Posts

Showing posts from December, 2015

Bahagian 1: Penggerak Hati

"Untuk pelajar-pelajar yang ingin membuat pendaftaran masuk Semesta Satu, sila hadirkan diri anda ke Dewan Utama untuk menghadiri taklimat kemasukan pada jam 1.00 petang. Terima kasih." Ya. Hari ini merupakan permulaan hari baru ku ke alam universiti. Ini merupakan kali pertama Aku meninggalkan keluarga ku dalam tempoh yang lama untuk berjuang dalam medan pembelajaran ini. Selama ini pun, mak dan ayah ku tidak membenarkan Aku untuk memasuki mana-mana sekolah berasrama. Tapi, kali ini mereka merelakan pemergian ku untuk mencapai impian ku dan juga impian mereka. Aku di campak di salah sebuah universiti di Sabah. Dan Aku tidak mempunyai kenalan di sini. "Eh, adik baru masuk ke universiti ini ke? Haaa. Nama akak Munirah. Boleh panggil Kak Muni. Akak pelajar semesta 4 dalam jurusan Syariah. Kamu nak pergi ke bilik kamu ke? Mari akak tunjukkan." Tidak sempat aku menjawab apa-apa persoalan daripada dia, dia dah pun memberitahu ku maklumat diri dia. Sepanjang perjalana