arus apakah?



Menariknnya Arus. 
Arus apa? Arus perdana ? Arus Sulinti? 
Haha. Suka hati aku je.hehe

Arus yang di maksudkan adalah Current, Arus Elektrik atau orang Johor panggil dengan panggilan Karen . 
Kenapa menarik?

Sebabnya, ciri khas Current ni, dia akan pilih jalan yang mudah untuk sampai ke destinasi yang dia nak pergi. 
Kalau dalam dunia Elektrik Elektronik, Current ni kalau di bagi pilihan dua jalan, satu jalan tu ada Resistor (perintang), tapi satu lagi jalan yang tak ada apa-apa halangan iaitu Resistor , Current ni akan lalu pada laluan yang tiada Resistor sebab tak penghalang yang mampu menghalang dia untuk sampai ke tempat yang dia nak pergi sangat-sangat. 
Hebat bukan jadi Current ! 
Ikut kepala dia je nak pilih siapa.

Apa jadi kalau dia lalu pada laluan yang ada Resistor ? (Which means kat jalan tu semua jalan yang ada hanyalah jalan yang ada Resistor. Takde pun jalan yang tiada Resistor). 
Kalau dalam keadaan ini, Current yang mengalir tu akan jadi berkurng sedikit, sebab sebahagiannya tu da terhalang dan di pisahkan oleh orang kedua iaitu Cik Resistor ! Aduh! *sedikit over di situ*

Jadi, Current yang sampai di destinasi tu jadi lebih kecil daripada nilai Current yang asal dek kerna cinta mereka yang terhalang. 
Hmmm. Apa kaitan dengan aku, kita ?

Well. 
Dalam kehidupan siapa yang jalannya smooth je? Yang lawa je ? Yang di hampari bunga-bunga mawar nan mekar dan dedaun-dedaun yang menghijau ? 
Ada ? Saya berani Yakin, pasti tiada. 
*maaf*
Yelah. Mana ada kejayaan yang datang bergolek-golek jatuh dari langit menyapa kita lalu membawa kita ke arah kejayaan tertinggi di dunia mahupun di akhirat? 
Mana mungkin. 
Tidak mungkin.

Even Kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW yang sangat Allah cintai itu pun di baling batu oleh masyarakat sewaktu sebarkan ajaran Islam. Apatah lagi kita ini. Manusia biasa. Yang hanyalah kelihatan seperti semut kecil . Allahu. Kecilnya kita.

Setiap Rintangan (dalam kes ini Resistor) yang datang ke kita tu adalah semata-mata untuk uji kita, sama ada kita ni betul-betul ke idak nak capai kejayaan yang kita dambakan tu. 
Kalau baru kena tiup angin sepoi sepoi bahasa, tapi dah goyah . Sia-sialah. Usaha tu biarlah sampai ke garisan penamat. 
Sebab setiap permulaan tu ada penamatnya. Dan penamat untuk kita adalah ajal dan kita mengharapkan penamat kita di Syurga kan. Aminn.

So, takkanlah kejayaan tu kita akan peroleh tanpa luka yang penuh di badan, sakit yang penuh di hati? 
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan mengatakan, "kami telah beriman, " dan mereka tidak di uji?...... (2) 
"Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." ....... (3) 
: surah Al-'Ankabut
Biasa kan dengar ayat ni.

Allah sendiri sudah bagi tahu kepada kita, ujian tu akan datang kepada kita. Ujian ni boleh datang dalam macam-macam bentuk . Ujian kegembiraan, ujian kehampaan , ujian kedukaan. 
Bergantung kepada kita, nak pandang ujian tu macam mana dan bergantung kepada kita macam mana kita nak bertindak balas terhadap ujian yang kita terima tu?? Nak melentingkah? Nak cari resolusinyakah? Bagaimanakah? 
Tepun dada, tanya diri.

Mesti anda tahu kan. 
Untuk memilih padi yang lawa, padi-padi yang sedia ada tu akan di tapis? 
Macam tu juga manusia. Ujian tu adalah sebagai tapisan untuk menapis kita, untuk lihat sejauh mana kesungguhan kita. 
Itulah tapisan Allah. 
Apa-apa pun ia bergantung kepada niat kita kan. 
"Permulaan kita menunjukkan apa penghujungnya." Masih belum terlambat untuk ubah niat. Tajdid niat semula. 

"Kenapa dia takperlu belajar sungguh-sungguh tapi dapat manten(markah penuh)?"

Well. Tu ujian untuk kita. 
Ujian tu hadiah daripada Allah. 
Takpercaya? 
Yelah. Setiap kali kita dapat dugaan mahupun ujian, kita akan kembali kepada fitrah kita iaitu fitrah kembali kepada Allah kan. See. Allah bagi peluang kepada kita untuk mengadu kepada Dia. Aku, kita je tak ambil serius. Hmm..

"Aku usaha dah kawal duit aku supaya tak boros. Tapi. Ahh. Aku benci diri sendiri". 
Kata diri ku.

Eh, rezeki tu Allah yang pegang. Yakin pada Dia ! 
Nak di jadikan kisah. 
Ada seorang budak ni, kita panggil dia sebagai A, dia kehabisan duit pada awal bulan. Dia ngadulah kat member dia nangis nangis. 
Dua tiga hari lepas tu, A bukak wallet, tengok2 ada duit yang bukan dia punya. Dia pun wondering siapa punya duit. Tetibe, member dia ni bagi tahu dia. 
"Duit ni kita yang bagi. Anggap je rezeki kau"
Wuish. Aku yang dengar cerita tu pun nak nanges, lagilah orang yang terima duit tu. Allah ! Tu lah namanya rezeki. 
Allah sangat sayang kepada hamba-hambanya. Cuma kita je fikir bukan-bukan pasal Allah. Nauzubillah. 
"Wuish. Lepas ni kena husnudzon dengan Allah. Kena cari Allah dulu dalam apa jua situasi ni"
Ya. Betul tu. 
*kisah benar*

Janganlah pulak kita jadi seperti Arus yang akan mengalir di jalan yang mudah sahaja. Jalan yang penuh duri tu lah jalan yang sangat indah. Jalan yang tak biasa di ambil oleh orang ni biasanya penghujungnya sangat menarik ! Cuma . Kita ni berani atau pun tidak untuk cabar diri sendiri, untuk berani mengorbankan apa-apa yang menghalang kita daripada  tujuan hidup kita iaitu menuju ke jalan yang Allah redhai. Ataupun, kita nak jadi  seperti Arus?

Allah takkan memberati seseorang melebihi kesanggupannya. Itu janji Allah. 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dia kerjakan dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya............................"
Al-baqarah : 286

Semoga Allah memberikan kita kekuatan. 
Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran