Posts

Showing posts from 2015

Bahagian 1: Penggerak Hati

"Untuk pelajar-pelajar yang ingin membuat pendaftaran masuk Semesta Satu, sila hadirkan diri anda ke Dewan Utama untuk menghadiri taklimat kemasukan pada jam 1.00 petang. Terima kasih." Ya. Hari ini merupakan permulaan hari baru ku ke alam universiti. Ini merupakan kali pertama Aku meninggalkan keluarga ku dalam tempoh yang lama untuk berjuang dalam medan pembelajaran ini. Selama ini pun, mak dan ayah ku tidak membenarkan Aku untuk memasuki mana-mana sekolah berasrama. Tapi, kali ini mereka merelakan pemergian ku untuk mencapai impian ku dan juga impian mereka. Aku di campak di salah sebuah universiti di Sabah. Dan Aku tidak mempunyai kenalan di sini. "Eh, adik baru masuk ke universiti ini ke? Haaa. Nama akak Munirah. Boleh panggil Kak Muni. Akak pelajar semesta 4 dalam jurusan Syariah. Kamu nak pergi ke bilik kamu ke? Mari akak tunjukkan." Tidak sempat aku menjawab apa-apa persoalan daripada dia, dia dah pun memberitahu ku maklumat diri dia. Sepanjang perjalana

Senyum

"Ahhh. Layakkah aku untuk masuk daigaku itu."  Keluh ku di dalam hati. Uhhh. Berat nanang.  Ya, aku memang seorang yang tak berapa nak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Nak buat sekecil-sekecil benda macam lontarkan idea yang bersarang dalam kepala pun tak berani dan tak yakin. Asyik fikirkan orang lain ja.  "Nanti orang ni kata idea aku merepek pula. Baik aku diam".  Sedangkan tak salah pun untuk mencuba dan lontarkan pendapat tu. Terserah pada individu masing-masinglah kan sama ada nak dengar ataupun tidak.  Tapi, tulah kelemahan aku. Rela berdiam diri daripada bersuara. Lepas tu dalam hati memberontak dan degil dengan idea sendiri dan penyudahnya mengalah tanpa bertanding dan terima idea orang lain. Yalah, jenis pendam dan dendam . Eh? Sedih. Aku rasa aku antara yang saitei. Programming tak boleh. Denjiki tak boleh. Denshi tak boleh. Apa yang aku boleh? Aku tak tahu apa kelebihan aku. (T^T).  Tapi, aku yakin. Aku Yakin yang Allah akan bagi jalan yang terb

Puisi 1

Hampa,  Pabila kau sudah meletakkan kepercayaan, pengharapan terhadap sesuatu,  Kau sudah memperoleh kata-kata semangat,  Mereka kata mereka akan membantu kau,  Tapi belum tiba masa untuk kau membuktikannya,  Mereka telah pun membuang kau. Manusia,  Setiap manusia mempunyai kepelbagaian karakter,  Tak usah cemburu pada kelebihan orang lain,  Tak usah iri hati dengan kebahagian orang lain,  Kan jalan hidup setiap orang berbeza-beza,  Apa yang di tempuhi dalam kehidupan itu adalah perencah dalam kehidupan,  Pahit, manis, tawar, payau,  Bercampur menjadi satu,  iaitu kehidupan. Lemah,  Kekadang itu ku rasa tidak mempunyai kudrat untuk melangkah,  Kehilangan semangat dalam perjuangan,  Rapuh dalam mencorak langkah,  Tersungkur rebah ke bumi,  Lalu, ku di sambut dengan suatu pelukan, "Awak kuat. Awak mampu hadapi ini semua. Yakin padaNya",  Aku mengorak lagi langkah ku itu dengan luka yang penuh pada badan,  Tanpa menoleh kebelakang, Aku terus berjalan ke hadapan,  Dengan ke

Prolog : Jay

Kisah ini tentang Aku. Aku yang di lahirkan di muka bumi Allah. Aku yang merupakan anak kepada ibu dan ayah aku. Aku yang merupakan adik kepada abang dan adik aku. Dan Aku yang mempunyai adik-adik yang girang. Sebelum tu. Biarlah Aku kenalkan diri Aku. Nama panjang Aku Jay. Nama pendek J. Aku ni walaupun seorang perempuan yang comel (puji diri sendiri), tapi perwatakan Aku lasak, ganas, dan sedikit tomboy. Mungkin sebab sewaktu kecil-kecil Aku selalu bermain dengan abang-abang Aku dan sepupu Aku yang kebanyakannya lelaki. Permainan Aku dulu kutip biji getah, main perang-perang. Lagi, panjat pokok. Ahh. Yang penting berpanasan lah. Teringat sewaktu itu, Aku di rotan dengan tali pinggang ayah ku sebabnya selalu sangat main di luar. Dulu Aku juga selalu sangat bergaduh dengan adik-adik aku. Bergaduh sampai keluar air mata, campak barang. Haha. Zaman budak-budak. Aku bahagia dengan keluarga Aku ni. Walaupun masing-masing berbeza perwatakan dan sifat, tapi alhamdulillah aku di lahirk

Intra Terbhaekk.

Image
Di isytiharkan Intra di GiatMara Puchong sudah berakhir pada hari ini iaitu 18 Sep 2015 !!!! *mereka hantar sampai ke luar pagar dan tunggu kami naik van (T ^ T)*  Yeaaahhh. Eehh. Cop. Bakpe air mata mengalir? Haha.  Seriously, sebak gila nak berpisah dengan budak-budak Giatmara Puchong, Abang Daus, Cikgu Azam, Cikgu Maizan, Pengurus, dan semua cikgu-cikgu, makcik kedai belakang, makcik jual keropok lekor, dan semualah! Hampir 2 bulan aku, Fitrah, Zulharith, Kocha, Ben kena train kat sini.  Walaupun kami dapat di Giatmara, tapi pada pendapat aku, seakan-akan aku dapat tempat yang paling baik di Malaysia ni. Ya lah. Rapat dengan cikgu-cikgu, pelatih-pelatih dan makcik kedai makan. Siap bergurau senda lagi. Sangat berharga. Tak terkata. Sangat bermakna. Kat sini kami (pelajar elektrik elektronik) belajar mengenai pendawaian elektrik domestik. Pergh! Memang masuk situ kosonglah. Masuk situ kosong, tapi kami keluar dengan pelbagai ilmu pendawaian. Kami belajar pendawaian lampu

Sayang ku seribu kali sayang

Image
*post kali ni lebih kepada diri sendiri punya kisah. Hahaha * *mereka tidur rumah aku. (*´∇`*)*  Ya. Selalu dah kan dengar perkataan "Ukhwah tu lebih manis daripada gula"?  Tapi, ukhwah tu ukhwah yang macam mana? Sekadar kata "Ana Uhibbu Anta"  *eh macam salah. Maafkan saya*, "Saya sayang awak kerna Allah", " I love you", "If you tara, I tara selera" dan macam-macam lagi. Hmmm. "Ukhwah ni apabila kawan kita tu walaupun dia sakiti hati kita, ataupun goreskan hati kita tapi kita still berkawan dengan dia, rasakan kemesraan antara hati-hati kita sebab kita pada JALAN yang SAMA. Sebabnya? Allah tu menjadi perantaraan antara hubungan kita dan hubungan dia. Manusia kan tiada yang sempurna. Pasti ada kesilapan mahupun sedar ataupun tidak. Terima seadanya. Letakkan Allah sebagai perantaraan antara kita dan dia".  Hmm. Lebih kurang lah ayat yang di lontarkan oleh salah seorang teman seperjuangan ku. "Terima walaup

Orang Asing

Image
                     *ehhh. Cahaya UFO* Malam itu dia terasa kesepian. Di saat semua  roommate  dia enak di buai mimpi indah, dia masih lagi termangu sambil memandang ke arah luar jendela. Tidak semena-mena satu persatu memori dari zaman persekolahan dia sehingga diri dia yang sekarang ni singgah ke benak pemikiran dia. Ya lah. Kalau dah bersendirian ni memang macam-macam lah yang di fikirkan. Masa lampau, masa kini, masa hadapan, masa bujang, masa hidup berumahtangga. #ehh. Kalau nak di buat perbandingan, diri dia yang dahulu dan sekarang ni sangatlah jauh berbeza. "Kau  couple  dengan siapa sekarang?" Tu merupakan antara topik  hot  antara dia dan rakan-rakannya. Boleh di katakan setahun sekali dia berubah pasangan.  Hotstuff . Setiap kali berpasangan, macam-macamlah dia terima hadiah. Daripada patung beruang kepada bunga hidup.  Setiap kali putus dengan pasangannya tu, jangan cakaplah berapa banyak gelen air mata dia dah habiskan. Sehinggalah dia ni m

#TipsMasukU

#TipsMasukU Hot kan #hashtag ni. Well *flip tudung* Saya merupakan pelajar tahun ke tiga jurusan Elektrik Elektronik. Saya merupakan seorang pelajar yang bersemangat nak belajar. Cheeeh  ( ・ิ,_ゝ・ิ). Sebelum ni aku sekadar belajar di sekolah menengah harian yang setiap hari berulang alik dari rumah ke sekolah. Kredit kepada Abah sebab awal-awal masa tingkatan 1 dulu sanggup pagi-pagi yang sejuk menggigit bulu roma menghantar aku ke sekolah yang berjarak dalam 15 min dengan menunggang motosikal. Takkan ku lupa. Dulu, waktu sekolah menengah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 aku akan berjumpa dengan rakan-rakan di sekolah. Kalau bukan di sekolah pun kat rumah kawan-kawan yang lain. Yela, dengan study group nya, leypark(perkataan asal : lepak) dan macam-macam lah. Dulu takda lah aku terasa hati sangat dengan kengkawan. Yela, ada keluarga depan mata. Lega hati sikit apabila tengok mereka. Tetapi, itu suatu ketika dahulu. Sekarang, daripada tahun 2013 sehingga kini, hidup ku

Ehhh

"Eh, kau  g  amek  buku tu daripada bilik cikgu" "Eh, kau tolong  amekkan  beg aku yang kat sebelah kau tu." " Wei , jangan banyak cakap, ikut aku jom pergi  sekian sekian sekian......... " Pernah tak alami waktu-waktu macam ni?  Nak jujur ni. Aku selalu dah kena  beb . Kadang-kadang tu sampai tahap  "Ahhh. Lantaklah malas dah nak terasa hati dengan  sekian sekian sekian nih ".  Tapi, kau tetap juga ikut apa yang dia suruh.  Sob.  Menangis tak berlagu  wei . Haha.  Kadang kala tu terasa lah jugak di pergunakan, di pandang rendah, di anggap sebagai insan yang tidak bermaya, yang tak pandai nak memertahankan diri.  Sebabnya aku tak reti nak membuatkan orang terasa hati, sedih dengan aku. Aku lebih sanggup hati ini terluka bagai terkena serpihan buluh daripada aku menghampakan orang lain. Oh. Sedih.  ╭( ๐_๐)╮. "Sampai bila nak di pijak?"  Entahlah. Sampai bila-bila kot.  *bisik hati kecil* Hei hei hei.  Kenapa kata

Tempoh

Image
Dalam Al-Quran ada menyebutkan soal Iddah. Iddah yang kita faham adalah suatu tempoh penyucian untuk kaum wanita yang di ceraikan oleh suami dia mengikut  jyouken  (keadaan) masing-masing. Tempoh ini di perlukan untuk menjaga kesucian wanita itu sendiri dan untuk mengelak daripada berlakunya salah faham mengenai kandungan (jika wanita tersebut mengandung). Yelah. Takut keliru anak tu anak siapa macam tu lah.  Islam sangatlah menjaga wanita, meninggikan martabat wanita, tetapi mengapakah ramai yang tidak merasai dirinya di pandang dengan suatu nilai yang sangat berharga? Berbalik topik iddah. Iddah merupakan suatu tempoh masa. Tempoh masa . Ya. Tempoh masa. *dalam semua keadaan akan ada suatu tempoh kita berhenti tanpa melakukan apa-apa melainkan berfikir*  Kita sebagai manusia kadang kala memerlukan suatu tempoh masa untuk membuat sesuatu keputusan. Tempoh masa untuk bersiap. Tempoh masa untuk berfikir. Tapi kita guna tak tempoh masa yang kita ada tu untuk mereflek diri se

Kejayaan Itu.....

Image
 *kredit pada seseorang yang buat ini.* "Semua pelajar di kehendaki berkumpul di dalam Dewan Jubli Intan. Dalam masa 5 minit lagi kerana keputusan SPM akan di umumkan." Aku melangkah dengan langkah yang agak perlahan sambil berdoa dalam hati. "Eh Gi. Jomlah. Cepat sikit jalan." Kawan ku menegur daripada belakang. Pelajar-pelajar lain dengan sepantas kilat bergerak ke arah dewan. "Aku da tahu dah keputusan aku. Aku check guna phone tadi. Kau tak nak check ke?" "Eh tak nak lah. Tak surprise lah nanti." Kedengaran perbualan dari belakang tempat duduk ku. Aku, Zati, Hanan, dan Hada berkumpul sambil menenangkan hati antara satu sama lain. Kami se geng selalu belajar bersama, berjalan bersama-sama dan melakukan perkara gila-gila bersama-sama. Antara perkara gila-gila tu ialah kami menunggang motor, pergi ke bandar tanpa lesen. Alhamdulillah lah kami di selamatkan oleh Allah. Selain tu kan, kami pernah sambut hari jadi kawan kami di

CurHat

Image
Sungguh lega peperiksaan Sem 5 sudah berakhir. Tapi. Pergh ! Cuak dia jangan cakap ah .  Seres  cuak tahap dewa. *huhh* Minggu  final  kami tiada  study week,  dengan waktu yang padat, pada bulan puasa, kami kena  faito  abes-abesan  untuk mengulang kaji pelajaran, dan dalam pada yang sama nak bahagikan masa sebagai Hamba Allah. Siapa tak nak kejar keberkatan bulan Ramadhan? Tiada kan?  Tapi, bulan Ramadhan kali ni sungguh di rasakan begitu pantas, dan terasa kenikmatannya sedikit. *mungkinkah aku sendiri yang  syok sendirik ?. Semoga Allah berkati * Sempatlah Ramadhan kali ni buat  target  yang di rancang, walaupun bukan semua dapat di capai.  Dia punya perasaan apabila berjaya buat yang kita  ai m  tu, Pergh!! Rasa macam baru menang Award yang berprestij  giler . Ahaikksss. Tapi, tak semua orang rasa kemanisan beribadah. Terutamanya bulan Ramadhan. *tapi bukan bermakna bulan Ramadhan je kena  pulun abes-abesan  bangun qiam, baca al-quran. Permulaan perlumbaan menuju ke arah