Intra Terbhaekk.

Di isytiharkan Intra di GiatMara Puchong sudah berakhir pada hari ini iaitu 18 Sep 2015 !!!!
*mereka hantar sampai ke luar pagar dan tunggu kami naik van (T ^ T)* 

Yeaaahhh. Eehh. Cop. Bakpe air mata mengalir? Haha. 
Seriously, sebak gila nak berpisah dengan budak-budak Giatmara Puchong, Abang Daus, Cikgu Azam, Cikgu Maizan, Pengurus, dan semua cikgu-cikgu, makcik kedai belakang, makcik jual keropok lekor, dan semualah! Hampir 2 bulan aku, Fitrah, Zulharith, Kocha, Ben kena train kat sini. 
Walaupun kami dapat di Giatmara, tapi pada pendapat aku, seakan-akan aku dapat tempat yang paling baik di Malaysia ni. Ya lah. Rapat dengan cikgu-cikgu, pelatih-pelatih dan makcik kedai makan. Siap bergurau senda lagi. Sangat berharga. Tak terkata. Sangat bermakna.

Kat sini kami (pelajar elektrik elektronik) belajar mengenai pendawaian elektrik domestik. Pergh! Memang masuk situ kosonglah. Masuk situ kosong, tapi kami keluar dengan pelbagai ilmu pendawaian. Kami belajar pendawaian lampu pendaflour, suis, soket, pasang kipas, buat pembekokkan kondiut. Gempak!

Ben lagi lah. Dia belajar perkara asas tentang kereta, siap ikut budak-budak tu servise dan baiki kereta orang luar.

Mereka pun selalu buat makan-makan. 
Bonding antara mereka sangat kuat. 
Semangat kekawanan tu memang nampak. *lap air mata*.

Mereka punya bergurau tu sampai tahap macam bergaduh pun ada. Tapi, hubungan mereka tetap rapat. Bertepuk tampar bersama, makan bersama, buat projek bersama, denda pun bersama!
Kat sana, kalau seorang yang buat salah, yang lain semua akan kena denda gak. Biasanya mereka kena bumping 50 kali, 100 kali. Memang makanan merekalah. 

Ilya, anas, hanin, zul, azizi punya lawak sangat gempak. Ada sahaja idea dia nak melawak. Aku duduk perhati tanpa join mereka pun dah boleh gelak terbahak-bahak. Pemeriah suasana. Azizi pulak ketua pelatih. Seperkara yang aku perasan pasal dia, dia sangat membantu rakan-rakan dia yang lain. Walaupun kerja dia tak siap lagi, dia tetap akan bantu rakan dia. Haaaa. Lagi seorang yang suka sangat membantu dan aku suka bertanya pada dia, Faiz. Apa-apa yang aku nak tahu biasanya aku akan tanya dia. Budaknya tinggi-tinggi, kurus. 
Pazeli. Dia jarang bercakap dengan aku n Fit. Gaya dia comel. Haha. Dan semua lah. Budak-budak kat sini berkemahiran. Awal-awal tu tak rasa apa sangat dapat praktikal kat sini. Tapi, waktu nak berpisah hari ni aku boleh mengalirkan air mata. 
Takde lagi dah lawak-lawak ilya, anas, hanin, amri. 
Dan tak lupa juga budak auto. Shakir, King, dan lain-lain.

Tak juga di lupakan Cikgu Azam dan Cikgu Maizan. Walaupun Cikgu Azam suka kenakan aku, tanya soalan yang aku tak boleh nak jawab. Dan pernah kata aku mengecewakan dia sebab takboleh jawab soalan dia yang dia penah ajar *sebab tak buat ulangkaji*. Dia tetap cikgu yang terbaik. 
Begitu juga Cikgu Maizan. Satu-satunya cikgu perempuan yang mengajar di situ. Kalau dia mengajar, memang detail siap dengan contoh-contoh lagi. Pernah belanja aku dan Fit sebab kita orang tolong dia buat kerja. Tapi sedihlah, hari terakhir kami Cikgu Maizan takda. *lap air mata lagi*
Cikgu memang awesome!!

*ada Cikgu Azam dan Pengurus* 

----

Banyak yang aku belajar kat sini. 
1) Berdisiplin. 
Setiap pagi sebelum memulakan projek mereka dan kami akan berkumpul dengan nyanyian lagu, bacaan doa, ikrar dan seterusnya bersenam. Lepas tu, 5S. 5S ni di lakukam sebelum memulakan projek dan selepas siap projek. Kalau tak bersih memang kena dendalah. Hari tu kami kena dah. Tapi tulah. Itulah cara mereka mendidik pelatih untuk jadi lebih berdisiplin. 
2) Hubungan yang ampuh. 
Mereka punya persahabatan tu, sehinggakan bergurau kasar tetapi mereka tetap bersahabat baik. Mereka pun selalu main bola sepak dengan cikgu-cikgu, main bowling, makan-makan. Dan yang paling bermakna erti kesungguhan dalam membuat perkara. Walaupun mereka lebih kepada praktikal, tapi mereka tetap datang untuk belajar. Tabik spring lah! 
Memori ni memang taknak aku lupakan. 
Satu persatu memori yang terbina. 
Aku bersyukur kerana aku di beri peluang untuk merasakan dan menjiwai peristiwa ini. 
Dan banyak lagi pengajaran yang aku peroleh.
Alhamdulillah. 
Terima kasih Allah. 
----

All the best untuk budak-budak GiatMara. 
Terima kasih daun keladi. 
Ada masa kita jumpa lagi.
*terima kasih ber bbq. Ignore my face -.-* 

*tak sempat jumpa makcik kedai makan satu lagi dan makcik jual keropok lekor (ToT)* 
*presentation. Kanan sekali tu Cikgu Maizan.* 


Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran