Baito itu memenatkan

Baito (Part time) antara perkara yang biasa di lakukan oleh pelajar-pelajar, tidak kisahlah di Malaysia, Korea, Jepun, Australia dan sebagainya. Ada yang melakukan baito kerana tidak cukup wang pembayaran universiti, ada yang kumpul wang untuk berjalan-jalan, tak lupa juga ada yang buat baito sebab nak hantar duit kepada mak dan abah masing-masing. Aku juga tidak ketinggalan untuk melakukan baito di sini (atas tujuan apa aku melakukan baito, biarlah rahsia).

Ada wanita A. Sudah berkeluarga, mempunyai anak dan sudah bekerja. Tetapi, suatu hari itu dia menyatakan hasratnya ingin meneruskan pembelajarannya kepada suaminya. Pada awalnya dia tidak meletakkan harapan kerana dia ingin melanjutkan pembelajarannya ke luar negara. Tetapi, memang sudah tertulis pada takdirnya, suaminya membenarkan dia meskipun harus berjauhan dari kampung asalnya dan keluarganya. Dia memekakkan telinganya daripada kritikan orang lain mengenai keputusan untuk sambung belajar ke luar negara tanpa biasiswa. Ya. Saya ulang, TANPA BIASISWA dan masih tidak pasti lagi apakah yang bakal di hadapinya sewaktu di negara orang. Apa yang membuatkan dia ingin meneruskan hasrat hatinya adalah kerana dia memikirkan bahawasanya peluang itu tidak selalu datang, jumlah orang yang mengetahui program itu sedikit dan keyakinan dia kepada Allah. Yang Allah akan membuka jalan rezeki untuk dia dengan niat hijrahnya itu. Dalam masa yang sama suaminya, yang membuat keputusan untuk meletakkan jawatan di tempat kerjanya setelah 20 tahun lebih bekerja di situ kerana isterinya melanjutkan pembelajarannya ke luar negara. Malah, anak-anaknya juga bakal berhijrah bersama-sama. Dalam perancangan mereka, anaknya yang sudah besar akan di home schooling, dan yang masih kecil akan di sekolahkan di sini. Berhenti bekerja di tempat asal dan berhenti sekolah untuk sementara waktu. 

Gila. Suatu keputusan yang "Wow!". Tapi, dia tidak terlalu risau dengan keputusan dia sekeluarga kerana keyakinan dia kepada Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu lebih kuat. Dan di sebabkan itulah dia melakukan baito. Dan dalam masa yang sama untuk membiayai wang pembelajarannya. Tapi, di sebabkan dia menuntut di government university, dia mendapat sedikit kelonggaran atas sebab tidak mendapat biasiswa. Kini dia masih mencari lagi biasiswa di negara luar itu. 

Wanita B pula. Menuntut di private university atas biaya sendiri. Ya, tiada biasiswa. Walaupun dia mengetahui pada peringkat awal ini dia harus biayai pembelajaran dia sendiri, dia masih meneruskan niatnya untuk belajar di luar negara. Di sebabkan itu dia melakukan baito. Tapi, betapa cekalnya dia ni, hampir setiap hari (kecuali sabtu dan ahad) dia masuk bekerja. Untuk mencari dana membayar segala kos. Aku merasai betapa letihnya baito setiap hari, tetapi dia tetap kuat meneruskannya. Kerana hanya itu sahaja cara yang dia ada pada masa sekarang ini untuk menyara hidupnya. Dan dia juga sedang mencari biasiswa di negara luar itu. 

Kalaulah aku tidak mendapat biasiswa, adakah aku masih ingin meneruskan pembelajaran di luar negara? Yang kos sara hidup, kos pembiayaiannya tinggi. 

Dan betapa kuatnya keyakinan mereka ini kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Betapa positifnya mereka kepada Dia. 

Sedangkan rezeki bintang pun di jamin Allah, apatah lagi rezeki kita, manusia yang di ciptakan dalam sebaik-baik keadaan. Burung yang tidak pasti nasibnya sekiranya dia keluar mencari makanan, tetapi dia tetap juga melebarkan sayapnya untuk mencari makanan dan pulang ke sangkarnya semula. Nah. Sudah pasti rezeki manusia yang di berikan akal untuk berfirkir akan di jamin Allah sekiranya kita berusaha, yakin dan minta kepada Dia. 

Dan mereka tetap tersenyum, bergurau senda di luar meskipun pelbagai kegalauan melanda. Kerana mereka yakin dengan Allah. Yakin. Dan terus berusaha. 



"Kenapa Pau baito kalau dapat scholar"

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

persoalan demi persoalan