alasan saja ni !




Hidup penuh dengan alasan?

Alasan ni sebenarnya menunjukkan kelemahan diri kita mungkin kerana kita tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung segala cabaran apabila kita bertindak melakukan sesuatu perkara. Mungkin juga kerana kita malas. Apa-apa pun, alasan ni mampu menjadi batu besar yang menutupi pintu masuk gua secara keseluruhan. Sedangkan kita perlu berteduh di dalam gua untuk melindungi kita daripada hujan lebat dan sambaran kilat. Jika batu besar ni tiada, kemungkinan untuk kita selamat adalah tinggi.

“hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih”. Selalu kita dengar peribahasa ini.

Tapi, sejauh mana kita mengambil  tindakan untuk terus mengorak  langkah ke hadapan.
Bagaimana keadaan kita pada masa 4 tahun dari sekarang? *teringat kata-kata seorang penulis buku Mencari Hud-Hud. Bersediakah kita untuk hadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku? Ataukah, kita akan terus rebah terguling jatuh walaupun baru di tiup oleh angin petang?

Untuk memperoleh apa yang kita impikan, pelbagai pengorbanan yang perlu kita lakukan. Seperti pengorbanan masa, tenaga dan kegemaran. Kadang kala, apa yang kita suka itu tidak baik untuk kita, dan kadang kala apa yang kita tak suka itu adalah yang terbaik untuk kita. Kita tak tahu, tetapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. *boleh semak surah al-Baqarah ayat 216*

Tetapi, apabila apa yang kita impikan itu tidak di kecapi, jangan pula menyerah kalah. Seperti di ketahui ramai, setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Kita lihat semula, kepada siapa kita letak pengharapan? Kepada pensyarah? Kepada diri sendiri? Kepada rakan? Kepada usaha? Atau kepada Allah? Mana satu perkara yang paling utama atas yang utama?

Seperti dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4, jika kita selami dan hadam isi yang di sampaikan , insyaAllah tip top kehidupan kita. Yelah, awal-awal ayat lagi dah di tegaskan bahawa Allah itu satu.  Kalau kita pegang ayat ni betul-betul, hati kita insyaAllah akan bersih dan hati kita sepenuhnya meletakkan pengharapan kepada Allah. Dengan ini, kita akan bebas daripada apa jua beleggu yang kita hadapi sama ada belenggu nafsu, belenggu tarikan dunia dan kita akan mentauhid kan Allah sepenuh hati.

Ahhhh. Alangkah indahnya kalau begini.

Masakan bisa, kalau sesuatu produk itu rosak, dan hanya penciptanya sahaja yang tahu bagaimana nak baiki produk itu kita hantar ke pencipta yang lain. Rosaklah produk itu. Macam kita juga, kalau kita rosak, ke mana harus kita pergi? Kenapa perlu menidakkan perkara yang benar?
Apakah yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu perkerjaan? Kerana habuannyakah?  Seperti dalam surah al-Fath ayat 11 dan 15. Kedua ayat ini menceritakan mengenai suatu kaum yang pada awalnya menolak tawaran berperang, tetapi apabila ingin mengumpul harta rampasan perag, mereka menawarkan diri mereka. Kadang kala kita pun begitu, bertindak untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek.*menangis*

Apa-apa pun yang sedang kita perjuangkan, yakinlah pada Allah. Letakkan pergantungan hanya kepada Dia kerna perancangan Dia jauh lebih baik daripada kita.


“dan agar Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat(banyak) 48:3

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran