CurHat

Sungguh lega peperiksaan Sem 5 sudah berakhir. Tapi. Pergh ! Cuak dia jangan cakap ah . Seres cuak tahap dewa. *huhh*

Minggu final kami tiada study week, dengan waktu yang padat, pada bulan puasa, kami kena faito abes-abesan untuk mengulang kaji pelajaran, dan dalam pada yang sama nak bahagikan masa sebagai Hamba Allah. Siapa tak nak kejar keberkatan bulan Ramadhan? Tiada kan? 

Tapi, bulan Ramadhan kali ni sungguh di rasakan begitu pantas, dan terasa kenikmatannya sedikit. *mungkinkah aku sendiri yang syok sendirik?. Semoga Allah berkati *

Sempatlah Ramadhan kali ni buat target yang di rancang, walaupun bukan semua dapat di capai. 
Dia punya perasaan apabila berjaya buat yang kita aitu, Pergh!! Rasa macam baru menang Award yang berprestij giler. Ahaikksss.

Tapi, tak semua orang rasa kemanisan beribadah. Terutamanya bulan Ramadhan. *tapi bukan bermakna bulan Ramadhan je kena pulun abes-abesan bangun qiam, baca al-quran. Permulaan perlumbaan menuju ke arah kebaikan kita bermula sewaktu habisnya Ramadhan. *pendapat saya*.

Sebabnya, bulan Ramadhan sentiasa di sinonimkan dengan bulan yang orang melipat gandakan amal seharian dia. 
Tetapi, apabila berakhirnya bulan Ramadhan, kebanyakannya orang tidak beramal seperti mana amalnya pada bulan Ramadhan. *termasuk saya. Sob
( ;o;)

Ada segelintir orang merasakan kelazatan beribadat dalam bulan Ramadhan.
Tetapi masih ada lagi orang yang menjalani bulan Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain, cuma membezakannya adalah puasa. 
Hmm.

*nak pancing hati orang ni macam kita nak pancing ikan. Kita kena sabar!


Sering kali saya berfikir, bagaimanakah caranya hendak menyebarkan virus kemanisan beribadat kepada manusia di seluruh alam semesta ini.

Mungkinkah kita harus membina suatu alat pemancar cecair yang mengandungi virus Islam? Muehehe. *bermimpi di siang hari*

Nope. 
Cara nak sebarkan virus ni adalah menasihati. Paling mudah dengan cara kita amalkan dan jadikan contoh kepada orang lain. Tapi, kaedah ini kadang kala menemui kehampaan, sebab orang sekarang melihat kebaikan ni seperti perkara biasa sahaja. Yang di jadikan seperti rutin harian. Sungguh menyedihkan.

Lagi menyedihkan kalau kita mempunyai suatu fikrah ni, kita nak sebarkan, tapi kita tak jumpa method yang terbaik dan tak tahu macam mana nak sampaikan lagi-lagi pada orang yang paling kita rapat, yang paling kita sayang, hormat. Huaaaaa. Terasa tekanannya. Sedihnya (┯_┯)

"Aku juga ingin menjadi seseorang yang mampu mengubah orang lain. 
Aku juga ingin menjadi muharikah. 
Aku juga ingin tergolong dalam orang yang membangkitkan semula Islam. 
Aku juga TERINGIN!!!", jerit batinku.

Masih jauh lagi jalan ini. 
Dengan diriku yang terumbang ambing.

Mungkin kita kena mulakan dengan sentuh hati-hati orang yang kita sampaikan fikrah ni. Sebab apabila dah sayang, kita sanggup buat apa je demi orang yang kita sayang kan?

Tapi, kasih sayang sepenuhnya hanya untuk Dia Yang Satu. Kerna kepadaNya kita akan di kembalikan.

Kbhai. Carutan di malam raya. 
Salam lebaran. Maaf zahir batin. Dan semoga kita istikhamah dengan amalan kita. Yosh!

Moga Allah redha ~~

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran