Pengharapan Itu.

Tak kenal lagi dah di tolak mentah-mentah?
Letak harapan setinggi gunung, tapi tiba-tiba gunung memuntahkan lava-lava yang panas yang mengakibatkan beribu kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar?
Hmmm. Apa yang ingin aku sampaikan? Haaaa.

Biasa tak kita di kecewakan? Mestilah biasa kan. Yelah. Manusia. Nobody perfect. Dan takkan ada yang mencapai tahap kesempurnaan itu. Pasti akan ada cacat celanya di mana-mana.

Lama sungguh aku menyepi dari dunia penulisan ku sendiri. Sebabnya aku sedang bertarung dengan diri sendiri. Pertarungan dengan diri sendiri ni lah antara pertarungan yang susah. *pada pendapat aku*. Dan aku pun baru sahaja menghabiskan peperiksaan terakhir, sem terakhirku di Malaysia. InsyaAllah. Boleh di katakan peperiksaan kali ni peperiksaan paling berdarah. Kenapa? Sebab aku di uji dengan perasaan ku sendiri sewaktu minggu ulang kaji. Macam mana aku berjaya menghabiskan peperiksaan ku dengan bergayanya? Ya. Sudah pasti dengan doa, solat bagi kencang, dan sokongan daripada kawan-kawan. Pantang wei kalau aku duduk sorang-sorang, duduk bersahaja, kelak pemikiran ku akan terganggu dengan 'perkara itu'. Sungguh. Aku di hantui. Di hantui dengan diri sendiri dan perkara lalu. Tapi, sampai bila nak diri ni di hantui ? *tepuk dada tanya iman*

Aku selalu mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk selesaikan masalah aku. Dan aku selalu je berkongsi cerita, curhat dengan kawan-kawan kalau aku sedang berduka lara. Lepas tu nangis. Haha. Tapi, ada suatu ketika ni, permintaan dan harapan aku di musnahkan dan ia pecah berkecai. Di ibaratkan seperti kau meletakkan cawan kaca di hujung pinggir meja yang apabila kau senggol sikit meja tu, cawan tu akan jatuh lalu pecah. Inilah perumpamaan yang di ketengahkan oleh Saudari Yasmin Mogahed dalam buku Reclaim Your Heart mengenai pengharapan kepada manusia.  *kredit kepada orang yang memberi pinjam*

Ya. Sakitnya sebuah pengharapan itu jika tidak dapat di laksakan. Aku kadang kala seperti tidak mahu lagi mempercayai kata-kata manusia sebab hati ini sering di sakiti, di hampai, dan macam-macam di lagi lah. Tapi, sebenarnya pesalah dalam kes ini adalah diri sendiri.

Kenapa?

Sebabnya, salah letak tempat pengharapan.
Semua perkara yang kita dapat ni datangnya daripada Allah. Dan bila-bila masa ja Allah boleh tarik. Aku selalu ja terlupa nak rekflek diri sendiri. Kenapa Allah tarik perkara tu? Apa yang aku fikirkan, "Kenapa perkara ini jadi kat aku? Kenapa aku yang selalu jadi macam ni?". Tanpa aku sedari perkara ini berlaku sebab kesalahan diri sendiri. Salah tempat bergantung. Tersalah alamat.

Kita sebenarnya tahu perihal perkara ini. Ya, perihal pergantungan, nikmat dan pelbagai perkara lagi. Tapi, kita ni manusia. Makhluk yang sentiasa perlu untuk di ingatkan lagi dan lagi dan lagi. Sampai kawan kita sendiri pun dah jemu nak dengar permasalahan yang sama ja. Sebabnya kita yang tak nak lepaskan dan lawan dengan diri sendiri. Tapi, betapa sayangnya sahabat itu, dia tidak pun meninggalkan kawannya yang bermasalah itu, walaupun dari dulu sampailah ke sekarang pernasalahannya adalah permasalahan yang sama sahaja. Tulah hebatkan semangat kekawanan. Sentiasa nasihat, nasihat dan nasihat.

Berbalik kepada topik. Pergantungan.
Pergantungan terbaik yang tidak akan rapuh ada satu sahaja. Dia.
Sekuat-kuat tali apa pun, lama kelamaan ianya akan reput juga. Sebab tali tu mempunyai jangka ketahanan yang di limitkan. Begitu juga dengan manusia. Kalau kita letak pengharapan yang besar kepada manusia, kelak kita akan peroleh kehampaan semata-mata.
Tapi, jangan kita lupa. Kita masih ada senjata kita. Doa. Mohon kepada Dia.
Dan itulah yang sedang aku lakukan.

Jangan pernah berputus asa daripada Allah !
Ayuh !

P/s : maaf. Aku sedang mencari semula semangat ku yang hilang. Doakan aku.

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran