Jalan Pulang

"Stressnya aku".


Jalan Pulang. 


Semakin lama, semakin banyak kerja yang perlu dan wajib dibuat. Pemboleh ubah yang di manipulasikan adalah masa.  Dan pemboleh ubah bergerak balas itu adalah kerja. Jadi, masa akan menentukan kuantiti ataupun kualiti sesuatu pekerjaan itu.
Boleh jadi juga, kalau kerja tu kita cyanto buat (maksud: teliti) mengikut masa, kualiti pekerjaan itu mestilah mantop. Ya, well prepared. Masakan tidak. Kalau kerja kita tu kena submit esok mahupun lusa tapi kita tak start apa-apa langsung , perancangan tidak cukup mantop, terang lagi bersuluhlah kan yang kualiti pekerjaan kita tu tidak sehebat orang yang start kerja dia awal.
*dush, zap zap, batu besar jatuh atas kepala sendiri*

 "Padatnya jadual minggu hadapan. Ah. Aku stress. Nak balik", bisik hatiku.
Minggu depan sangatlah padat jadual. Ada kerja yang kena submit ahad ni, report yang kena hantar Selasa akan datang ni, dengan dua test, yang mana kedua-dua test tu sangat mencabar sehingga pecah jerawat-jerawat di muka.
Dan waktu minggu depan yang sibuk jugaklah aku membuat keputusan balik ke rumah. Hatiku membuak-buak ingin pulang ke rumah. Dan aku pun pulang.
*akuu puulang, tanpa dendam, ku terima kesalahan mu. Lalala ~~*

Kenapa balik juga sedangkan banyak kerja?
Sebab, nak cari ketenangan. Nak lari sekejap daripada dunia stress. Tapi, walaupun kita lari daripada masalah, masalah tu still takkan selesai. Takpelah . Aku memerlukan ruang untuk bernafas dengan elok dan segar.

Jalan kembali aku kali ni adalah Rumah.

Tapi, kita ada satu lagi jalan kembali yang tak pernah tertutup pintunya walaupun sesaat.
Iaitu, jeng jeng jeng.
Alaaaa. Soalan mudah sangatkan.
Pintuuu Taubat. Yeaaah !~

Tidak di nafikan lagi, dengan mengadu segala masalah kita kepada Allah dapat mengurakkan sesak di dada kita. Dan pada masa yang sama, Allah akan bantu kita untuk selesaikan masalah kita kannn.

Lain kalau kita mengadu kepada manusia. Benar kita dapat mengurakan sesak di dada, tapi tidak mendapat jaminan yang masalah kita akan selesai melainkan kita minta kepada Allah. Mungkin kawan kita akan bantu kita, tapi siapa yang menjentik hati kawan kita tu untuk tolong kita?
Mochiron (sudah pasti) Allah.
Dia lebih mengetahui daripada apa yang kita ketahui. Dia Maha Mengetahui.

 Pernah je aku terfikir. Alangkah indahnya kalau aku menjadi kucing.
Tapi, manusia adalah sebaik-baik penciptaan Allah. Sebabnya kita yang mempunyai kuasa. Tetapi jangan di lupa Allah Maha Berkuasa.

Setiap kesulitan yang kita hadapi ada jalan keluarnya. Ada jalan penyelesaiannya.
Jangan pula kita meragui Allah.

Allah pasti akan bantu kita ! Pasti! Ayuh husnudzon dengan Allah .

Ayuh! Kembali kepada Allah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran