aipong ? nokia?













*terima kasih encik google*


Aipong ? nokia baling anjing pun tak sakit?

Well. Untuk pastikan kualiti barang yang kita pilih tu yang saiko(saiko=terbaik) mestilah harganya pun saiko kan. Untuk dapatkan barang dengan harga yang mahal ni mesti perlukan usaha yang gila gaban bersungguh sampai terpaksa kena ikat perut, cari duit poket dengan buat part time, bissness. Dan bila dah dapat tu, mesti kita akan jaga bapak ahh kalau boleh 24 jam nak tengok benda yang kita beli tu, pastikan berada dalam keadaan baik, pakaikan dia cover, download security apps*kalau phone* mahal kot. Dah susah2 nak dapatkan mestilah kita akan hargai barang itukan. Kalau calar sikit tu, mahu tak mengamuk. Hahaha *over di situ*

Tu baai(baai=keadaan) barang mahal. Cuba barang murah, kualiti pun rendah *mungkin ada je yang baik*, usaha tak segila nak beli barang mahal, tak perlu pening kepala fikir apa cara terbaik nak menabung. Dan bila dah dapat tu, mesti kita buat endah tak endah je kan*kot*. Yelah, barang murah. Rosak boleh beli baru. Tak menangislah kot kalau rosak pun. *flip tudung*

Nak bagi senang nampak, barang mahal tu macam aipongg(aipongg=iphone), barang murah tu macam nokia baling anjing pun tak sakit(nokia baling anjing pun tak sakit=nokia trententen) *over seyh. Hahaha*

?
Apa benda ni barang murah barang mahal ni. Ikut suka hati akulah nak beli barang murah ke, barang mahal ke."

Hahahahaha.

Saje je*flip tudung lagi*


*terima kasih encik google*


Ada orang punya cerita ni, dia fikir kalau dah pakai tudung labuh ni budak lelaki takkan berani dah nak tegur dia. Tapi dia silap. Tudung sahaja tidak mencukupi sebenarnya. Bayangkanlah, perempuan tu elok dah pakai tudung labuh, but still ada lelaki yang berani nak tegur dia. Dia seorang perempuan kat situ, ada tiga orang lelaki yang mengajak perempuan tu untuk berbual bersama. Huish. *masa tu budak perempuan ni tengah tunggu giliran dia untuk di panggil.* lepas tu, ada pulak seorang lelaki ni, berani tepuk bahu kiri perempuan ni semata-mata nak tanya soalan. Kat sini Nampak dah, tudung labuh sahaja tidak mencukupi. *akhlak pun kena titik beratkan* mungkin ada silap tanpa di sedari.

Aku jadi takut dengan dunia luar. *lari terjun kerusi*

Mungkin silapnya, pemakaian dia tak cukup lengkap sampai lelaki masih berani nak tegur dia. Sebab dia pakai seluar jeans, t-shirt biasa. *kesian Jin seluar dia orang lain pakai.luls, seres hambar gila*

Pemakaian tu mampu mempengaruhi seseorang.

Tapi, pemakaian sahaja tidak mencukupi, kena ada rasa MALU. MALU wei MALU. MALU gapo? 

Ermmm. Malu nak buat dosa, malu nak melayan entahh apa2. Malu la yang pasti. Perempuan ni kena ada rasa MALU dalam diri. *aku sendiri tengah berusaha nak malukan diri sendiri ToT*

Realiti kena malu, alam maya pun kena malu. *zzzzuuppp, kena kat muka sendiri*

Ya, ada kalanya iman seseorang tu tinggi, ada kalanya rendah. Ada kalanya jatuh tergolek-golek, ada kalanya bahagia keawang-awangan. Tapi, kenalah teruskan keazaman dan usaha untuk jadi lebih baik daripada semalam. Bayangkan  je, sebelum buat sesuatu, fikir kalau Rasulullah ada depan mata sanggup ke kita nak buat depan baginda. *cakap depan cermin*

Apa yang kita ungkapkan sehari-hari, adalah doa kepada kita.

Jadi, fikirkan, ungkapkan kata-kata yang positif di sertai usaha, doa, tawakal, istiqamah. Allah tu ada wei dekat jee dengan kita. Bila Dia kata ‘jadi” , maka jadilah sesuatu itu (surah yasin : 82)

Dan paling penting, kebergantungan, pengharapan kena sepenuhnya serahkan kepada Dia. Sebab dengan kuasa Dia kita mampu untuk menghirup udara, mengerlipkan kelopak mata, bersin dan macam-macam lagi. Alhamdulillah. Allah Maha Penyayang.

Allah tanpa kita, Islam masih boleh berkembang biak atas usaha daie lain. Tapi kita tanpa Allah, kita sifar. Zero. Nothing . yillek. No function meyh !

Kembali kepada fitrah kita, Islam.

Balik kepada barang mahal dengan barang murah. Pernah je terasa, aku ni murah ke? Lol tu hanya Allah yang tahu.

Tanya balik diri. Malu tu ada tak? Harga murah ke mahal? Apa tindakan? Sampai bila nak dalam takuk yang sama? Taknak lihat dunia sebenar ke?

Ehhhh. Dah-dah .

Mahal-mahalkan diri. *ini seres berat*

Tabahlah wahai hati.

Teruskan berusaha.

Pujuk hati supaya kuat.

Tajdid balik niat.

Bina hubungan dengan Allah.

Ayuh !

*talking to myseeeeelllfff*

*talking in front of the mirrorrrr*

Jalan ni, seres masih panjang.

Jatuh bangkit, jatuh jatuh , jangan lupa bangkit semula.

 Jangan kata diri tu murah. Kita barang paling mahal .not barang,tapi makhlukk..

p/s: Maaf agak kasar. Ni lebih kepada untuk tatapan sendiri. Pembakar semangat kononnya. insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran