Bahagian 1: Penggerak Hati

"Untuk pelajar-pelajar yang ingin membuat pendaftaran masuk Semesta Satu, sila hadirkan diri anda ke Dewan Utama untuk menghadiri taklimat kemasukan pada jam 1.00 petang. Terima kasih."

Ya. Hari ini merupakan permulaan hari baru ku ke alam universiti. Ini merupakan kali pertama Aku meninggalkan keluarga ku dalam tempoh yang lama untuk berjuang dalam medan pembelajaran ini. Selama ini pun, mak dan ayah ku tidak membenarkan Aku untuk memasuki mana-mana sekolah berasrama. Tapi, kali ini mereka merelakan pemergian ku untuk mencapai impian ku dan juga impian mereka. Aku di campak di salah sebuah universiti di Sabah. Dan Aku tidak mempunyai kenalan di sini.
"Eh, adik baru masuk ke universiti ini ke? Haaa. Nama akak Munirah. Boleh panggil Kak Muni. Akak pelajar semesta 4 dalam jurusan Syariah. Kamu nak pergi ke bilik kamu ke? Mari akak tunjukkan."
Tidak sempat aku menjawab apa-apa persoalan daripada dia, dia dah pun memberitahu ku maklumat diri dia. Sepanjang perjalanan kami, dia menceritakan kehidupan seharian di universiti ini dan kehidupan masyarakat di kawasan sini. Aku berasa teruja dan tersentuh dengan kebaikan yang di berikan kepada ku. Sedangkan dia tidak pun mengenali diri ku lagi.
"Ni number telifon akak. Kalau ada apa-apa masalah, ataupun perlukan teman berbual, bolehlah hubungi akak bila-bila masa yang kamu suka asalkan bukan waktu tengah-tengah malam. Hehe."
Aku menjawab dengan senyuman yang paling manis untuk Kak Muni.

Setelah Kak Muni pergi meninggalkan Aku bersendirian, Aku memulakan operasi mengemas bilik ku. Baju-baju di susun ke dalam loker baju, cadar katil di pasang, meja, cermin, dan semua perabot yang ada di situ Aku lap dengan kain yang basah. Semua Aku lakukan sendiri kerna bilik ini hanya untuk seorang sahaja. Tingkap bilik ku buka, dan. Waahhh. Subhanallah. Lawanya pantai di sini. Ya. Universiti ini berhampiran dengan pantai. Sengaja aku memilih untuk menerima tawaran ini sebabnya persekitaran dia yang menghijau, menenangkan dan mampu menawan hati ku. Huuuuu ~

Setelah selesai kerja mengemas, Aku keluar untuk mencari makan malam.

"Assalamualaikum kak Muni. Saya nak makan malam, tapi saya tak tahu di mana dan saya sunyi makan sorang-sorang".
Kata-kata ku di sambut dengan riang sekali.
"Waalaikumussalam, eh. Tidak mengapa. Akak akan pergi ke bilik kamu dan kita pergi makan malam bersama-sama ya."

Dan panggilan berakhir di situ. Tak sampai sepuluh minit, Kak Muni sampai ke bilik ku dan kami menghabiskan semalam itu dengan pelbagai cerita. Perihal keluarga Kak Muni, pengalaman pahit manis dan macam-macam lagi. Walaupun tidak sampai sehari kami berkenalan, tapi Aku tidak berasa kekok untuk berkongsi cerita bersama Kak Muni.
"Haaa. Nanti kalau kamu ada masa lapang, singgah-singgahlah di masjid. Sebab biasanya akak dan kumpulan akak akan berkumpul paling kurang seminggu sekali untuk berkongsi cerita, meluahkan perasaan dan macam-macam lagilah. Takperlu segan silu, sebab kami sentiasa melapangkan tangan kami untuk menerima kehadiran awak."
Kata-kata Kak Muni aku sambut dengan anggukan beserta senyuman.

Siapa sangka, kita datang ke tempat orang secara bersendirian, tiada pengetahuan mengenai tempat tersebut, dan pang ! Allah hantar seseorang kepada kita sebagai peneman kita. Kalau Allah tak gerakkan hati Kak Munirah, tidak mustahil aku akan selamanya bersendirian. Ini merupakan permulaan yang baik yang Allah dah susun untuk Aku. Sebelum aku menerima tawaran ini, banyak kali juga Aku melakukan solat sunat istikharah, dan minta mak abah supaya doakan Aku di tetapkan hati. Dan akhirnya, beberapa minggu sebelum pendaftaran, Aku menyuarakan pendirian ku untuk memasuki universiti ini. Tidak ku duga segala-galanya berjalan lancar. Dari segi persiapan pakaian, duit yang mencukupi dan kini Aku mempunyai seorang teman yang boleh aku harapkan dan bergantung di tempat yang tidak pernah sama sekali Aku lawati.
Terima Kasih Ya Allah.

-------------------------------------------------------------

Cerita ini adalah sambungan daripada Prolog : Jay.
Ada sebab mengapa Aku mencorak cerita-cerita ini.
Kerna kadangkala kita tidak ada medium untuk meluahkan perasaan. Tapi, kepada Allah lah tempat terbaik mengadu.
Dan pada Aku, Aku akan meluahkan dan memuntahkan pemikiran, perasaan dan segala macam jenis perisa dalam kehidupan dengan cara Menulis.

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran