Pau Jejak UK

Hari Pertama : Arc de Triomple – Eiffel Tower – The Louvre – Grand Mosque of Paris, Paris
Jadi perjalanan kami bermula di Paris. Kami memilih Saudi Arabian Airline daripada KLIA menuju ke Charles De Gaulle (CDG), Paris dan transit di Jeddah. Jangan risau pasal makanan sepanjang dalam perjalanan, sebab Saudia memberikan perkhidmatan makanan yang memuaskan hati!

Gambar 1 : Makanan yang di sediakan dalam Saudia

Kami tiba di CDG airport pada pukul 7:30 pagi waktu tempatan. Alhamdulillah tiada masalah di bahagian immigration. Sampai sahaja terus connect dengan wifi untuk cari jalan ke destinasi yang di rancang. Kami tak beli wifi (di situ ada jual wifi). Jadi kami screenshot nama-nama train station dan cara nak ke destinasi.
Jadi daripada CDG airport kami mengambil bus direct ke Gare de Lyon (salah satu stesen kereta api) untuk letak bagpack kami. Tapi, nak cari tempat letak beg ini makan masa sikit. Sebab tak jumpa di mana dan kami dah tanya salah seorang pekerja di stesen itu, tapi malangnya mereka tidak berbahasa inggeris pun. Tapi, Alhamdulillah sebab orang tu tunjuk tempat tu di mana.
Selesai sahaja masalah itu kami terus pergi ke Arc de Triomple. Pening sikit nak beli tiket sebab tak tahu macam mana. Travel partner aku cari nama stesen kereta api untuk ke situ dan kami lihat signboard. Tapi, penyudahnya kami terus pergi ke kaunter dan bagitahu sahaja destinasi kami. Selesai masalah. (pada awalnya Travel partner aku sebut nama stesen tu, tapi pekerja tu tak faham. Dan kami tunjuk je nama stesen tu. Selesai masalah!)

Next, kami pergi ke Eiffel Tower. Sepanjang di kawasan sekitar sini, ramai sangat orang yang jual keychain dengan harga €1 untuk 5 keychain. (penjual-penjual ni akan kejar korang kalau korang layan. Jadi, buat bodoh je kalau tak nak di kacau. HAHA!)
Seterusnya kami pergi ke The Louvre. Di sini pun kami di kejar oleh penjual-penjual. Dah puas ambil gambar kami terus menuju ke Grand Mosque of Paris. HAHA. Di sini pun pening nak cari tempat solat perempuan. Tapi, masjid ni lawa dan ada je orang yang datang melawat masjid ni. (tempat solat perempuan : masuk je bangunan masjid ni pusing kanan dan kanan. Nanti akan nampak macam taman, ada pokok-pokok, dan pergi arah kanan dan kanan lagi).
Benda yang membuatkan aku teruja dalam tempat solat perempuan ni, aku nampak ada beberapa kumpulan wanita yang belajar bersama-sama tentang al-quran.
Habis satu hari di Paris.
Gambar 2: Arc de Triomple, Eiffel Tower, The Louvre, Grand Mosque of Paris 

Hari kedua: Nottingham
Daripada Paris kami menaiki bas untuk pergi ke London Victoria Coach Station. Jadi malam tu kami dah tak perlu fikir utuk bermalam di mana. Daripada London Victoria Coach Station kami menaiki bus untuk pergi ke Nottingham. Setibanya di sana, kami berjalan-jalan ke Nottingham University, dan kawasan bandar (dan berjumpa dengan Cik Sky Mirror). Malam tu kami bermalam di rumah kawan kepada traveller partner aku.
Gambar 3: Dalam Nottingham University, Sky Mirror

Hari ketiga: Sheffield
Pagi itu kami bertolak ke stesen kereta api menaiki tram untuk bertolak ke destinasi seterusnya, Sheffield. Setibanya di sana, kami di jemput oleh kawan ‘isimewa’ (pfftt) dan kami pergi ke rumah dia untuk meletakkan segala beg kami sebelum kami meneroka Sheffield. Selepas lunch, kami pergi ke salah satu Peak District di situ iaitu Mayfield Alpacas Animal Park untuk berjumpa dengan alpacas yang comel-comel belaka. Kos masuk £3.50 seorang dan £3.00 makanan alpacas. Di situ juga terdapat binatang lain seperti kuda, babi, kambing, ayam belanda dll. Kami pergi ke sana dengan menaiki Uber. Petang tu, kami lepak di kedai manis-manisan, Gelato. Dan malam tu kami rehat sebabnya jetlag teruk wei!
 
Gambar 4: Bagi makan alpacas, makan di Gelato

Hari keempat: Manchester
Sebelum bergerak ke Manchester, kawan aku bawa kami jalan-jalan kawasan bandar di Sheffield. Lepak Costa (mengopi) dan terus gerak pergi ke stesen untuk meneruskan perjalanan ke Manchester. Setibanya kami di Manchester, kami terus meletakkan bagpack di left locker. Kos menyimpan beg itu £16 (untuk 2 orang selama 3-24 jam). Memandangkan kami mempunyai masa yang lebih, kami naik bus tanpa hala tuju seba bas tu percuma dan main turun sahaja. Kami singgah masuk ke dalam sebuah perpustakaan, The John Ryiands Library (masuk adalah percuma). Setelah itu kami pergi ke Old Trafford Stadium. Harga tiket masuk £16. Habis sahaja tour ni kami terus bergerak ke homestay.
Gambar 5: Dalam perpustakaan, Old Trafford Stadium

Hari kelima: Liverpool
Daripada homestay ke stesen terdekat kami menaiki bas. Bas ni pelik sikit. Sebabnya dalam bas ini tiada di tunjukkan skrin nama perhentian bas dan pemandu tu langsung taka da cakap nama perhentian bas. Langsung tiada! Jadi, apa yang kami buat? Kami lihat nama perhentian bas dalam google dan lihat setiap nama perhentian bas. The struggle is so real. Daripada Manchester kami bergerak terus ke Liverpool dengan menaiki kereta api. Macam biasa setibanya di sana kami meletakkan bagpack di stesen tersebut dan terus bergerak ke Anfield Stadium. Kos masuk adalah sebanyak £15. Selesai tour kami bergerak terus ke Birmingham untuk bermalam di homestay dengan menaiki kereta api.
Gambar 6: Anfield Stadium

Hari keenam: Birmingham
Yang ini paling gempak! Sebab kami dapat melihat Yonex All England 2017!! Harga tiket ini £42. Datang sini memang semata-mata nak tengok YAE17. Habis sahaja YAE ini kami terus ke stesen kereta api untuk bergerak ke London dan bermalam di homestay Astor Victoria.
Gambar 7: Suasana dalam stadium.

 Hari ketujuh: London 1.0
Jadi, jelajah London bermula dengan menuju ke Madame Tussauds Wax Museum dengan harga tiket £39 (termasuk pakej London Eye). Seterusnya kami pergi ke Baker Street untuk pergi ke London Central Mosque dan berjalan di sekitar Regent Park. Di London Central Mosque ada juga kafe. Kami lunch di situ. Murah dan mengenyangkan! Pada malamnya kami terus menuju ke Nickelodean store dan M&M world.Di M&M world aku habis sekitar £22 pada m&m tu wei! HAHA. Hati-hati sewaktu isi gula-gula tu dalam plastic dia. Kelak anda akan syok lupa dunia. HAHA!


Gambar 8: Salah satu patung lilin dalam Madame Tussauds Wax Museum, London Central Mosque, suasana di Regent Park

Hari kelapan: London 2.0
Kami mulakan pagi kami dengan pergi ke London Bridge, melihat City Hall dan seterusnya kami pergi ke London Eye. Sebelum itu, kami bergambar dahulu bersama-sama dengan Encik Big Ben. Tengah hari tu kami makan di kedai yang berada di sekitar London Eye tu. Burger with fries dengan harga £8. Jangan risau sebab ianya halal. Pada di sebelah petangnya, kami shopping di sekitar Oxford Circus. Kami masuk Primark, H&M dll. Seterusnya kami terus menuju ke Buckingham Palace (dapat melihat perarakan keluar apatah), Hard Rock Café, dan juga Hyde Park.
Gambar 9: London Eye, Buckingham Palace, Hyde Park

Hari kesembilan: Stonehenge
Tour ni berharga £44. Dengan kekalutan keluar daripada homestay dan memikul beban beg-beg kami, kami berjaya menaiki bas yang di sediakan. Tapi memang ngam-ngam sampai wei! Sampai saja di sana, kami di bekalkan dengan satu alat audio untuk mendengar penjelasan mengenai batu-batu tersebut. Dari kawasan Tourist Central nanti akan naik tour bus untuk ke kawasan batu-batu tu. Jadi, ikut sahaja.
Gambar 10: Stonehenge

Di sebelah petangnya aku dan traveller partner aku pergi ke Finsbury Station untuk lepak dengan satu geng yang jejalan Europe. Makan-makan di kedai Eden’s Cottage. Ayam dia sedap dan murah!

Nak di jadikan cerita:

1) Segala jenis tiket tour, bas, kereta api, tempat penginapan hendaklah di beli sebelum anda pergi ke sana untuk mendapatkan harga yang murah (untuk beli tiket kereta api). Waktu beli tiket kereta api ni kami guna kad kredit, dan setiap kali nak collect tiket kena guna kad kredit yang di gunakan waktu pembayaran. Haa kat sini dah masalah timbul sebab 3 destinasi aku guna kad kredit orang lain. Tapi, Alhamdulillah selesai dengan bantuan pekerja di stesen.

2) Oyster card. Kami beli sewaktu di London Victoria Coach Station. Deposit kad £5 dan nilai wang dalam kad itu £15. Haaa, yang ini berlaku perkara pelik. Sepatutnya sehari maksimum nilai yang boleh guna adalah £8, tapi dalam masa sehari tu kami dah guna habis siap ada hutang £1.50 lagi masa nak topup keesokan harinya. Sampai sekarang tak tahu macam mana boleh jadi macam tu.

3) Tiket-tiket sepanjang di Paris. Haaa, yang ni pun aku rasa pelik gak. Dengan tak faham francenya lagi. Memang agak memeningkan sepanjang di Paris. (sebelum datang tu silalah kaji dan baca betul-betul). Tiket tu nama dia Paris Metro tickets yang boleh di gunakan untuk Paris Metro(subway), Paris RER Train(within zone 1-2), tramways dan boleh lah tanya cik google. Setiap kali kami nak masuk train, kami memang akan beli yang baru. Tapi, masa di destinasi terakhir sebelum bergerak ke tempat bas tu sajalah nak cuba tiket yang dah digunakan, dan lepas. Jadi, timbullah kepelikan di situ (sebabnya tak tahu penggunaan tiket ni. HAHA) *ada detail pasal tiket ni, google je.

4) Hati kena kental. Di sebabkan kami membawa bagpack yang kena gendong kat belakang badan tu, dan pada awal-awal perjalanan kami nomad, jadi kena sado sikit badan dan hati nak teruskan perjalanan. Tapi, memang penat dengan jetlagnya. Ada satu masa tu, aku boleh pejam mata (tidur) waktu sedang makan masa awal-awal sampai Paris. Waktu tu dalam jam 8.00 malam dan kalau di Malaysia tu 4.00 pagi. HAHA.

5) Jangan layan orang-orang yang nak buat survey sewaktu perjalanan korang untuk mengelakkan apa-apa kemungkinan yang tidak elok.

6) Jangan cuai! Di sebabkan kecuaian itu, aku tertinggal satu plastic ole-ole dalam bas perjalanan daripada London ke Paris. Dengan mamainya terus je turun bas, selang beberapa saat lepas bas tu gerak baru teringat pasal plastic yang aku letakkan di bahagian atas dalam bus. (I cry. SOB)

7) Waktu berjalan cubalah lihat dengan mata hati. Cuba dapatkan pelajaran daripada kisah travel anda. Apabila melihat alam, ingatlah akan kekuasaan Dia.

“iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambal berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” [3:191]

Berjalanlah selagi mampu untuk lebih mengenali dunia luar, untuk mematangkan diri dan lebih penting untuk menimbulkan rasa syukur dengan segala apa yang Dia beri pada kita.
Sekian.

  "Leave your country in search of loftiness and travel! For in travel there is five benefits: Relief of adversity, earning of livelihood, knowledge, etiquette, and noble companionship." (Imam as-Shafi)

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Buah Apa? Buah Fikiran