Orang Asing

                     *ehhh. Cahaya UFO*

Malam itu dia terasa kesepian. Di saat semua roommate dia enak di buai mimpi indah, dia masih lagi termangu sambil memandang ke arah luar jendela.

Tidak semena-mena satu persatu memori dari zaman persekolahan dia sehingga diri dia yang sekarang ni singgah ke benak pemikiran dia. Ya lah. Kalau dah bersendirian ni memang macam-macam lah yang di fikirkan. Masa lampau, masa kini, masa hadapan, masa bujang, masa hidup berumahtangga. #ehh.

Kalau nak di buat perbandingan, diri dia yang dahulu dan sekarang ni sangatlah jauh berbeza.

"Kau couple dengan siapa sekarang?"

Tu merupakan antara topik hot antara dia dan rakan-rakannya. Boleh di katakan setahun sekali dia berubah pasangan. Hotstuff.

Setiap kali berpasangan, macam-macamlah dia terima hadiah. Daripada patung beruang kepada bunga hidup. 
Setiap kali putus dengan pasangannya tu, jangan cakaplah berapa banyak gelen air mata dia dah habiskan.

Sehinggalah dia ni menyambungkan pelajarannya dalam progaram JAD. Apa tu JAD?
Jodohhhhh.... Aku Datang. Hahaha. 
ヽ(*´з`*)ノ. *gedik. 

Takdelah, JAD ni singkatan untuk Japanese Association Degree. JAD ni ibarat punca perubahan yang berlaku terhadap dia sekarang. *eh? Apa kaitan? Haaaaa...

Dalam program JAD ni dia jumpa suatu persekitaran yang dapat mengisi kekosongan hati dia dan menggantikan cinta manusia kepada cinta yang hakiki, iaitu kepada Allah. Percaya tak kalau kita berada dalam sesuatu kelompok manusia, lama kelamaan kita akan ada persamaan karakter dengan mereka? Well, it is a fact.

Ibaratkan macam span. Kita letak span tu pada kawasan yang ada air bersih. Dia akan serap air bersih tu tanpa memilih ataupun mengasingkan dengan cecair lain. Sama juga kalau kita letak span tu pada permukaan air kotor, dia akan serap semua air kotor tu. Dia takkan bersikap, "Eh, kau air kotor, aku tanak serap kau. Nanti aku jadi kotor juga". Tidak sama sekali. Dia takde hak pun nak memilih. Zannen (kasihan).

Kita macam span juga lah. Salah bergaul, maka kotor lah kita. *melainkan kita pandai memilih keputusan yang betul*  Sama juga dalam kes dia kat atas. Sejak dia masuk JAD ni, dia kenal Islam yang sebenar. Kalau zaman sekolah dia dulu dia belajar je Islam tu macam mana, cuma pada masa tu dia belajar untuk Enchik Ekzem saja.

"Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing, dan akan kembali dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang yang di katakan asing."

Dalam satu program ISK(Ini Sejarah Kita. Kalau berminat boleh cari buku ISK ni) dia belajar mengenai perkara itu. 

"Asing? Asing yang bagaimana?"

Setiap masa dia memikirkan 'asing' tu. 
Sehinggakan dia meng'asing'kan diri dia daripada persekitaran.

Apabila dia mengikuti program bersama Bulatan Gembira dia, semua perkara yang dia buat berbeza dengan orang awam. Misalnya, setiap kali perjumpaan mereka akan membuka (tadabbur) al Quran walaupun di mana sahaja mereka berada. Seperti di taman, tepi tasik.

Zikir Mathurat jugak kerap di amalkan. Pagi dan petang.

Solat malam juga di dirikan.

Ahh. Alangkah indahnya hidup dalam susana begini sahaja. Dalam persekitaran yang soleh solehah. Alangkah bahagianya kehidupan.

Tetapi, Itu sekadar angan-angan yang sukar nak di gapai.
Hakikatnya hidup bukan sentiasa di atas. Ada naik dan turunnya.

"Aku sama ja dengan orang kat luar sana."  ╭( ๐_๐)╮
Yeah. That's me. 
Kadang kala tu, Enchik Jahiliyah dok seru-seru nama kita. Dia kata dia rindu kita. Lepas tu bila kita cair dengan Enchik Jahiliyah, kita pun ikut ja kata dia. Penyudahnya kita menyesal. Rasa nak flush je muka dalam mangkuk tandas. *terjun gaung*

Tapi, yang paling penting jangan pernah walaupun sekali menghentikan langkah dan kembali ke zaman dahulu. Memanglah manis, tapi yang manis tu kalau terlebih dos mampu memberi kesan negatif kepada kita. Kita mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Jangan layan sangat nafsu tu. Setan je tu semua. "Hang ikut, hang kawan setan". Uhuuukkk. Batuk berdarah.

Kalau tengok keadaan sekeliling memang ramai yang lakukannya, sampai-sampai di jadikan sikap turun temurun bergenerasi. Orang memikirkan perkara tu biasa saja. Sedangkan memberi kesan tak elok untuk diri. Sebagai contoh merokok.

Dalam usaha nak jadi Orang Asing memang banyak tarikan-tarikan yang perlu kita tapis dengan kuasa Ultramen. Haha. 
Sama ada nafsu, pengaruh orang sekeliling mahupun pengaruh media. 
Kenalah bijak dalam memilih kan.

Sekian sahaja perbualan antara Diri Sendiri dengan Diri Sendiri. 
Mari kita menjadi Orang Asing!! 
٩(・ิ ・ิ๑)۶٩(・ิ ・ิ๑)۶*

tambahan : memang kita akan di uji dengan apa yang kita nasihatkan dan tulis. Dan aku sedang menghadapi situasi ini. Semoga semua thabat. Yosh!

"Carilah apa jua jenis jalan untuk terus melangkah dalam jalan ini. Selagi tidak bertentangan dengan agama" 

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran