LUPA




“Eh apa tadi. Kau kata apa tadi?”

Selalu dop ayat2 macam ni meluncur laju je dari mulut korang. Wuish kalau dalam situasi aku sokmo jadi macam ni *maaflah di atas campur aduk Bahasa/loghat #bahasarojak.*

Kalau tak macam gitu, mungkin jadi mcm ni :
Korang dok pong prang pong prang buat pembentangan ataupun alaala show talk depan kelas, lepas tu bila pensyarah tanya semula ke kita, kita jawap “Dah terlupa”. Hahaha. Ke aku je jadi macam ni? Wallahu.

Tapi manusia ini memang beginikan. Mudah lupa, cepat melatah dan lain-lain.


Ada satu kisah ni, ada la A ni berjanji dengan diri dia, tak nak dah makan nenas. Dok heboh satu dunia*hiperbola* yang dia tak nak lagi dah makan. Dengan muka yang penuh kesungguhan dia mengatakan statement itu. Wuish. Gentar saya melihatnya. Ahaikkss.

Tapi, dia telah tercabar, apabila tanpa dia sedari yang dia sudah termakan nenas yang telah bercampur dengan makanan kesukaan dia iaitu nasi minyakk. jeng jeng jeng. Setelah itu, ehem, rakannya pun menegur dia kerana dia sudah melanggar janji dia terhadap diri nya sendiri. Aramakk! (sama erti dengan alamak).

Tapi di sebabkan dia tewas melawan nafsu makannya itu, dia telah makan sehingga menjilat jari bak ang. Sedap katanya. Setelah itu, dia pun pulang bersama-sama rakannya itu. Elok je dia jalan, penuh kesopanan dan kesusilaan. tup tup dia terjatuh pengsan. Sebenarnya dia tidak boleh makan nenas. Jikalau dia memakan nenas itu, kelak pengsanlah jawapannya.

Kalaulah dia tidak meneruskan pemakanan dia sewaktu rakannya menasihati dia, kemungkinan dia untuk pengsan adalah rendah. Tetapi, ini sudah suratannya. Mungkin ada hikmah. Ujian mungkin? Teguran mungkin?


*cerita ini tiada kaitan antara mereka yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Eheeehh*
Prang prung prang prung abes cerita. Apa yang cuba aku nak sampaikan? Ahaaa!

Point saya ada beberapalah.

~memang untuk melawan nafsu kita sangat susah. Tapi kita kena kawal dan buang jahiliyah2 kita. Cuba bayangkan kau nak daki Gunung Everest . lepas tu kau bawak beg yang penuh bapak dengan makanan yang berlambak, dan segala bagai peralatan. Memang akan sampai. Tapi cuba bandingkan kalau kau daki gunung tu hanya berbekalkan doa dan tawakal. #hambar. Ok2. Yang sebetulnya cuba kau bayangkan kau daki gunung tu cukup sekadar bekalan makanan yang mencukupi dan sedikit peralatan keselamatan. Mana lagi cepat sampai? Lets called it as Beban Dakwah.

~pabila sudah di tegur itu, kita pertimbangkan lah apakah pesanan yang di sampaikan oleh rakan kita tu. Mereka tegur kerna mereka sayang kita wehh. Alhamdulillah

~sebagai ujian. Sama ada kita nak buat atau tidak buat. Meh la kita amalkan sebelum buat sesuatu, kita fikir dulu. “Kalau aku buat ini ada himahnya ke? Kerna Allah ke?” hati kena sado beb.

~berfikiran di luar kotak dan berlapang dada.

Nak Berjaya memang susah. Manalah ada jalan raya yang tegak je dari awal hingga akhir. Tengah-tengah jalan tu mungkin saja ada lubang. Berliku-liku bagaikan ular kena palu gitu. Pengorbanan2 kita tu insyaAllah akan menjadi asset kita kelak.

Moga Allah redha.
*tidur*


Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran