Aunty itu perantaraan







"Zreeekkk"
Bunyi pintu di kuak dari luar. Dengan sepantas kilat aku bangkit daripada pembaringan ku. 

"Oh. Seorang mak cik." Bisik hatiku.

"KLIA?", mak cik tu memecahkan kesunyiaan suasana.

"Err. A'aa. Balik ke KLIA petang ini. Balas ku.

"Oh. Aunty dari KLIA. Datang nak berjalan di sini." Kata aunty itu.


Terus ku tanya, "Oh. Datang sendiri ke? Atau pun under travel agency?"

"Oh. Aunty jalan sendiri."

And i was like. "Wow. Hebatnya aunty ni travel sendiri ke Jepun. Aunty tu pun cerita dia dah pernah pergi Korea sendiri. Oh ya, dia travel bersama-sama dengan suami dia. 

Dan kami pun berbual-bual. Aku memberitahu aunty itu aku belajar di Jepun, di bawah tajaan. Dan aunty tu pun cerita anak kenalan dia bekerja di Tokyo. Dan sembang punya sembang, aunty tu pun nak berlalu pergi.

Tiba-tiba dia datang berjalan ke arah ku. Sambil memegang sesuatu dalam gengaman tangan dia. Perkara yang terlintas di fikiran ku adalah, "Oh. Mungkin aunty ni nak bagi kad dia kot."

Tapi, aku rasa tersentak. Aunty tu bagi aku RM 100. Dia kata, "Alah. Student kan." Sambil tersenyum. Aku terkaku. Tergamam. Tersentap. Tak terkeluar ayat daripada mulut ku. Perkataan yang keluar dari mulut ku hanyalah, "Eh eh eh". Dengan serba salahnya.

Tergamam seketika aku di buatnya. Betapa Maha Pemurah dan Maha Pengasih dan dengan segala sifatnya Dia, Dia menghantar kan aunty tu ke surau ini dan berjumpa dengan aku dan memberikan ku rezeki. Yang pada saat ini aku tidak mempunyai apa-apa not ringgit malaysia. Betapa lawanya susuan yang Dia buat. Bermula dengan membatalkan pembelian tiket ku daripada sebuah agensi di mana agensi itu tidak dapat memberikan tiket pulang ke Malaysia kepada aku. Dan terus menggerakkan hati ku untuk memilih tiket pulang ke Malaysia pada sebelah petang kerna harganya yang lebih murah. Dan seterusnya menggerakkan hati ini untuk stay di dalam surau. Dan seterusnya menggerakkan hati aunty itu untuk datang ke surau pada waktu aku berada di surau semata-mata untuk Dia memberikan ku nikmat yang langsung tidak ku sangka. 
Yang membuatkan aku rasa terpukul adalah, baru sahaja semalam aku merungut kerna kealpaan aku untuk mengeluarkan not ringgit malaysia daripada laci ku untuk di bawa pulang ke Malaysia. Allahu. You're too nice to me. Dia tahu apa yang aku perlukan saat ini, Dia tahu pada waktu bila yang sesuai untuk Dia beri, Dia tahu apa yang terbaik untuk ku. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu dengan terperincinya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Teruskan menarikku ya Allah! :')

May Allah bless you and your family aunty. Amin. 

"..... Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya." [65 : 2]
"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" [65 : 3] 

Bersangka baik dengan Allah. Kerna Allah akan bertindak mengikut sangkaan kita. 
Dari Abu Hurairah radliyallaagu 'anhu, ia berkata bahawa Rasukullah SAW bersabda, Allah swt berfirman, 

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).


Senyum. 

Oh ya. Boleh jadi situasi yang berlaku pada kita tu kita anggap sebagai sesuatu yang pahit. Tapi, sebenarnya situasi itu mampu mengajar kita. Dan mungkin kadang kala membuatkan hubungan antara kita dengan Dia lagi kuat berbanding sebelum ini. Kita kena padang perkara yang berlaku pada kita daripada pelbagai sudut dan paling utama untuk bersangka baik dengan Dia, berfikir mengenai Dia dan kaitkan segala-galanya dengan Dia. Kerna semua ini berlaku atas kehendak Dia ! 

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran