kekuatan itu.


#akakakaktaff





そばにいたいよ、
君のためにできることが
僕にあるかな
いつも君に
ずっと君に
笑っていてほしくて

(Soba ni itai yo
kimi no tameni dekiru koto ga
boku ni aru kana
Itsumo kimi
ni zutto kimi ni
waratte ite hoshikute)

Kuingin selalu bersamamu
Apakah ada, hal yang bisa kulakukan
untuk dirimu?
Selalu untukmu
Selamanya untukmu
Kuingin kau terus tersenyum selamanya
                        ~Himawari no yakusoku~

Lagu ni sangat memberi maksud yang mendalam untuk aku. Dan banyak ertinya di sebalik lagu ini.
Macam yang kita tau, lagu ni adalah lagu tema daripada cerita Doraemon Stand By Me. Seres, waktu tengok cerita ini aku menangis sebab sangat rasa dia punya kasih sayang antara Doraemon dan Nobita. Betapa ikhlasnya persahabat mereka sampaikan sanggup buat apa-apa untuk pastikan kawannya tu bahagia walaupun terpaksa lakukan macam-macam pengorbanan. 
Huhhhh. Lap air mata sat.

Kepelbagaian sifat kawan-kawan kita ni ada ‘perkara’ yang dating dengan pakej. Misalnya, kawan kita tu panas baran, dalam pada masa yang sama kita boleh didik diri kita untuk jadi penyabar. Kita kenalah kan pandang dari sudut yang positif.

Hmmmmm…

Setiap orang pasti ada sahabat yang dia rapat. Selalu berkongsi cerita, saling bantu membantu, bagi nasihat dan macam-macam. Sampai-sampai tu, ada orang ni dia sanggup lukakan hati dan perasaan dia demi menjaga persabatan dia sendiri. Wuish! Semangat betul!

“selemah-lemah ukhuwah adalah berlapang dada, dan setinggi-tinggi ukhwah tu adalah melebihi sahabat dia sendiri”

Haaaa. Kalau nak berlapang dada pun susah, kat mana tingkat persahabatan kita dengan kawan kita? Tapi, berlapang dada ni pun bukan benda mudah wei. Ini seres. Takpe, kita boleh start dengan paksa diri kita untuk terus tersenyum walaupun hati kita tergores. Sebab ikhlas tu boleh di didik dengan paksa diri untuk buat perkara tu. By time pass, insyaAllah Allah akan bantu.

“dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan- jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang yang berbuat baik”
                                                                                                                                              Ar-Rum : 69

Ni janji Allah. So jangan kita risau. Allah pasti akan tunaikan apa yang di janjikan kepada kita. Just take it as a serious thing. Sampai bila kita nak main-main saja?

Haaaa. Berbalik topik member/sahabat/teman/kawan. Siapa je boleh hidup sendirian di atas bumi yang luas ni? Walaupun sekaya mana dia, walaupun apa yang dia nak dia boleh dapat, tapi, kasih sayang tu tak boleh di beli dengan wang ringgit. Kawan baik tak boleh di dapati di tepi jalan. Tak boleh tak boleh.

Dalam perjuangan kita dalam kehidupan ni pun kita hidup secara berjemaah, bermasyarakat kannn.. tapi seres! Aku jumpa kekuatan tu sendiri daripada ukhwah antara sahabat-sahabat di sekeliling aku sendiri! *tapi kekuatan daripada Allah tu adalah kekuatan yang paling kuat*

Hari tu…

Aku balik bilik, dalam perasaan sedih sebab kena ambil semula ujian Electric Circuit. Balik je bilik mengamuk dan nangis. Adalah seorang member aku ni, punyalah sweet dia tulis kat sticky note, dia tulis “XXX, jangan sedih. Cheer up! 頑張れ(ganbarre = berusaha)” dan dia bagi aku coklat. Ahhh. Aku sangat terharu dan rasa di sayangi. Wuihihihi. *jangan pernah fikir takde yang sayang korang, sebab ada je yang sayang korang. Mungkin korang tak perasan.*

Even dalam jalan dakwah pun ukhwah tu antara yang di titik beratkan. Yela, mampukah kita bergerak sencara sendiri? Mungkin akan ada yang jawab “Ya. Aku mampu. Aku hebat kot”. Cuba semak tanya diri, boleh ke buat semua dengan keupayaan diri sendiri??? Haaaa…

See. Dalam apa-apa pun yang kita lakukan kawan tu sangatlah penting. Sangatlah bernilai nilainya. Terpulang kepada kita macam mana kita nak hargai kehadiran mereka.
Kalau kita sayangkan kawan kita, kita akan tegur dia kalau kita nampak dia buat salah, bukannya diamkan diri, dan mengata kat belakang.

Kemanisan iman:

* Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.
* Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah.
* Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran  sepertimana dia benci untuk dicampakkan      ke dalam neraka

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran