Sayang ku seribu kali sayang

*post kali ni lebih kepada diri sendiri punya kisah. Hahaha *

*mereka tidur rumah aku. (*´∇`*)* 

Ya. Selalu dah kan dengar perkataan "Ukhwah tu lebih manis daripada gula"? 
Tapi, ukhwah tu ukhwah yang macam mana? Sekadar kata "Ana Uhibbu Anta"  *eh macam salah. Maafkan saya*, "Saya sayang awak kerna Allah", " I love you", "If you tara, I tara selera" dan macam-macam lagi. Hmmm.

"Ukhwah ni apabila kawan kita tu walaupun dia sakiti hati kita, ataupun goreskan hati kita tapi kita still berkawan dengan dia, rasakan kemesraan antara hati-hati kita sebab kita pada JALAN yang SAMA. Sebabnya? Allah tu menjadi perantaraan antara hubungan kita dan hubungan dia. Manusia kan tiada yang sempurna. Pasti ada kesilapan mahupun sedar ataupun tidak. Terima seadanya. Letakkan Allah sebagai perantaraan antara kita dan dia". 
Hmm. Lebih kurang lah ayat yang di lontarkan oleh salah seorang teman seperjuangan ku.

"Terima walaupun dia banyak sakitkan hati kita?", berbisik dalam hati.

"Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada, dan setinggi-tinggi ukhwah adalah melebihi sahabat daripada diri sendiri". 
Adeeehhh. Kawan mintak makanan aku sikit pun dah berkira, tahap mana ukhwah ku dengan mereka? *kena perbaiki*.

Bukan ni topik utama aku. Haha. Tu baru intro. Okeh. Masuk ke dalam topik utama aku. 
Hari tu, aku dan rakan-rakan terlibat dengan program #JADsisters under Kak Yaya and the geng kita. Pung prang pung prang habis program. *bukan ni juga topik ku*

*siapa suruh bising, kan dah kena tape* 



Di akhir program ni kami buat bulatan besar, dan bersalaman sesama kami. Yang Kouhai cium tangan Senpai, masing-masing cium pipi ke pipi. 
"Semoga thabat", "Jangan tinggalkan aku", "Good luck" adalah antara perkataan yang di lontarkan semasa sesi salam menyalam. Sebak di dada tu pastilah ada. Ya lah. Teman yang hari-hari kita nampak, gaduh, bergurau, dan satu hari nanti kami akan terpisah? Siapa tak sedih kan?

Aku pun pusing-pusing, salam, bergurau. Tup tup sampai ke Seseorang ni aku usha dia, dia usha aku. Aku gelak, dia pun gelak. Dan tetiba mata aku bocor??!!! What?! Aku nangis? Ohh. Aku gagal kawal perasaan aku. Aku pun tak tahu kenapa sebak sangat apabila sampai giliran nak bersalam dengan dia. Mungkinkah kekuatan kasih sayang dia terhadap ku? *cheeeh. Perasan* 
Lalu aku pun berlari ke hujung corner masjid dan nangis, nangis dan nangis. Bila di fikirkan semula, memang masuk akal lah kenapa aku nangis. Apabila aku sedih, aku akan berlari ke bilik dia untuk menangis dan cerita kepada dia dan roommate dia. Dia dan roommate dia akn tenangkan aku, support aku, dan gembira kan aku. Pulaknya dia ni deskmate aku, dia pernah balik ke rumah aku dua kali. Mak abah dah kenal dia. Di layan macam anak sendiri. Adeh. Aku tak tau kenapa berat nak berjauhan dengan dia dan lain-lain. One day nanti mesti aku akn rindu mati kat kau beb. Haha. Yelah. Waktu cuti pun dia sabar je layan kerenah aku yang kacau, whatsapp dia. Bagi nasihat lah. Kata-kata semangatlah.

Tu baru seorang. Ramai lagi aku suka kacau dan mengusik. Mereka sabar je dengan usikan aku. Including my roommates. Baru-baru ni aku sedih dan keciwa. One from my roommate dia cuba pujuk aku, dia ajak aku beraerobic. Asalnya aku tolak, tapi dia sungguh-sungguh ajak dan aku pun join. Aku hargai kau.

Lain pulak dengan roommate lagi dua orang ni. Yang seorang ni pasrah je aku usik dia ke, kacau dia ke. Huuu. 
Lagi seorang dia cepat je detect kalau aku tengah sedih ke, baru lepas nangis ke.

Ada lagi seorang aku suka kacau. Kecik-kecik orangnya. Waktu cuti pun aku kacau dia. G wassep dia. Dia pun layan.
*bukti dyowg layan* 

Kadangkala takperlu fikir keburukan apa yang mereka dah buat pada kita. 
Fikirkan segala macam usaha mereka cuba membantu kita sepanjang kita di sini. 
Semua #akaktaff ada karekter dia masing-masing dan ada gaya masing-masing. 
Dan ada hikmahnya kenapa mereka wujud dalam hidup kita. (o^^o)♪.

Tu lah. Aku sayang mereka. Dan akan aku usaha untuk cuci hati ni kasi bersih dan usaha lagi untuk berlapang dada.

Nak tau ke siapa orang yang berjaya membuatkan aku menangis sekadar pandangan mata dia sahaja? Haaaaaaa. 
Dia duduk sebelah kiri aku dalam kelas EEE. Kalau belah kanan dia suka layan aku. Salu gak nangis ke dia. Haha.

*kalau nak cerita semua orang memang panjang berjela lah jawabnya. Takpe mungkin akan bersambung?*


----
Aku sayangkan kau lah !! ❤❤❤
Kantoilah aku ni gembeng (maksud : kuat menangis). 
Lantaklah. Hahaha. 
Saja nak abadikan dalam blog. 

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran