Puisi 1

Hampa, 
Pabila kau sudah meletakkan kepercayaan, pengharapan terhadap sesuatu, 
Kau sudah memperoleh kata-kata semangat, 
Mereka kata mereka akan membantu kau, 
Tapi belum tiba masa untuk kau membuktikannya, 
Mereka telah pun membuang kau.

Manusia, 
Setiap manusia mempunyai kepelbagaian karakter, 
Tak usah cemburu pada kelebihan orang lain, 
Tak usah iri hati dengan kebahagian orang lain, 
Kan jalan hidup setiap orang berbeza-beza, 
Apa yang di tempuhi dalam kehidupan itu adalah perencah dalam kehidupan, 
Pahit, manis, tawar, payau, 
Bercampur menjadi satu, 
iaitu kehidupan.

Lemah, 
Kekadang itu ku rasa tidak mempunyai kudrat untuk melangkah, 
Kehilangan semangat dalam perjuangan, 
Rapuh dalam mencorak langkah, 
Tersungkur rebah ke bumi, 
Lalu, ku di sambut dengan suatu pelukan,
"Awak kuat. Awak mampu hadapi ini semua. Yakin padaNya", 
Aku mengorak lagi langkah ku itu dengan luka yang penuh pada badan, 
Tanpa menoleh kebelakang,
Aku terus berjalan ke hadapan, 
Dengan kekuatan, bantuan, kasih sayang, rahmat, cinta daripada Dia. 
Ya, 
Dia, 
Dia Yang Satu,
Allah.

Satu-satunya sebab aku terus meranjau kehidupan aku sebagai hamba dan khalifah. 
Semoga Allah redha dan tetapkan hati ini.

Ameen.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran