Himeji's Unsung Heros




"座席A または Eのお客様をご案内させていただきます"
(Baca: Zaseki A matawa E no okyakusama wo goannai saseteitadakimasu)
(Maksud: Saya akan guide penumpang yang dapat seat A ataupun E (lebih kurang macam ni lah))

Suara peramugari berlegar di ruang angkasa memanggil penumpang-penumpang yang akan menaiki pesawat sebentar lagi.

Begitulah salah satu kisah hidup aku. Sebulan sekali pasti akan ke Lapangan Terbang Fukuoka.
"Kayanya kau Jah tiap-tiap bulan naik kapal terbang".
Ya Ya. Kaya dah jadi kayap. Haha. Kenapa setiap bulan aku akan book ticket flight go to somewhere else? Tak boleh ke duduk rehat kat rumah sahaja? Ataupun jalan-jalan je lah kat Kyushu tu. Banyak je kan tempat-tempat menarik?

Meh sini nak cerita.
Do you ever imagine what is the feeling of being far away from your beloved peoples and feel lonely? And you need something to fill your heart?
......................................................................................................................................................

Setiap bulan aku akan pastikan aku keluar daripada Pulau Kyushu dan pergilah ke mana-mana untuk berjumpa lutut ke lutut, mata ke mata, tangan ke tangan dengan 'geng' aku. Perasaan itu, Ya Allah! Gembira sangat. Seolah-olah di beri nafas baru dan lupa segala jenis masalah untuk sementara waktu.
Kalau orang tanya aku akan ke mana hujung minggu, jawapan yang bermain di bibirku adalah, "Pergi mencari ketenangan.". Dan mesti akan kata hobi aku adalah mencari ketengangan. Yeah. Siapa yang tidak sukakan ketenangan?

Semuanya bermula dengan kisah penempatan aku di Pulau Kyushu itu. Tempat yang jauh daripada orang lain. Kalau nak datang ke Pulau Kyushu ini daripada kawasan Osaka akan mengambil masa 10 jam lebih perjalanan dengan bas, dan kalau dari arah Tokyo pula mengambil masa dalam 14 jam menaiki bas. Sebab tu kalau aku nak keluar daripada Pulau Kyushu tu aku akan memilih menaiki kapal terbang. Dan kadang kala tu, harga tiket kapal terbang lagi murah daripada bas. (ikut musim juga. Kalau cuti umum, mahal sikit). Rancangan Allah tu sangatlah terbaik dan cukup cun dah. Tak perlu nak mengeluh, merungut dan seangkatan dengannya. And it's happened to me.

Duduk jauh daripada orang lain, dengan populasi orang Malaysia yang tidak seramai di kawasan lain, memberikan pelbagai pelajaran untuk diri ini. Macam mana nak urus seharian, buat keputusan, senang kata survival skill tu somehow meningkat. Aku yang sekarang ni bukan aku yang dulu. (Rugilahkan kalau kita yang sekarang ni sama dengan kita yang dulu). Dan yang paling rasa puas tu, aku tak takut pun untuk gerak sorang-sorang! Sebab memang setiap bulan tu aku keluar secara sendirian. Alhamdulillah Jepun ni boleh di katakan negara yang selamat. Cuma kena pandang pelik tu perkara biasa.

"Apa yang membuatkan kau tak berkira sangat untuk keluar setiap bulan wei?"

Haaaaaa. Sebab aku tahu kenapa aku buat keputusan ni. Dan atas niat apa aku buat perkara ni, aku tak ambil kisah sangat. *tapi, kadang-kadang tu jadi terfikir gak. HAHA*
Aku suka sangat perasaan berkumpul, berbincangkan perkara yang berkaitan dengan agama, di sibukkan dengan kebaikan instead of di sibukkan dengan pemikiran yang tidak sepatutnya, seperti di sibukkan dengan memikirkan masa depan, sedangkan masa depan tu dalam kekuasan Allah. Tak cukup yakinkah kita kepada Dia, sehinggakan kita risau yang teramat sangat mengenai sesuatu perkara itu?

Suka aku nak bawakkan satu kisah mengenai seseorang yang aku tabik spring.
Setiap masa dia (dalam pemerhatian aku) sentiasa ingat pada Dia, bercerita mengenai ayat-ayat Dia dan kadangkala itu bercerita mengenai kisah sahabat yang pernah berjuang suatu ketika dahulu dalam menegakkan Islam dan dalam penyebaran Islam yang secara kita tak sedar Islam tu datang kepada kita hasil daripada usaha para sahabat dan juga berkat doa nabi! (Boleh tengok surah Ibrahim, ayat  35-41). Dan dia juga sentiasa akan cuba untuk mendapatkan pengajaran daripada seharian dia. Dan cuba untuk mengaitkan dengan ayat-ayat Dia. Islam tu kan keseluruhan kehidupan kita. Bermula dengan bangun pagi, dan sepanjang seharian sehinggalah kita tidur semula. Bukan sekadar pada solat sahaja! Berbalik pada kisah seseorang ni, setiap masa yang dia ada, dia akan cuba untuk isi supaya masa yang ada itu tidak terbiar begitu sahaja. Dan memang  tidak akan ada kesempatanlah untuk berfikir benda yang tidak perlu! Takdelah dok risau pasal duit ke, pasal belajar ke, sebab sungguh-sungguh jalani seharian tu kerna Dia. Sehinggakan waktu tidurnya pun juga kadang kala jadi pendek!
Allah akan tolong kita, kalau kita sungguh-sungguh belajar pasal al-quran, agama.
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (47:7)
......................................................................................................................................................

Dia ni hanyalah seorang manusia. Sahabat-sahabat dulu pun hanyalah seorang manusia. Aku pun manusia. Takde yang membezakan aku dengan mereka. Jadi tidak mustahil untuk aku, kau, kita jadi macam seperti seseorang di atas ini, tak mustahil untuk menjadi pengikut para sahabat yang sudah pun syahid pada jalan Dia!
Kemenangan apa yang lebih agung daripada mati syahid, syurga?

"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar. "(9: 100)

Dunia sememangnya tempat untuk kita berpenat lelah, berkorban dan berjuang. Sebagai bekalan untuk kita menuju kepada kehidupan yang kekal abadi iaitu syurga. Tempat yang nikmatnya tidak terbilang dan tidak dapat di bayangkan!

"Ya Allah, Kau terus berikan kekuatan kepada hati-hati ini untuk terus bergerak ke arah Mu. Dan Kau kumpulkanlah kami di 'sana' nanti. Dan pertemukanlah kami dengan para sahabat yang sudah syahid dan kami ingin berjumpa dengan Mu Ya Rabb!"

Perjuangan ini tidak akan berakhir dan langkah ini akan terhenti waktu nyawa sudah tidak lagi di kandung badan.
May Allah give us the strength! Ameen!

Dapat bayangkan tak, kita berkumpul dalam syurga dan kita ceritakan kisah perjuangan kita dengan orang lain?
"Weh, Poh, ceritalah apa kisah yang kau dah alami selama kau hidup di dunia!"
*keep on dreaming*

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran