Tempoh

Dalam Al-Quran ada menyebutkan soal Iddah. Iddah yang kita faham adalah suatu tempoh penyucian untuk kaum wanita yang di ceraikan oleh suami dia mengikut jyouken (keadaan) masing-masing. Tempoh ini di perlukan untuk menjaga kesucian wanita itu sendiri dan untuk mengelak daripada berlakunya salah faham mengenai kandungan (jika wanita tersebut mengandung). Yelah. Takut keliru anak tu anak siapa macam tu lah. 
Islam sangatlah menjaga wanita, meninggikan martabat wanita, tetapi mengapakah ramai yang tidak merasai dirinya di pandang dengan suatu nilai yang sangat berharga?

Berbalik topik iddah. Iddah merupakan suatu tempoh masa. Tempoh masa . Ya. Tempoh masa.

*dalam semua keadaan akan ada suatu tempoh kita berhenti tanpa melakukan apa-apa melainkan berfikir* 

Kita sebagai manusia kadang kala memerlukan suatu tempoh masa untuk membuat sesuatu keputusan. Tempoh masa untuk bersiap. Tempoh masa untuk berfikir. Tapi kita guna tak tempoh masa yang kita ada tu untuk mereflek diri sendiri?

Pada pandangan saya, Ramadhan merupakan suatu tempoh yang sangat lawa. Sebab waktu itu syaitan tiada. Kita tak terganggu dengan hasutan-hasutan syaitan. Apa yang ada cumalah diri kita dan amalan kita sendiri. Sayanglah kalau waktu Ramadhan hari tu kita hanya berpuasa tanpa menambah apa2 sunnah yang lain. Ibarat kita bekerja, tapi kita mempunyai banyak sangat masa yang boleh kita gunakan untuk mencari wang tepi seperti melakukan arubaito (part-time), tapi kita gunakan masa yang kita ada untuk berjimba, bersuka ria. Rugilah kan.

Haaaa. 
Semasa proses dari Ramadhan nak masuk ke Syawal tu pun merupakan suatu tempoh masa yang mencabar keimanan kita. Sama ada kita beramal untuk mencari keredhaan Allah ataupun melakukannya kerna orang lain pun melakukannya. (Tapi, cara ni boleh juga mendidik kita untuk belajar ikhlas. Tapi kalau dah 5 tahun berturut-turut masih sama saja, takda perubahan tu macam mana pulak? Fikir-fikirkan).

Dan sekarang, Ramadhan tu dah pun berlalu. Wuish lagi la mencabar. Syaitan-syaitan segerombolan pulang meneruskan misi mereka untuk mengusik-usik hati kita melakukan perkara tak elok. Syaitan ni macam main sorok-sorok dengan kita. Macam dia sedang menyorok di sebalik pintu bilik kita, dan menunggu kita khayal dan lalai. Apabila dia nampak kita dalam mood keawang-awangan, apa lagi dia akan tiuplah segala macam pemikiran, prasangka dan pelbagai jenis lagi pemikiran. Ketiadaan keyakinan, ketakutan, rasa lemah, hilang semangat dan macam-macam lagilah. Semua ni berbalik kepada diri kita sendiri. Sama ada #kitalawan atau pun #kitaikut. Haaaa. Yang mana satu, idaman kalbu? 

Habisnya bulan Ramadhan bukan bermaksud habislah perlumbaan mengejar kebaikan (fastabiqul khairat). Fastabiqul khairat ni sampai mati! 
Memang akan adanya naik, turun, jatuh tergolek, bangun dengan bergayanya, jatuh semula. Itu biasa. Cuma janganlah berhenti separuh masa. Rugi tu.

Semua yang kita lakukan memerlukan tempoh masa. Masa bersendirian juga perlu. Bersendirian dengan Allah. Ala2 gaya date gituhhhh.

Allah tahu apa yang kita pendamkan dalam hati. Kadang kala kita akan rasa nak cerita ke orang lain dan kadang kala rasa nak cerita ke satu dunia yang kita ni tengah sedih, gembira dan sebagainya. 
Tapi, apabila kita cerita semuanya kepada Allah kita akan peroleh suatu keajaiban. Kita akan rasa lega selega-leganya. Kita akan rasa suatu perasaan yang umph.

Untuk mengubah diri juga memerlukan tempoh masa yang saaaaaangaaat panjang. 
Dan tempoh nak pulihkan hati pun memerlukan suatu tempoh yang panjang. #ehhh

Apa-apa pun yang kita sedang lawan, kita teruskan lawan. #kitalawan. 
Mohonlah bantuan, kekuatan daripada Allah.
Hanya Dia yang memahami kita, mampu membantu kita dan hanya kepadaNya sahaja tempat terbaik untuk bergantung. 
Yakin pada Dia!


Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin. 

p/s : dapat idea sewaktu berbulat-bulat gembira mentadabbur surah at-talaq dan di tugaskan untuk kaitkan surah itu dengan Ramadhan yang sudah berlalu. Kadang kala kita perlu berfikir di luar kotak. Berusaha !

Semoga Allah jauhkan kita daripada penyakit hati. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran