#TipsMasukU

#TipsMasukU

Hot kan #hashtag ni. Well *flip tudung*

Saya merupakan pelajar tahun ke tiga jurusan Elektrik Elektronik. Saya merupakan seorang pelajar yang bersemangat nak belajar. Cheeeh
 ( ・ิ,_ゝ・ิ).

Sebelum ni aku sekadar belajar di sekolah menengah harian yang setiap hari berulang alik dari rumah ke sekolah. Kredit kepada Abah sebab awal-awal masa tingkatan 1 dulu sanggup pagi-pagi yang sejuk menggigit bulu roma menghantar aku ke sekolah yang berjarak dalam 15 min dengan menunggang motosikal. Takkan ku lupa.

Dulu, waktu sekolah menengah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 aku akan berjumpa dengan rakan-rakan di sekolah. Kalau bukan di sekolah pun kat rumah kawan-kawan yang lain. Yela, dengan study group nya, leypark(perkataan asal : lepak) dan macam-macam lah.
Dulu takda lah aku terasa hati sangat dengan kengkawan. Yela, ada keluarga depan mata. Lega hati sikit apabila tengok mereka.

Tetapi, itu suatu ketika dahulu.

Sekarang, daripada tahun 2013 sehingga kini, hidup ku di habeskan bersama-sama kawan-kawan. Makan bersama, bergurau bersama, tidur bersama, bergaduh pun bersama. #ehh.

Beberapa tips yang aku dapat sejak aku menjejakkan kaki di dunia Asrama adalah.

1. Apabila sedang gembira bagai dunia ini enta yang punya, hati-hati apabila nak bercerita kepada orang lain. Tengok kiri kanan dulu.

Bahagian ini palinglah aku terasa. Hahaha. (*゚▽゚)ノ. Yela. Sedang kau memperjuangkan sesuatu, tetiba kawan kau pergi cerita kat kau berkaitan sesuatu itu yang sanggatlah membuatkan kau terganggu emosi dan mampu melemahkan semangat kau. Kita amek  contoh paling mudah iaitu mengenai keputusan peperiksaan. Ada member kau ni dapat 95 markah, kau dapat 70 markah. Yang dapat 95 markah ni dok pung pang pung preng ke media massa, ke group wassep tentang kebahagian dia. Mungkin dia nak share the happiness. Tapi, hati-hati, toleh kiri kanan depan belakang atas bawah sebab takut ada yang tersinggung hati dan orang tu takda kekuatan nak jujur dan penyudahnya dia pendam dan sakit sendiri. Hahaha . Siapa lah tu kan. ㄟ( ▔∀▔ )ㄏ

2. Dah tahu pinjam barang orang tu,       pulanglah dengan keadaan yang     sama seperti sewaktu kita pulang dahulu.

Selalu perkara ni terjadi. Haha. Yela, kita kan hidup dalam suatu komuniti. Adatlah pinjam meminjam. Bila nampak bro ataupun sis tengah susah mestilah kita akan hulur bantuan kan. Yela, cubit peha kiri peha kanan pun terasa. (╭☞´ิ∀´ิ)╭☞. Tapi, si peminjam ni kenalah pastikan dia pulang barang yang di pinjam dalam keadaan elok dan kalau bole jangan di jadikan sebagai harta sendiri la ye. Takut lama-lama jadi lupa. Muehehehehe.

3. Jangan mempergunakan kawan sendiri.  

Manusia ni pelbagai ragam dia. Ada yang rajin, ada yang malas, ada yang baik ada yang berprinsip tegas dan macam-macam lah. Walaubagaimanapun teman mu itu, jangan sekali-kali mempergunakan teman mu itu untuk kebaikan diri kamu. "Eh, aku tak mempergunakan pun. Aku mintak tolong je."
Kadang-kadang dalam kita tak sedar, perbuatan kita tu yang menzahirkan seakan-akan kita mempergunakan mereka. Yela, soal hati. Siapa je yang tahu.

4. Cari kawan yang boleh kita percaya dan kongsi masalah.  
                               
Ni penting. Sebab dalam kehidupan ni macam-macam dugaan dan cabaran kau akan hadapi. Baik yang melibatkan privasi diri sendiri mahupun perihal umum. Perlunya sahabat ni untuk jadi telinga dan beri nasihat ke kita. Berkesan! Sebab aku pun amalkan.

5. Jangan mudah menilai orang lain.    

Jangan kau fikir orang yang selalu tersenyum, gelak ketawa takda masalah. Kadang-kadang mereka ni yang paling bermasalah. Kenalah onn kan mood common sense anda tu. Huhu.

6. Ambil berat tentang orang lain tapi jangan sampai sebok nak tahu semua benda.                                                          

Biarkan kawan kita yang cerita, jangan paksa.

7. Hormat pendirian mereka dan terima seadanya.                                                    

Yela, setiap orang kan lain cara hidup, pendapat. Daripada kita bertekak lidah lebih baik kita belajar untuk menerima.

8. Apabila ada gotong royong Batch tu ringan-ringankan lah tulang membantu.                                                  
Biasanya kami di sini sebelum nak cuti kami akan membersihkan peti ais, buang apa yang patut, mop apa yang patut. Sebagai tanda anda prihatin dan sayang kan kawan anda, rajin-rajinlah bantu untuk mengemas. Bukannya menguntukkan sesuatu pihak sahaja, tapi semua pihak yang untung. Dapat nama. ヽ(*´∀`)人(´∀`*)ノ.

9. Adakan sesi meluahkan perasaan.      
Kadang kala dalam kita tak sedar kita ada guris perasaan seseorang. Di sebabkan itu, bolehlah kot buat perjumpaan bersama-sama. Sebulan sekali ke. Yang penting tayah nak menangkan ego masing-masing. Lainlah kalau korang lawan moto ego korang sendiri. Hahahahaha hambarrrr.

10. Benda baik bincang elok-elok.    

Kenalah guna intonasi yang sesuai mengikut keadaan, situasi. Setiap masa nak naik suara susah ah gitu. Hok alohhh.

11. Jangan terlalu mengharap pada manusia.

Bahagian ni paling penting. Pengharapan dan kebergantungan tu tak sepatutnya kita letak kepada manusia. Sebab manusia ni tak sempurna. Macam kalau kita guna sesuatu barang yang tinggi kualitinya, tapi lama-lama kualiti barang tu akan berkurangan kan. Sama lah dengan manusia. Tidak sempurna. "Dah tu siapa yang sempurna?" Hanya Satu je. Allah. Letak pergantungan kepada Dia saja. Sebab manusia sebaik macam mana pun seseorang itu, ada juga kemungkinan untuk dia menghampakan kita, tetapi Allah tu Maha Penyayang. Takkan buat ke kita macam tu.

Baiklah. Begitu lah serba sedikit kisah kali ini.

Siapa tak suka, boleh tinggalkan komen, takyah kata belakang-belakang. Kata depan-depan. Benda boleh setel kita setel cara baik.

Lagi satu, Penuhi kehidupan anda dengan aura-aura kebaikan dan positif. Dekati majlis-majlis ilmu. Dan banyakkan mengadu pada Allah. Dekati Dia.
Yosh! Ayuh bergerak !

Biarkan langkah kita bertatih-tatih, yang penting terus melangkah, tak toleh kebelakang dan terus lihat seribu kilometer ke hadapan. └┌└┌└(^o^)┘┐┘┐┘.

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran