Kejayaan Itu.....


 *kredit pada seseorang yang buat ini.*

"Semua pelajar di kehendaki berkumpul di dalam Dewan Jubli Intan. Dalam masa 5 minit lagi kerana keputusan SPM akan di umumkan."

Aku melangkah dengan langkah yang agak perlahan sambil berdoa dalam hati.
"Eh Gi. Jomlah. Cepat sikit jalan." Kawan ku menegur daripada belakang.

Pelajar-pelajar lain dengan sepantas kilat bergerak ke arah dewan.

"Aku da tahu dah keputusan aku. Aku check guna phone tadi. Kau tak nak check ke?"
"Eh tak nak lah. Tak surprise lah nanti."
Kedengaran perbualan dari belakang tempat duduk ku.

Aku, Zati, Hanan, dan Hada berkumpul sambil menenangkan hati antara satu sama lain. Kami se geng selalu belajar bersama, berjalan bersama-sama dan melakukan perkara gila-gila bersama-sama. Antara perkara gila-gila tu ialah kami menunggang motor, pergi ke bandar tanpa lesen. Alhamdulillah lah kami di selamatkan oleh Allah.
Selain tu kan, kami pernah sambut hari jadi kawan kami di kawasan kebun kelapa sawit.  LOL.  Dalam banyak-banyak tempat tak tahulah kenapa kebun juga yang kitaorang pilih. Hahaha ╰(‘ω’ )╯.

Okay. Berbalik kepada kisah di atas.
Satu-satu nama di sebut di ikuti dengan keputusan yang di peroleh. Nama Zati dan Hanan sudah di sebut. Aku dan Hada berdebar menunggu nama kami di sebut.
"Hada, 7A". Wajah Hada kelihatan begitu hampa.

Seusai saja majlis pengumuman keputusan berakhir, kami berempat berkumpul sambil memulakan acara nangis-nangis. *yela habis SPM masing-masing akan pilih jalan masing-masing dan susah dah nak jumpa*.

Tip tap tup tep tuk.
Ehh. Apa benda tu. Hahahaha.
Bunyi masa berlalu.*sila terima saja* hewhew

Okay, tiba masanya kami meneruskan pejuangan kami sebagai pelajar. Aku dapat menyambungkan pengajian ku di tempat yang aku mohon. Zati dan Hanan di takdirkan di tempat yang sama di matrikulasi. Tetapi, tiada langsung kabar berita Hada. Selepas hari pengumuman keputusan SPM dia terus memencilkan diri. Aku seperti kehilangan seorang sahabat yang aku rapat. Sahabat yang selalu ambil aku, bawa aku pergi ke sekolah. Dalam masa yang sekejap hilang tanpa kabar. *lap air mata*

Tapi, lama kelaman aku mengetahui di mana keberadaan dia.

*setahun berlalu*

Zati dan Hanan telah pun menyambungkan pelajaran masing-masing. Sorang di Terengganu, sorang lagi di Sarawak . Tapi, apa terjadi kepada Hada? Haaaaaaa. Hada pun dah sambung belajar. Dia ambil double degree bak ang!

Aku perhati, Hada sekarang semakin berjaya ! Mana taknya, dalam sibuk belajar, dia juga join pembuatan teater, dia pun kadang kala melukis, dan dalam masa yang sama dia menulis blog. Pergh ! Sungguh, aku cemburu dengan dia. Yalah, dia berjaya uruskan masa dia walaupun dia aktif dalam kelab. Hanan pulak, walaupun dia jauh dari keluarga, tapi dia kuat meyh ! Haaaa. Lagi kesian kat Zati sebab kena campak ke Sarawak.

Yaaa. Inilah jalan sebagai seorang pelajar.
Kadangkala ada naiknya, kadangkala ada turunnya,
Kadangkala ada gembiranya, kadangkala ada dukanya.
Barulah kehidupan menjadi warna warni kan?

Apa bendalah aku merepek ni.

Sebenarnya, apa yang nak di sampaikan adalah, kebergantungan kita kepada Allah dan Kejayaan tu takpernah takda untuk kita, cuma mungkin Kejayaan itu Tertangguh? Siapa tahu Allah tak nak bagi sesuatu pada kita, sebab Dia nak bagi sesuatu yang sangatlah menarik pada masa hadapan?

Dan, siapa tahu Allah bagi sesuatu yang kita taknak sangat-sangat sedangkan benda tulah yang sangat-sangat elok untuk kita? Siapa berani jamin?

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al Baqarah: 216)"

"Eh, tapikan takdir semua dah tertulis. Jadi bakpe aku nak usaha?"

Hei hei hei.
Mana kau tahu kau akan gagal? Dan itu adalah takdir yang Allah dah tulis untuk kau? Mana kau tahu Allah takdir kan kau untuk gagal? Haaaaaa. Acanor tu.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka" (Surah Ar-ra'd : 11)

Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Dan
Berjaya sekali bukan bermakna berjaya selamanya.
kita kena keluar daripada Zon Selesa dan Zon Berserah TANPA Usaha.

Pergilah ke mana-mana ceramah, motivasi, tapi kalau kita sendiri tak paksa diri untuk berubah, untuk berusaha, semua tu akan menjadi basi . Aish. Sayang tu. Sayang. Jangan jadikan motivasi menjadi motibasi. Tak mau tak mau.

Mungkin sekarang kita tak capai apa yang kita impikan, tapi mungkin pada masa akan datang kita akan peroleh sesuatu yang lebih daripada apa yang kita impikan?

Kunci dia , jangan pernah menyerah kalah, doa, tawakal dan berbaik sangka dengan Allah.

InsyaAllah. Allah kan dekat dengan kita. Sangat dekat. Cukup sahaja Dia untuk kita insyaAllah.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." ( al-Baqarah: 186)

Semoga Allah redha. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran