Buah Apa? Buah Fikiran

*Jika kau fikirkan gambar ini ada kaitan dengan post ini, maka ianya akan berkaitan.* 



Menarik tak kalau ada mesin untuk membaca pemikiran orang?
Kalau orang tu berniat jahat pada kita, kita boleh ambil langkah berjaga-jaga supaya kita tidak terjebak dalam agenda dia.
Tapi, kalau orang tu berniat nak memberikan kita kejutan, seperti sambutan hari jadi sudah pasti perkara itu tidak memeranjatkan kita kan?
Ada baiknya kita tak boleh baca pemikiran orang lain. Sebagai kita menghormati privasi orang tersebut.

Macam mana pulak pemikiran orang yang optimistik, sentiasa positif dengan pemikiran orang yang sentiasa resah, gelisah dan negatif?
Haaaa. Meh nak cerita.

Situasi 1:
Pada suatu petang yang damai dan anginnya yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, Ayu berjalan dengan lenggangnya menuju ke rumah sewa Kiyah. Dengan hajat ingin meminta tolong daripada Kiyah.
Sejurus sampainya Ayu ke rumah Kiyah, dia pun memberi salam dan terus menyatakan hajatnya ke rumah Kiyah.
"Yah Yah. Boleh tak tolong aku? Aku kesempitan duit sekarang ni. Dengan hutang keliling pinggangnya. Sampai ramping ni haa pinggang aku."
Di muntahkan hajatnya kepada Kiyah di sertakan dengan lawak hambar sebagai pemeriah suasana.
Lalu, Kiyah pun membalas persoalan Ayu itu tadi.
"Hurm. Poket aku pun tak cun kali ni. Ya lah, hujung bulan lah katakan. Tapi, kalau kau nak sikit, boleh la aku cuba tolong. Berapa banyak kau nak tu?"

Tetapi, dalam hati Kiyah. Macam-macam kebarangkalian yang dia tambah tolak darab bahagikan.
"Duit tu juga lah aku nak guna untuk beli makanan, dengan duit tu juga aku nak guna sebagai tambang perjalanan. Tapi, ni Ayu pula nak pinjam. Kalau tak di beri nanti kesian ke Ayu. Lepas tu kang nanti dia tarik muka pulak dengan aku. Aku tanaklah dia merajuk, tak bertegur sapa dengan aku sebab tak bagi pinjam duit. Aku tak nak lah perhubungan aku dengan Ayu jadi krik krik. Jadi, bagi je lah pinjam. Cukup je duit ni untuk seminggu sementara tunggu elaun bulan depan masuk."

Lalu, kertas bernilai RM 100 tu pun beralih tuan kepada Ayu.
"Yeah. Aku merantau lagi", kata kertas RM 100 itu. Hikhikhik.

Tahu tak apa yang Ayu fikirkan?
Ni apa yang Ayu fikirkan,
"Hurm. Kesian pulak ke Kiyah. Dahlah duit dia pun cukup-cukup je untuk sara hidup dia. Aku g pinjam daripada dia. Serba salah pula aku di buatnya. Kalau dia tak bagi pinjam, aku faham je. Dan takkan lah aku nak bermasam muka dengan dia. Kawan dah lama kot. Dia tahu baik buruk aku, nangis sama-sama, pergi kelas sama-sama. Memang kawan baik aku lah! Boleh juga nak kata sebagai Soulmate. Cheeh."

Apa yang dapat di simpulkan daripada Situasi 1?
Bagi orang yang jenis tak boleh nak tolak permintaan pertolongan daripada orang lain ni, seboleh-bolehnya dia akan cuba bantu orang tu walaupun di luar kemampuan dia. Walaupun memerlukan sepenuh tenaga, jiwa, masa dan duit diri sendiri.
Sedangkan, orang yang meminta tolong tu tak meletakkan harapan yang tinggi pun di atas permintaan dia tadi. Tetapi orang yang di minta tolong tu akan fikir melebih-lebih sehingga ke tahap sahabat baik sendiri tu nak putuskan hubungan kekawanan mereka. Sedangkan perkara ni kecil ja. Pijak semut pun tak mati.

Situasi 2:
Kita ada suka pada lelaki/perempuan ni, dah dia dah tahu dah kita berhasrat nak berkahwin dengan dia. Tapi, nak di takdirkan mereka ini di pisahkan dengan jarak yang jauh atas faktor pekerjaan. Jadi, mulalah pemikiran-pemikiran yang tidak sihat datang menyerpa minda. Yang si Puannya fikir,
"Eh, Jeman tu dah lah kacak, sasa, bergaya. Hmm. Kalau ada orang jatuh hati dengan dia ni macam mana ya nasib aku. Gigit jari ja lah."

Ni pulak apa si Laki fikir,
"Wila ni dahlah pandai memasak, ayu, sopan santun. Macam mana kalau tiba-tiba ada lelaki ni cuba nak tackle dia. Gigit jari ai. Huhuhu".
Nak di panaskan cerita, kat tempat Puan ni kerja ada lelaki yang memang tampan giler dan sangatlah gentleman. Memang lagi teruklah Laki ni akan fikir.

Apa yang aku nak sampaikan dalam kisah ke-dua ni?
Kalau kita dah suka orang tu, dan yakin dengan orang tu dan rasa jodoh dengan orang tu. Jangan risau, jauh lah beribu batu pun, orang tu tidak akan pergi jauh. Tak perlu pun fikirkan si dia tu akan cari pengganti baru, ataupun fikir si dia akan tersuka orang lain. Tapi, tak boleh juga percaya 100% kepada manusia. Sebab kalau percaya pada sesuatu yang tidak dapat menberikan apa-apa jaminan yang kukuh dan apabila perkara tu tidak berjalan seperti apa yang anda dah rancanakan, kelak dirimu akan merana kerana bergantung sepenuhnya kepada sesuatu yang rapuh, iaitu manusia.
"Dah. Abis tu nak buat macam mana?"


"Laaaa. Kalau dah abis ye, abislah."
Lalu cengkerik pun berbunyi.
.......

Hmmm. Macam ni, kita letak kesemua pengharapan kita pada Dia. Sebab rancanglah segah mana pun rancangan anda, ketahuilah rancangan Dia yang terbaik. Jadi, berdoa, berusaha, dan berlapang dada.

Situasi 3:
Bayangkan sekarang ni musim masing-masing sibuk dengan kerja Final Year Project yang perlu di hantar dalam masa yang terdekat ni. Pulaknya semua benda kena selesaikan sendiri. Dengan print, buat hard cover. Memang waktu puncaklah senang kata. Lepas tu, kau pulak kebetulan nak buat hard cover lalu kau pun menawarkan diri kepada kawan perempuan/lelaki kau untuk meringankan beban mereka. Tapi, dah tertulis akan ada beberapa orang yang hard covernya bermasalah. Yang seorang ni salah sebab  kecuaian kau. Sebabnya bilangan orang yang mengirim tu dalam 14 orang. Dan setiap orang tu memerlukan 2 set untuk di hard coverkan. Memang kalut tak cukup tanganlah.
Jadi.
Kalau pemikiran orang biasa:
Alah. Dia mesti faham. Sebab waktu itu aku tolong ramai sangat orang. Jadi, bukan salah dia kalau dia buat salah. Paling tidak dia dah cuba usaha untun meringankan beban aku.

Kalau pemikiran orang negatif:
Aduh! Abeslah aku. Aku buat masalah. Dia mesti terasa dengan aku. Aku nak pandang muka dia pun tak berani. Takut dia marahkan aku. Sebab aku dah menyusahkan dia untuk betulkan semula hard cover dia. Abeslah. Abeslah aku. Aku kena bayar ganti rugi ke dia ni. Hmmm.
*lepas tu, seharian hari dia jadi moody. Muka pun masam. Makan pun tak nak. Sebab fikirkan mendalam sangat.*

Dussshh!

Sebenarnya, kita tak perlu pun untuk fikir secara melebih-lebih. Dan pemikiran negatif kita tu yang akan mematikan langkah kita untuk maju ke hadapan. Boleh kalau nak fikir negatif sikit, sebagai persiapan kalau berlakunya perkara tak baik. Tapi, kalau dah selalu sangat fikir negatif tu adalah sangat tidak sihat. Kadang-kadang orang macam ni fikir, fikir, dan fikir. Tapi, tak buat apa-apa tindakan. Kenapa tak buat tindakan?? Sebab takut. Yelah. Dah fikir negatif sangat. Sifat kenegativitian tu dah menebal sangat dalam minda.
Jadi, apa yang perlu di lakukan?

Tidur...

.....

Hmmm. Salah satu cara, cari sesuatu yang boleh kembalikan semula semangat tu. Sebagai contoh, kawan-kawan. Cari kawan-kawan yang boleh dengar masalah kita dan nasihat kita.
Dan yang paling ampuh sekali udah pasti mengadu sama Allah sih ~~

Tapikan. Letih sebenarnya fikir melebih-lebih ni. Penyudahnya kita tak boleh buat apa-apa, sedih sorang-sorang dan macam-macam lagilah.

Kita kena yakin dengan ketentuan Allah. Berlapang dada dan berhusnudzon dengan Dia. Boleh jadi apa yang kita suka tu, bukan yang terbaik untuk kita. Dan boleh jadi juga apa yang kita tidak suka tu, adalah yang teeeerrbaikk untuk kita.
(Boleh rujuk surah al baqarah, ayat 216)

Jangan fikir lebih-lebih.
Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau pasti boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usaha mu tidak menentu.

Kau Boleh!

*untuk diri sendiri juga*

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK