Trip Indonesia Sotsuryoko konon

It's been awhile not updating my blog. So this time I'm gonna tell you stories about my last trip before starting my life as a Shakaijin (workers). Tapi, sungguh cacamarba trip kali ni punya persediaan. Baik dari segi wang, persiapan dan termasuk jugalah emosi. Tapi alhamdulillah, everything happened smoothly.

9 April 2018 [KLIA2 - Jog Airport]
Trip di Jogja kali ni kami menggunakan service Tim Joglo Wisata (RP 2015000 dalam RM 570 gitulah)  yang di anggotai oleh 4 orang.  Harga ni termasuk upah pak supir, hotel, entrance fee, perahu nak ke air terjun SRi Gethuk, dan naik gondola di Pantai Timang.

Hutan Pinus Imogiri - Rumah Hobit - Pantai Parangtritis 

Sampai sahaja di Adisutjipto International Airport, kami di sambut oleh Pak Supir dan di bawa terus ke tempat tukar duit. Jangan sesekali tukar duit di airport sebab rate nya rendah. Cakap je ke Pak Supir tu yang kita nak tukar duit sebab dia mesti lagi tahu di mana tempat yang worth untuk tukar duit. After that, kami makan dan terus ke destinasi pertama, Hutan Pinus Imogari. Di sini, banyak hutan pinus, so before agree dengan agent, google dulu sebab ada tempat hutan pinus yang lebih menarik dan cuba bincang dengan agent kalau nak tukar destinasi. Selepas itu, kami ke Rumah Hobit. Rumah Hobit ni sebelah je dengan Hutan Pinus Imogari ni. Mungkin sebab ni kot dia bawak ke hutan pinus ni. Dalam ni macam-macam aktiviti ada, macam flying fox (seingat aku), tapi sebab kekangan masa, kami cuma datang untuk ambil gambar je haha. Next ke Pantai Parangtritis. Di sini kami naik bendi (kereta kuda) di persisiran pantai ni. Dan kami akhiri hari pertama dengan dinner dan check in hotel. 





            a) Hutan Pinus Imogari


b) Rumah Hobit


 c) Bendi (kereta kuda), Pantai Parangtritis

10 April 2018
Sarapan di sediakan di Hotel. Hotel ni di pilih oleh agent tu sendiri.

Air Terjun Srigethuk - Pantai Timang

Untuk menuju ke air terjun tu, kita akan naik bot (termasuk dalam pakej). Boleh je mandi kat air terjun ni. Tapi, menurut aku, air terjun ni biasa-biasa je. Selepas itu, kami menujuk ke Pantai Timang. Untuk menuju ke kawasan atas, ada pilihan sama ada nak naik jip or ojek (motorsikal, tapi di bawak oleh lelaki kat sana). Kami pilih untuk naik jip. Tapi, kena bayar sendiri sebab jip tak termasuk dalam pakej. Sampai je kat atas, kami naik gondola (termasuk dalam pakej) untuk menuju ke Pulau Timang. Power skill mereka tangkapkan gambar ni. HAHA. So, percaya je ke mereka untuk ambilkan gambar.


d) Bot menuju ke air terjun 
air terjun





e) Naik gondola menuju ke Pulau Timang

11 April 2018

Kalibiru - Candi Borobudur - Alun-alun Kidul

Entrance fee ke Kalibiru termasuk dalam pakej, tapi setiap kali nak bergambar di situ akan di kenakan bayaran (lupa dah harganya berapa). Kami pilih di kawasan yang utama dan memilih yang adventures package (Climbing + Spyder web + Sling1 + Hanging Bridge + Zip-Line). Setiap gambar tu kena bayar. Next, kami ke Candi Borobudur. Setibanya di sana, kalian akan di serbu oleh sekumpulan penjual-penjual ole2 sehinggalah ke pintu masuk. Waktu nak keluar pun begitu juga. Kalian akan di serang oleh mereka. Yang bentuk macam loceng tu ada di bahagian atas temple tu. Selesai je, kami terus ke alun-alun kidul. Siang aku tak tahulah apa ada kat situ, yang aku tahu bila malam dia ada kereta yang berlampu tu. Sebenarnya benda tu cuma perlu kayuh je. And of course kena bayar. 

f) Kalibiru


g) Candi Borobudur

h) Alun-alun Kidul

12 April 2018

Check out hotel - Kraton, tempat tinggal keluarga Raja Kesultanan Jogja

Kalau ada keinginan nak pergi ke Kraton ni, seeloknya minta tour guide, kalau tak korang akan jalan2 tanpa pemahaman dalam tu (macam kami HAHA). Selepeas tu, kami jalan2 untuk cari ole2 di kawasan itu sebelum bertolak ke Bali. 

[JOG - DPS, Bali]
Kami sampai sudah malam, around 6:00 pm. Di Bali kami menggunakan pakej #jommelancongbali (insta: danybali99). Pakej kali ni, termasuk hotel, entrance bagai, dan makanan. So, kena fikir duit ole2 dan aktiviti sendiri je. weww ~


13 April 2018

Tanjong Benoa watersport - Pandawa Beach - Pantai Melasti - Ulu watu temple - Jimbaran Bay

First destination, Tanjong  Benoa watersport. Hari tu kami pilih seawalk dan flying fish dengan harga RP 700K seorang (yang main 3 orang). Dan kami sewa camera untuk dalam air tu sebab takde gopro dengan harga RP 5k seingat aku. Sea walk tu berjalan dalam air, ada laluan dia kat dalam air tu. hm tapi, biasalah, air dah tercemar sikit. Tak delah cantik giler, tapi, not badlah. Flying fish tu just baring kat atas pelampung tu je and nanti dia akan tarik dengan laju guna boat. Siap tu kami terus ke Penawa beach. Kat sini ramai gak orang yang mandi, tapi kami tak turun ke bawah. Di Pantai Melasti tu pun cantik dan ada orang mandi. Kami tak sempat mandi sebab watersport tu pun abes lewat gak. Next, ke Ulu Watu Temple dan terus ke Jimbaran Bay. Di sini kami lihat sunset dan having such a romantic dinner. Dinner ni pun dah include dalam pakej. 


i) sea walk

j) Flying fish

k) Pandawa Beach

l) Pantai Melasti

m) Ulu watu temple

n) dinner tepi pantai

o) Sunset di Jimbaran Bay



14 April 2018

Kedai Batik - Kintamani mount - Kopi Garden - Tegalalang paddy field

Kedai batik ni cuma persinggahan je along the way nak ke Kintamani mount. Batik dia mahal, haha. Yelah original an. Kintamani mount ni best. Lunch menghadap gunung tu. Sejuk sikit kat atas tu, and luch dia set buffet dan termasuk dalam pakej tu. Lepas tu, kami ke kopi garden, tempat pembuatan kopi. Ada juga kopi musang, tapi mahallah. Dan dia ada bagi tester untuk setiap kopi di situ kecuali kopi musang (kena bayar kalau nak rasa). Aku beli vanilla coffee dan ginseng coffee. Last destination is Tegalalang paddy field. Padi dia di tanam kat sekeliling bukit tu. Tapi, along the way nak naik atas tu akan ada pondok yang ada orangnya. Dia akan mintak sumbangan untuk bagi kita naik ke atas. Apa salahnya kita niat sedekah kann. 

p) Gunung Kintamani, was a volcanic mount

q) Tester air kopi

r) Tegalalang Paddy Field

Berakhirlah seminggu percutian di Jogja dan Bali, Indonesia.
Mana lagi best antara dua tu?
Bagi aku setiap tempat ada pros and cons. Depends kita nak trip kita bagaimana. Kalau di jogja macam banyak tempat2 yang viral, yang biasa anak muda ambil gambar dan upload di media sosial. Kalau Bali, macam lebih relax, dengan pantai-pantai dia. Siapa suka pantai, betterlah ke Bali. 

Tapi, paling penting untuk sentiasa berlapang dada, bertolak ansur dengan travelmate yang lain untuk memastikan perjalanan anda memuaskan hati setiap orang.

Daripada trip kali ni, sebenarnya ni kali pertama aku travel menggunakan agent. Bagi aku, guna agent ni tak memerlukan kita untuk prepare segala bagai itinerary bagai sebab itu agent yang uruskan. So, lebih kepada ikut perancangan. Sewaktu di sana, aku dapat lihatah betapa susahnya makcik-makcik walaupun dah tua masih lagi bekerja. Perempuan yang dah berusia masih lagi angkat benda-benda berat. I was like, Wow Makcik! Daripada semangat tu, nampaklah, kalau kita nak kan sesuatu tu sepenuh hati kita, memang takkan ada alasan pun untuk kita tak buat sesuatu tu. Macam trip kali ni, walaupun macam2 kekangan berlaku, tapi trip kali ni tetap di teruskan dan berakhir dengan selamatnya. Mungkin satu tamparan kot untuk diri sendiri. Sejauh mana kesungguhan aku dalam berbuat sesuatu unuk memastikan aku mendapat hasil yang baik pada masa hadapan. Yang penting, kena kuat dan jelas kenapa buat sesuatu! Walaupun susah, ganbarimasu!

Oh ya, trip di Bali tu, agent dia siap bagi mug free lagi. huhuhuhuhu ~~~


Comments

Popular posts from this blog

Pau Jejak UK