persoalan demi persoalan

*sengaja terbalik*

Mengelamun, termenung dan mengelamun semula.

Ehh. Kenapa perlu mengelamun jika kita boleh berfikir sesuatu yang bermanfaat seperti apa yang harus di lakukan untuk memperbetulkan ummah di luar sana ?
Hmm

Minggu ni ku rasakan sangatlah tertekan, sangatlah sibuk, sangatlah meletihkan.

Yelah. Mungkin sebab ada dua test dan kena fikir universiti yang bakal aku sambung kot.
Cheeh . Takdelah masalah besar sangat. Masalah ni jadi besar sebab kita sendiri yang anggap dia as Besar.

Tapi, kecelaruan tu berkurang apabila aku berkumpul dalam Bulatan Gembira. Memang ku rasa sungguh Gembira. Dapat tatap wajah2 akhwat terchenta, wajah naqibah terchenta. #ehh. Haha.

Di mulakan dengan kisah sahabat. Sahabatku menceritakan tentang Ikrimah, anak kepada Abu Jahal. Seperti yang kita tahu, Ikrimah ini sangatlaaah memerangi Islam sewaktu dia tidak mengenali Islam. Tetapi, selepas Ikrimah di ketuk dengan 'Puan Hidayah' dia sangatlah memberikan komitmen yang sangat tinggi untuk  tegakkan syiar Islam .

"Manusia itu ibarat logam; baiknya semasa jahiliyyah, baik juga semasa Islam, sekiranya mereka faham.”

[Hadith riwayat Bukhari]

Memang sangat tepatlah dengan hadis ni kan. Hebat ! *tepuk tangan*
Waktu ajal dia datang pun, dia masih lagi berbuat baik. Dia sanggup melebihkan saudara dia yang cedera berbanding dirinya sendiri yang sedang cedera. Dia menolak daripada meminum air dan mengarahkan untuk di berikan kepada dua orang sahabatnya yang juga sedang cedera. Ini adalah sewaktu mereka di panggil2 oleh 'enchek syahid'. Peperangan ini adalah peperangan Yarmuk. Meraka bertiga itu ialah Ikrimah bin Abu Jahal, Harits bin Hisyam dan Suhail bin Amr radiyallahu anhum ajma’in. *kredit blog angelwearsgucci*

Di sini ibrah yang kita boleh dapat adalah, walaupun pada zaman dahulu kita sejahat macam mana pun, sekejam mana pun kita, ketahuilah Allah itu sangatlah pemurah dan sangatlah penyayang dan sangatlah menanti-nanti kita untuk pulang kepada Dia. Kenapa kita tak gunakan kelebihan kita tu untuk tegakkan syiar Islam? Kenapa?
Tepuk dada jangan sampai sesak nafas. Eheeee.

Selapas tu, di ikuti dengan isu semasa Rohingya. Allahu . Kisah ni sangat memilukan hati. Sangat besar ujian mereka dan sangatlah tabah mereka ini. Semoga Allah meringankan segala permasalahan kalian.

Di teruskan lagi dengan tazkirah mengenai ayat 7 dan 8 surah Al Zalzalah. Sahabat ku ada cerita tips berkaitan dengan ayat ini. Antaranya, rajin-rajinkanlah diri untuk dengar ceramah agama, dan bahan2 ilmiah, halang diri daripada buat kejahatan(mujahadah), bangun qiam, sebab ni memang tanggungjawab kita untuk mengabdikan diri kepada Allah kan. Dan ada lagi tips. Maaf. Terlupa  ==,

Masuk kepada Tadabur !!
Yeaaah.
Kami Tadabur Surah As-Saff ayat 1-14.
Dalam surah ni ada ayat yang femes. Iaitu ayat 2 yang berbunyi :
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"
Ayat ni di ikuti dengan ...
"(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
Ayat-ayat ni selalu sangat kita dengarkan?
Secara logiknya, siapa je yang suka kalau ada kawan ni dia selalu cakap besar je, cakap kencang. Lebih kencang daripada angin taufan tapi habuk pun tarak. Hanya sekadar omong kosong.
Tak suka kan?

Allah pun dah cakap dalam ayat di atas tu.
Setiap apa yang kita katakan, kenalah di ikuti dengan amal. Jangan jadi macam
"Speak louder than action".
Selepas kita katakan sesuatu tu, contoh kita kata setiap hari jumaat kita nak sedekah. So setiap jumaat punya malam tu, sebelum tidur, kita kenalah muhasabah diri. Tanya diri sendiri, "aku buat tak apa yang aku dah katakan?".
Untuk orang yang cepat lupa ke, bolehlah buat nota peribadi untuk semak semula amalan dalam seharian ni. *cakap depan cermin*.

Tapi jangan pulak takut untuk mengajak or mengatakan sesuatu yang baik.
Sebab setiap apa yang kita lakukan tu ada imbalannya di Akhirat sana. (Macam dalam ayat 7 & 8 Surah Al-Zalzalah)

Dan kita kena ingat, kita akan di uji dengan apa yang kita katakan .
Mungkin ujian tu datang dengan bisikan di hati kita untuk tanak melakukannya.
"Alah tapayahlah. Bukannya orang tahu aku buat ke tak".
"Alah . Malaslah nak buat sekarang. Esok lusa kan ada".
Haaaaa . Ni lagi satu penyakit.
Jangan nak tangguh dalam membuat sesuatu kebaikan. Dapat ke kita pastikan yang esok kita akan hidup?
Takde siapa boleh bagi jaminan kepada kita.
Kalau dah terdetik untuk buat baik tu, cepat2 buat. Yelah. Hatikan mudah berubah-ubah. *semoga Allah tetapkan hati kita di jalan ini*
Kawan-kawan yang perasan tu, bolehlah tegur2 kawan-kawan anda. Mungkin dia tidak sedar.

Seperti yang kita tahu. Solat ni mampu menjaga diri kita daripada perbuatan maksiatkan. Haaa. Tapi kenapa aku, kita still buat kejahatan? Huaaa. Nanges.
Naqibah ku berkata, "waktu solat ni adalah waktu perantaraan di antara dua waktu solat. Dalam erti kata yang lain adalah 24 jam seharian kita kena pastikan kita ni merupakan seorang Individu Muslim"
Ayat yang dia lontarkan sangatlah memberi kesan kepada hati yang sensitip ini.
"Kita kena pastikan kita ni merupakan seorang IM dalam semua keadaan, urusan, tempat, masa dan dalam semua perkara!"
Banyak lagi yang perlu aku, kita kena lakukan.

Acap kali aku terfikir. Macam mana aku nak sampaikan fikrah ini kepada orang luar? Sungguh sedih melihat keadaan sekarang. Tapi sayangnya, aku tak berbuat apa2. Sekadar berfikir, terfikir dan memikir. Belum ada langkah yang aku mulakan.
Sungguh, untuk menyebarkan fikrah kita ke 'dunia luar' memerlukan sangat banyak perisapan, pengorbanan, dan usaha. Dan dalam masa yang sama, kena betul2 pastikan diri ini cukup kuat dan cukup ilmu . Allah ! Jauh lagi perjalanan ini untun sampai ke penghujugnya. Sangatlah jauh !

"Jangan hanya berfikir saja tanpa di ikuti dengan tindakan".

Ayat 10 dan 11 daripada surah As-Saff iaitu.
"Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? :10

"(Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui":11
Haaaa. Tahu tak?
Kalau kita sebut perdangan ni, mestilah suatu proses yang memberikan keuntungan kepada penjual dan memberikan kepuasa kepada pembeli kan.
Tapi perdagangan dengan Allah ni sedikit pun tidak menguntungkan Allah. Tapi menguntungkan kita sebab kita peroleh ganjaran pahala.
Lihat. Betapa indahnya perdagangan ataupun jual beli dengan Allah. Allah nakkan yang terbaik untuk hambaNya, tapi sejauh mana kita berusaha?
Sedarkah kita betapa Maha Kaya, Maha Pengasih , Maha penyayangnya Allah azza wajallah ni?
Allahu. Sebak dada ini .
Sungguh! Jalan ini masih panjang!

Pabila di fikir-fikirkan semula. Masih banyak lagi perkara yang aku,kita perlu lakukan. Kalau kita tak mulakan sekarang, bila kita nak mulakan?
Takkan kita nak tangguh kebaikan ?

Mengiring ke kiri. Mengiring ke kanan. Pejam mata. Bukak mata.
Tidak ku berjaya untuk tidur. Masih banyak perkara yang aku tak lakukan lagi. Aku harus jadi kuat!
Kuat ! Kuat ! Kuat !

"Allah yang tsabatkan kita atas jalan dakwah, bukannya kita tsabat kerana amalan kita. Oleh itu perbanyakkan doa agar kita terus tsabat"
-Sentuhan al Akh-

_________________________________________

Semoga aku, kita kotakan apa yang aku, kita katakan.

Comments

Popular posts from this blog

Trip Indonesia Sotsuryoko konon

Pau Jejak UK

Buah Apa? Buah Fikiran