Posts

Showing posts from October, 2015

Puisi 1

Hampa,  Pabila kau sudah meletakkan kepercayaan, pengharapan terhadap sesuatu,  Kau sudah memperoleh kata-kata semangat,  Mereka kata mereka akan membantu kau,  Tapi belum tiba masa untuk kau membuktikannya,  Mereka telah pun membuang kau. Manusia,  Setiap manusia mempunyai kepelbagaian karakter,  Tak usah cemburu pada kelebihan orang lain,  Tak usah iri hati dengan kebahagian orang lain,  Kan jalan hidup setiap orang berbeza-beza,  Apa yang di tempuhi dalam kehidupan itu adalah perencah dalam kehidupan,  Pahit, manis, tawar, payau,  Bercampur menjadi satu,  iaitu kehidupan. Lemah,  Kekadang itu ku rasa tidak mempunyai kudrat untuk melangkah,  Kehilangan semangat dalam perjuangan,  Rapuh dalam mencorak langkah,  Tersungkur rebah ke bumi,  Lalu, ku di sambut dengan suatu pelukan, "Awak kuat. Awak mampu hadapi ini semua. Yakin padaNya",  Aku mengorak lagi langkah ku itu dengan luka yang penuh pada badan,  Tanpa menoleh kebelakang, Aku terus berjalan ke hadapan,  Dengan ke

Prolog : Jay

Kisah ini tentang Aku. Aku yang di lahirkan di muka bumi Allah. Aku yang merupakan anak kepada ibu dan ayah aku. Aku yang merupakan adik kepada abang dan adik aku. Dan Aku yang mempunyai adik-adik yang girang. Sebelum tu. Biarlah Aku kenalkan diri Aku. Nama panjang Aku Jay. Nama pendek J. Aku ni walaupun seorang perempuan yang comel (puji diri sendiri), tapi perwatakan Aku lasak, ganas, dan sedikit tomboy. Mungkin sebab sewaktu kecil-kecil Aku selalu bermain dengan abang-abang Aku dan sepupu Aku yang kebanyakannya lelaki. Permainan Aku dulu kutip biji getah, main perang-perang. Lagi, panjat pokok. Ahh. Yang penting berpanasan lah. Teringat sewaktu itu, Aku di rotan dengan tali pinggang ayah ku sebabnya selalu sangat main di luar. Dulu Aku juga selalu sangat bergaduh dengan adik-adik aku. Bergaduh sampai keluar air mata, campak barang. Haha. Zaman budak-budak. Aku bahagia dengan keluarga Aku ni. Walaupun masing-masing berbeza perwatakan dan sifat, tapi alhamdulillah aku di lahirk