Prolog : Jay

Kisah ini tentang Aku.
Aku yang di lahirkan di muka bumi Allah.
Aku yang merupakan anak kepada ibu dan ayah aku.
Aku yang merupakan adik kepada abang dan adik aku.
Dan Aku yang mempunyai adik-adik yang girang.
Sebelum tu. Biarlah Aku kenalkan diri Aku. Nama panjang Aku Jay. Nama pendek J. Aku ni walaupun seorang perempuan yang comel (puji diri sendiri), tapi perwatakan Aku lasak, ganas, dan sedikit tomboy. Mungkin sebab sewaktu kecil-kecil Aku selalu bermain dengan abang-abang Aku dan sepupu Aku yang kebanyakannya lelaki. Permainan Aku dulu kutip biji getah, main perang-perang. Lagi, panjat pokok. Ahh. Yang penting berpanasan lah. Teringat sewaktu itu, Aku di rotan dengan tali pinggang ayah ku sebabnya selalu sangat main di luar.

Dulu Aku juga selalu sangat bergaduh dengan adik-adik aku. Bergaduh sampai keluar air mata, campak barang. Haha. Zaman budak-budak. Aku bahagia dengan keluarga Aku ni. Walaupun masing-masing berbeza perwatakan dan sifat, tapi alhamdulillah aku di lahirkan dalam keluarga ini.

Ayahku dulu pernah bercerita. Dia mendapat tawaran bekerja sebagai guru. Tapi arwah atuk Aku kata pada ayah Aku, "Semua orang nak pergi", dengan nada yang sedihnya.
Jadi ayah Aku pun tolak tawaran itu. Lalu, dia pun bekerjalah di kilang. Setelah tamat kontrak dengan kilang, dia bekerja sendiri dan mengambil upah daripada orang kampung. Ayah ku juga jaguh memasak. Memasak untuk majlis kahwin dan rumah terbuka. Ayah ku Sado. Eko Ado?

Mak pula. Mak mendapat pendidikan sehingga darjah 6 sahaja. Mak mempunyai adik beradik yang raaaaamaaaai sangat. 15 orang kesemuanya. Sebelum ini mak berkerja di kilang. Sama tempat dengan ayah. Tidak pernah pula aku bertanya kisah percintaan mereka. Tapi, apabila ayah ku jumpa dengan kawan lama, mak akan cakap,
"Tu teman wanita ayah kamu tu dulu". Tu antara mereka lah. Yang penting mereka bahagia dan Aku bercita-cita ingin membahagiakan mereka kelak inshaAllah. Selepas mak pencen, mak mengikuti ayah iaitu berkerja bersama-sama. So sawit. You sakit I pun sakit. Wut wut.
Wuish! Kalau nak tahu, kekuatan mak tu, superb! Dia tak pernah duduk diam di rumah. Ada sahaja kerja yang di lakukannya.

Adik beradik aku semua berbeza-beza, walapun kami di lahirkan daripada satu rahim yang sama. Aku mempunyai 2 abang. Adik Aku pula seorang lelaki, dan seorang lagi perempuan.
Abang ku ada yang panas baran, penyayang, garang macam singa pun ada. Zaman dulu-dulu kala Aku selalu di pukul oleh abang long ku. Dia cepat naik baran. Zaman kecik ku dulu juga, Aku pernah belajar mengaji al-Quran dengan abang ku. Banyak juga lah cubitan daripada dia yang di terbangkan ke tubuh ku. Sakitnya, Allah saja yang tahu. Sampai aku menangis-mengis sambil mengaji.

Tapi, hasil didikan dia juga lah yang melahirkan Aku yang sekarang ni. Alhamdulillah boleh membaca al-Quran.

Lain pula dengan adik-adik ku. Mereka ni bab belajar sangatlah malas, tetapi bab membuat kerja, laju je. Macam lipas kudung. Kalau siang-siang tu, adik lelaki ku kebiasaannya duk mengemas kat bahagian halaman rumah. Yang adik perempuan ni lain sikit. Emosi sangatlah sensitif.

Dan Aku. Salah seorang yang berbeza dan mempunyai kelebihan berbanding mereka. Mengapa? Aku tak tahu. Tapi, Aku tahu ada sebabnya mengapa Allah pilih Aku untuk di lahirkan dalam keluarga itu.

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran