Mustahil!

Tik tik tikk tikk
Hujan turun rintik-rintik. Hujan. merupakan salah satu cuaca yang aku suka. Kenapa? Dalam hujan itu ada suatu ketenangan, kedamaian dan juga kesyukuran. 

"Eh, kalau hujankan susah nak keluar. Jalan jadi licin, kebarangkalian untuk berlaku kemalangan juga tinggi di sebabkan faktor jalan yang licin dan had penglihatan di sebabkan kabusnya keadaan."

Ya. Betul. Tapi, itu bergantung juga pada individu. Jikalau dia seorang yang penyabar, berhati-hati, itu tidak akan menjadi masalah.

Aku suka Hujan. Kalau kita menangis dalam hujan, orang di sekeliling kita tidak akan perasan yang kita sedang menangis. Dalam hujan juga kalau kita berteriak, jiran sebelah tidak akan dengar. Hujan ni juga menjadi sumber utama dalam kehidupan seharian kita sebagai punca air kita. Kalau tiada hujan, maka kita terpaksa minum air laut yang masin. Alhamdulillah hujan sentiasa turun walaupun kehadiran dia kadangkala kita tidak sedar dan kehadiran dia bukanlah sesuatu perkara yang kita tertunggu-tunggu. Tetapi, kadangkala kehadiran dia membuatkan kita mengeluh tanpa kita sedari. 

Aku tidak pernah menyangka yang Aku akan berada dalam posisi sekarang, suasana sekarang. Jepun. Sebuah negara yang tidak pernah langsung aku bermimipi untuk menetap di sini. Semua terjadi dengan kuasa Dia. Alhamdulillah.

Aku kerap kali berfikiran negatif. Selalu fikir yang diri ini tiada kelebihan, selalu berfikir Aku tidak mampu selalu berfikir yang Aku ni sama saja dengan manusia yang lain. Pembelajaran ku di sini pun, hmm. Membuatkan Aku berfikir berkali-kali. Mampukah Aku untuk memberi kebaikan kepada negara apabila Aku pulang ke Malaysia. *Pandang ke langit*

Aku menuntut di sebuah universiti yang memfokuskan pada software, programming. Faculty of Computer Science and System Engineering. Aku memilih universiti ini pun atas saranan cikgu-cikgu dan sokongan daripada kawan-kawan. Seriously, Aku tidak pernah memasang angan-angan untuk sambung di universiti ini. Yalah, university yang menggunakan software, programming. Aku ni dah lah seorang yang noob mengenai komputer, programming. Sewaktu kelas programming di Malaysia pun aku terkapai-kapai timbul tenggelam. Hampir-hampir nak lemas. Setiap kali ada ujian ataupun peperiksaan, Aku akan mencari orang yang lebih pakar daripada Aku dan salah seorang daripadanya ialah kawan satu universiti ku yang sekarang ini. Kadang-kadang tu Aku rasa Dunia Engineering ini bukan dunia aku, dan Dunia KyuTech pun bukan dunia ku. Tapi, sampai bila nak lari dari kelemahan dan realiti kan? Nak lari pun dah tiada tempat yang boleh Aku tuju. Suka ataupun tidak suka, Aku harus teruskan apa yang sudah aku mulakan. Selalu sahaja Aku rasa seperti mustahil, tapi siapalah Aku untuk menjangkakan masa hadapan. Apa yang mampu  Aku buat adalah usaha, doa dan tawakal.

Kadangkala itu aku jadi berfikir, "Wujudkah limit dalam kehidupan seharian?" Maksud Aku adalah, Adakah mustahil untuk kita berjaya dalam bidang yang kita memang noob abeslah nak senang kata!
Sebenarnya limit itu kita yang letak sendiri dalam diri kita. Apabila limit tu dah tertanam dalam diri kita, ia akan menjadikan otak kita setkan perkara yang kita limitkan itu. Tiada perkara yang mustahil sebenarnya. Dengan Izin Allah. 

Emas tak datang bergolek. Duit tak turun daripada langit. 
Tiada kejayaan datang tanpa keperitan, kepayahan dan air mata. Mungkin di raut wajahku kelihatan Aku sangatlah bahagia, gembira, tertawa kerna dapat berjalan ke mana-mana sahaja yang Aku mahu. Tapi, dalam kegembiraan itu terselit kekeciwaan, kerisauan, kegelisahan. 

Ehh!! Cop!! 
Memang sampai bila-bilalah Aku akan rasa letih kalau Aku buat atas kemampuan Aku. Sedangkan Aku ini langsung tiada kekuatan. Aku ini tiada apa-apa. Semuanya Aku terima daripada Dia. Dari sekecil-kecil benda, sehinggalah sebesar-besar perkara. 
Pernah suatu ketika, Aku berasa sungguh letih dengan kebodohan yang Aku rasa. Sehinggakan membuatkan Aku menangis tak berlagu. Tapi, Alhamdulillah, Dia pujuk Aku dengan ayat-ayat Dia. 
(Sewaktu ini Aku sedang tadabur Surah Al-Maryam ayat 1-25. Kisah Nabi Zakaria yang memperoleh anak sedangkan isterinya seorang yang mandul dan dia pun dah tua, kisah Maryam yang dikurniakan anak walaupun dia tidak pernah di sentuh oleh lelaki dan dia bukan perempuan yang jahat)
Aku terduduk selepas membaca ayat ini. Seolah-olah Dia sedang memberitahu kepada ku, tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini Dengan Izin Dia. Perlahan-lahan terukir sebuah senyuman di raut wajahku. 

Oleh itu, kenapa perlu ada pemikiran negatif itu? Dan kenapa perlu risau dengan masa hadapan sedangkan Dia sentiasa ada untuk Aku? Dia, Ar-Rahman, Ar-Rahim. 

Bisikan itu sentiasa akan datang tanpa kita undang dan kadangkala tanpa kita sedari. Seperti juga hujan. Hujan akan terus dan terus turun membasahi bumi walaupun kita tidak begitu menyukai hujan. Ujian juga bukannya perkara yang manis, tetapi sewaktu kita menghadapi ujian itu yang akan memberi kesan kepada pengakhiran ujian itu. Adakah kita akan rasa manis? Ataupun pahit? Ataupun tidak berasa apa-apa?

*langsung tidak sangka akan dapat markah ini*

Semoga Allah redha. 
Ayuh! Berusaha!


Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK