“Aku ni pemalu sikit orangnya. Bukannya sombong”, kata Y kepada Z.

MALU ? Apa yang kita faham tentang malu nie?

Malu 1)
“Malulah nak mulakan perbualan dengan dia.”
Malu 2)
“Malu wei. Member-member semua dah ada pacaran. Aku single mingle lagi.”
Malu 3)
“Malulah. Dia boleh buat baik. Tapi aku, nak senyum kat orang pun susah.”

Dan pelbagai lagi kisah malu.
Zaman dolu-dolu waktu aku masih di tampuk kegelapan, cahaya lampu yg samar-samar je mengeluarkan cahaya dia, yang aku faham mengenai malu nie mcm dialog-dialog kat atas tu lah.
Lagi… aku malu nk luahkan pendapat aku. Tapi. Aku x malu untuk mengacau orang. Sebab tu hobi aku. Hahaha

Kesian orang sekeliling aku. *maaf ye* hahaha
Oke2. Berbalik ke topik malu. Apa yg Islam ajar kita tentang malu?
Hamba jumpa kisah malu nie dalam sebuah hadis. Ni pun terbaca sebab ada tugasan yg di berikan. *jgn ikuti diri ini*
HADITH KEDUA PULUH

عَنْ أَبِي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِي الْبَدْرِي رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى، إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
   [رواه البخاري ]

TERJEMAH HADITH /     ترجمة الحديث :
Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullahshollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda: Antara ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah:  Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka . (Riwayat Bukhari)



Daripada hadis di ats, terdapat pelbagai versi maksud. Tetapi yang paling sahih ialah seperti yg tertera di bawah ini :
*ehem ehem ehem. Skema sikit*

[Menunjukkan ancaman].
Haaa. Cuak tak. Cuak tak. *hambar ae* =,=  Ngehhh ~.
 Kat sini di katakan acaman sebab kalaulah kan, kita nie takde rasa malu. Mesti dah mcm2 bende kita buat. Mahupun yg baik ataupun yg tdk baik.

Contohnya. Kita tanya mak kita, “Mak, malam nie nak keluar boleh tak? Nak duduk lepak-lepak kat gerai Pak Jabar tu je”. Cuba bygkan kalau mak kita jawab “Suka hati kaulah. Apa-apa brlaku jangan nak ngadu kat mak.”

Mestilah kita akan fikir banyak banyak banyak kali. Sebab dr ayt yg mak kita katakan nie, seolah-olah dia bagi. Tapi ayat dia yg last tu mcm bawa maksd yang dia tak bagi. Nahhhhhh~
Mcm ayat  ni juga, “Jika tak malu, berbuatlah sesuka hatimu, dan Allah akan memberimu siksa yg pedih.” Mestilah kita takkan buat. Sebab dah jelas. Huuuuu . menangis tersembam gue.

Daripada buku ini juga, aku dapat tahu bahawasanya malu ini terbahagi kepada dua jenis. Heeheehee
1)      Malu Pembawaan, iaitu sejak lahir lagi.
Rasa malu ni, kalau kita baja dia, semai dia, bagi nutrisi yg mencukupi mampu nak bawa kita kepada Allah tau ! walhal, Rasulullah lebih pemalu daripad wanita tau. Kita macam mana ? uhukss.
Umar r.a :
“Barangsiapa yang merasa malu maka akan bersembunyi. Barangsiapa yang bersembunyi maka akan berhati-hati dan barangsiapa yang berhati-hati maka ia akan terjaga”
Pokoknya. Malu mampu jaga diri kita dan mengawal kita.

2)      Malu yang di peroleh melalui usaha :

Rasa malu ini di peroleh setelah dia merasakan kehadiran Allah, menyedari nikmat-nikmatnya dan rasa diri dia masih lemah. Mahu berdiri pun kadang kala terjatuh tersembam ke tanah.

Kalau Malu dengan Allah ni maknanya kita kenalah kan jaga apa yg perlu di jaga, kawal apa yang perlu di kawal, utamakan apa yg perlu di utamakan dan macam-macam lagi.
Tugas kita masih banyak. Hassan al Banna juga pernah berkata, tugas kita ni banyak sangat. Banyaknya itu sehinggakan masa yang kita ada ni tidak mencukupi. Nahh. Dari mana kita dapat masa untuk melagha ? *pannggg* berdengung telinga ni kena lempang*


 Kisah Malu kepada Allah dan Malu kepada manusia.

Pada zaman dahulu, terdapat seorang manusia yang bernama Cik Ti.
*oke tukar version*

Cik Ti ni seorang yg happening, hipster dan memang cerialah orangnya. Dia peramah, mudah dekati orang, suka berkawan dan meluangkan masa bersama rakan-rakannya. Rapatkan ukhuwah gitu.

Dia tetiba ‘ter’masuk dalam Bulatan Gembira. Daripada situ dia celik mata, mula menyedari mana yg hitam, mana yg putih, mana yg kelabu. Ehhh. Tapi sebenarnya yg kelabu tu tidak wujud tau. Maksud saya di sini, dalam menentukan betul dan salah. Yelah mana ad separuh betul separuh lagi salahkan ?

Dia selalu dapat ayat yg menyentapkan dia. Sentap tu dah elok dah. Tapi biasalah. Untuk membuang benda yang kita sayangkan ni kan amatlah perit, payah, perlukan seluruh jiwa raga dan kekutan nak buang, campak jauh-jauhkan.
Macam juga kita terpijak gula-gula getah. Gula-gula getah tu mestilah susah nak di buang 100% kesemuanyakan. Jalan sikit melekat lagi.

Samalah macam nak buang perkara yang tak baik yang kita cintakan dan dambakan.
Satu malam tu ., dia gagah bangun melawan graviti tilam yg amatlah beratnya untuk bermain bersama teman sepermaianannya. Nehhh.
Pagi tu dia memang menyesal sangat dengan apa yang dia buat. Dia pasang azam tanak lagi ulang.
Dia ceritalah kisah ni kepada teman akrabnya. Tapi apabila dia nak mulakan penceritaan dia, dia sangatlah malu nk cerita, sebab sebelum ini dia pernah berkata kepada rakannya itu, yang dia tanak lagi jatuh ke lubang yang sama iaitu mengulangi kesilapannya.
Tapi tulah, syaitan akan memperindahkan segala apa perkara yg tak baik ini, untuk menjatuhkan kita ke ‘lubang’ yang tak sepatutnya.

Cuba kita bayangkan, semasa kita sedang melagha tu, tetiba ustad/ustazah ataupun kita bayangkan Rasulullah berjalan di sebelah kita. Mampu ke kita nak ucapkan salam dan bertegur sapa kepada Beliau? Mestilah kita nak menyorok supaya Beliau tidak nampakkan.
Haaa. Memang manusia tak nampak. Memang manusia tidak tahu. Tapi Yang Satu tu tahu tauuu.

Berbalik kisah Cik Ti, tiap kali dia nak berubah akan ada sahaja halangan dan cubaan datang kepada dia.
*belek Al-Quran*
Jom kita cuba bukak Surah Al-Ankabut ayat 2.

Dalam al-Quran juga dah tertera, yang kita ni akan di datangkan dengan ujian. Yelah. Manalah ada jalan raya yang sekelilingnya pemandangan yang indah, jalan yang rata tanpa satu pun cacat celanya. Takde benda yang mudah tetapi tidak mustahil kita mampu melawannya.

Lagipun, setiap ujian yang kita dapat tu memang bersesuaian dengan diri kita. Mari kita lihat Surah al Baqarah ayat 286. Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.

 “Tapi kenapa ada je yang gagal nak selesaikan masalah yg dia hadapi?”
Nahh. Allah bagi kita pelbagai jalan untuk kita pilih dan kita akan di pertanggungjawabkan ke atas apa pilihan yang kita pilih itu. So berbalik semula kepada jalan apa yg kita pilih itu. Kita tengok balik, kita renungkan balik. Kaji semula sejarah. Sebab sejarah akan berulang kembali.

“Untuk Berjaya, kita kena kaji kisah ‘mereka-mereka’ yang syahid di jalan ini dan ikuti corak langkah mereka”

Mari kita doakan Cik Ti ni kuat.

*kisah ini tiada kaitan sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia*

2233

2014/10/18

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran