut yang masin. Alhamdulillah hujan sentiasa turun walaupun kehadiran dia kadangkala kita tidak sedar dan kehadiran dia bukanlah sesuatu perkara ya

Buah Apa? Buah Fikiran

Image
*Jika kau fikirkan gambar ini ada kaitan dengan post ini, maka ianya akan berkaitan.*  Menarik tak kalau ada mesin untuk membaca pemikiran orang? Kalau orang tu berniat jahat pada kita, kita boleh ambil langkah berjaga-jaga supaya kita tidak terjebak dalam agenda dia. Tapi, kalau orang tu berniat nak memberikan kita kejutan, seperti sambutan hari jadi sudah pasti perkara itu tidak memeranjatkan kita kan? Ada baiknya kita tak boleh baca pemikiran orang lain. Sebagai kita menghormati privasi orang tersebut. Macam mana pulak pemikiran orang yang optimistik, sentiasa positif dengan pemikiran orang yang sentiasa resah, gelisah dan negatif? Haaaa. Meh nak cerita. Situasi 1: Pada suatu petang yang damai dan anginnya yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, Ayu berjalan dengan lenggangnya menuju ke rumah sewa Kiyah. Dengan hajat ingin meminta tolong daripada Kiyah. Sejurus sampainya Ayu ke rumah Kiyah, dia pun memberi salam dan terus menyatakan hajatnya ke rumah Kiyah. "Yah Yah.

Pengharapan Itu.

Tak kenal lagi dah di tolak mentah-mentah? Letak harapan setinggi gunung, tapi tiba-tiba gunung memuntahkan lava-lava yang panas yang mengakibatkan beribu kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar? Hmmm. Apa yang ingin aku sampaikan? Haaaa. Biasa tak kita di kecewakan? Mestilah biasa kan. Yelah. Manusia. Nobody perfect. Dan takkan ada yang mencapai tahap kesempurnaan itu. Pasti akan ada cacat celanya di mana-mana. Lama sungguh aku menyepi dari dunia penulisan ku sendiri. Sebabnya aku sedang bertarung dengan diri sendiri. Pertarungan dengan diri sendiri ni lah antara pertarungan yang susah. *pada pendapat aku*. Dan aku pun baru sahaja menghabiskan peperiksaan terakhir, sem terakhirku di Malaysia. InsyaAllah. Boleh di katakan peperiksaan kali ni peperiksaan paling berdarah. Kenapa? Sebab aku di uji dengan perasaan ku sendiri sewaktu minggu ulang kaji. Macam mana aku berjaya menghabiskan peperiksaan ku dengan bergayanya? Ya. Sudah pasti dengan doa, solat bagi kencang, dan sokongan d