Posts

Showing posts from September, 2015

Intra Terbhaekk.

Image
Di isytiharkan Intra di GiatMara Puchong sudah berakhir pada hari ini iaitu 18 Sep 2015 !!!! *mereka hantar sampai ke luar pagar dan tunggu kami naik van (T ^ T)*  Yeaaahhh. Eehh. Cop. Bakpe air mata mengalir? Haha.  Seriously, sebak gila nak berpisah dengan budak-budak Giatmara Puchong, Abang Daus, Cikgu Azam, Cikgu Maizan, Pengurus, dan semua cikgu-cikgu, makcik kedai belakang, makcik jual keropok lekor, dan semualah! Hampir 2 bulan aku, Fitrah, Zulharith, Kocha, Ben kena train kat sini.  Walaupun kami dapat di Giatmara, tapi pada pendapat aku, seakan-akan aku dapat tempat yang paling baik di Malaysia ni. Ya lah. Rapat dengan cikgu-cikgu, pelatih-pelatih dan makcik kedai makan. Siap bergurau senda lagi. Sangat berharga. Tak terkata. Sangat bermakna. Kat sini kami (pelajar elektrik elektronik) belajar mengenai pendawaian elektrik domestik. Pergh! Memang masuk situ kosonglah. Masuk situ kosong, tapi kami keluar dengan pelbagai ilmu pendawaian. Kami belajar pendawaian lampu

Sayang ku seribu kali sayang

Image
*post kali ni lebih kepada diri sendiri punya kisah. Hahaha * *mereka tidur rumah aku. (*´∇`*)*  Ya. Selalu dah kan dengar perkataan "Ukhwah tu lebih manis daripada gula"?  Tapi, ukhwah tu ukhwah yang macam mana? Sekadar kata "Ana Uhibbu Anta"  *eh macam salah. Maafkan saya*, "Saya sayang awak kerna Allah", " I love you", "If you tara, I tara selera" dan macam-macam lagi. Hmmm. "Ukhwah ni apabila kawan kita tu walaupun dia sakiti hati kita, ataupun goreskan hati kita tapi kita still berkawan dengan dia, rasakan kemesraan antara hati-hati kita sebab kita pada JALAN yang SAMA. Sebabnya? Allah tu menjadi perantaraan antara hubungan kita dan hubungan dia. Manusia kan tiada yang sempurna. Pasti ada kesilapan mahupun sedar ataupun tidak. Terima seadanya. Letakkan Allah sebagai perantaraan antara kita dan dia".  Hmm. Lebih kurang lah ayat yang di lontarkan oleh salah seorang teman seperjuangan ku. "Terima walaup