Posts

Jalan Pulang

Image
"Stressnya aku". Jalan Pulang.  Semakin lama, semakin banyak kerja yang perlu dan wajib dibuat. Pemboleh ubah yang di manipulasikan adalah masa.  Dan pemboleh ubah bergerak balas itu adalah kerja. Jadi, masa akan menentukan kuantiti ataupun kualiti sesuatu pekerjaan itu. Boleh jadi juga, kalau kerja tu kita cyanto buat (maksud: teliti) mengikut masa, kualiti pekerjaan itu mestilah mantop. Ya, well prepared. Masakan tidak. Kalau kerja kita tu kena submit esok mahupun lusa tapi kita tak start apa-apa langsung , perancangan tidak cukup mantop, terang lagi bersuluhlah kan yang kualiti pekerjaan kita tu tidak sehebat orang yang start kerja dia awal. *dush, zap zap, batu besar jatuh atas kepala sendiri*  "Padatnya jadual minggu hadapan. Ah. Aku stress. Nak balik", bisik hatiku. Minggu depan sangatlah padat jadual. Ada kerja yang kena submit ahad ni, report yang kena hantar Selasa akan datang ni, dengan dua test, yang mana kedua-dua test tu sangat mencabar s...

arus apakah?

Image
Menariknnya Arus.  Arus apa? Arus perdana ? Arus Sulinti?  Haha. Suka hati aku je.hehe Arus yang di maksudkan adalah Current, Arus Elektrik atau orang Johor panggil dengan panggilan Karen .  Kenapa menarik? Sebabnya, ciri khas Current ni, dia akan pilih jalan yang mudah untuk sampai ke destinasi yang dia nak pergi.  Kalau dalam dunia Elektrik Elektronik, Current ni kalau di bagi pilihan dua jalan, satu jalan tu ada Resistor (perintang), tapi satu lagi jalan yang tak ada apa-apa halangan iaitu Resistor , Current ni akan lalu pada laluan yang tiada Resistor sebab tak penghalang yang mampu menghalang dia untuk sampai ke tempat yang dia nak pergi sangat-sangat.  Hebat bukan jadi Current !  Ikut kepala dia je nak pilih siapa. Apa jadi kalau dia lalu pada laluan yang ada Resistor ? (Which means kat jalan tu semua jalan yang ada hanyalah jalan yang ada Resistor. Takde pun jalan yang tiada Resistor).  Kalau dalam keadaan ini, Current yang m...

persoalan demi persoalan

Image
*sengaja terbalik* Mengelamun, termenung dan mengelamun semula. Ehh. Kenapa perlu mengelamun jika kita boleh berfikir sesuatu yang bermanfaat seperti apa yang harus di lakukan untuk memperbetulkan ummah di luar sana ? Hmm Minggu ni ku rasakan sangatlah tertekan, sangatlah sibuk, sangatlah meletihkan. Yelah. Mungkin sebab ada dua test dan kena fikir universiti yang bakal aku sambung kot. Cheeh . Takdelah masalah besar sangat. Masalah ni jadi besar sebab kita sendiri yang anggap dia as Besar. Tapi, kecelaruan tu berkurang apabila aku berkumpul dalam Bulatan Gembira. Memang ku rasa sungguh Gembira. Dapat tatap wajah2 akhwat terchenta, wajah naqibah terchenta. #ehh. Haha. Di mulakan dengan kisah sahabat. Sahabatku menceritakan tentang Ikrimah, anak kepada Abu Jahal. Seperti yang kita tahu, Ikrimah ini sangatlaaah memerangi Islam sewaktu dia tidak mengenali Islam. Tetapi, selepas Ikrimah di ketuk dengan 'Puan Hidayah' dia sangatlah memberikan komitmen yang sangat t...

kekuatan itu.

Image
#akakakaktaff “ そばにいたいよ、 君のためにできることが 僕にあるかな いつも君に ずっと君に 笑っていてほしくて “ (Soba ni itai yo kimi no tameni dekiru koto ga boku ni aru kana Itsumo kimi ni zutto kimi ni waratte ite hoshikute) Kuingin selalu bersamamu Apakah ada, hal yang bisa kulakukan untuk dirimu? Selalu untukmu Selamanya untukmu Kuingin kau terus tersenyum selamanya                          ~Himawari no yakusoku~ Lagu ni sangat memberi maksud yang mendalam untuk aku. Dan banyak ertinya di sebalik lagu ini. Macam yang kita tau, lagu ni adalah lagu tema daripada cerita Doraemon Stand By Me. Seres, waktu tengok cerita ini aku menangis sebab sangat rasa dia punya kasih sayang antara Doraemon dan Nobita. Betapa ikhlasnya persahabat mereka sampaikan sanggup buat apa-apa untuk pastikan kawannya tu bahagia walaupun terpaksa lakukan macam-macam pengorbanan.  Huhhhh. Lap air mata sat. Kepelbagaian sifat kawan-kawan kita ni ada ‘perkara’ yang dating dengan pakej. Mi...

What?!

Image
Di atas meja ku ad dua jenis nota dalam satu kelas. Subject yang sekejap lagi akan ada ujian dan satu la subject yang sedang di pelajari. Subject yang akan ada ujian 高度情報処理(koudou jyouhou syori = Advance Information Processing) Subject yang sedang di pelajari 物性(bussei = Solid State) "Ehhh, asal aku main phone siap buat cerita lagi". Hmmm sebabnya aku da fed up ? Har har har. Bayangkanlah, kita usaha nak pahamkan, tapi penyudahnya tak faham apa2. Sesungguhnya hidayah tu milik Allah. *sigh* eh takbaik mengeluh. Jangan jangan Silap aku jugak kot. Sebab. Mind set aku dah set yg sensei(pensyarah) ni punya percakapan sangat susah untuk di fahami. Silaplahkan. Apabila kita dah set dalam minda kita 'tanak terima apa yang beliau katakan', maka, tidak sampailah kefahaman itu. Sebab tu perlunya berlapang dada. Tapi. Nak capai tu, Allah! Perlu banyak lagi perkara yang perlu di lakukan. Tapi, takboleh juga nak salahkan sensei. Sebab apa yang kita lakukan...

alasan saja ni !

Image
Hidup penuh dengan alasan? Alasan ni sebenarnya menunjukkan kelemahan diri kita mungkin kerana kita tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung segala cabaran apabila kita bertindak melakukan sesuatu perkara. Mungkin juga kerana kita malas. Apa-apa pun, alasan ni mampu menjadi batu besar yang menutupi pintu masuk gua secara keseluruhan. Sedangkan kita perlu berteduh di dalam gua untuk melindungi kita daripada hujan lebat dan sambaran kilat. Jika batu besar ni tiada, kemungkinan untuk kita selamat adalah tinggi. “hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih”. Selalu kita dengar peribahasa ini. Tapi, sejauh mana kita mengambil  tindakan untuk terus mengorak  langkah ke hadapan. Bagaimana keadaan kita pada masa 4 tahun dari sekarang? *teringat kata-kata seorang penulis buku Mencari Hud-Hud. Bersediakah kita untuk hadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku? Ataukah, kita akan terus rebah terguling jatuh walaupun baru di tiup oleh angin petang? Untuk memperol...

aipong ? nokia?

Image
*terima kasih encik google* Aipong ? nokia baling anjing pun tak sakit? Well. Untuk pastikan kualiti barang yang kita pilih tu yang saiko(saiko=terbaik) mestilah harganya pun saiko kan. Untuk dapatkan barang dengan harga yang mahal ni mesti perlukan usaha yang gila gaban bersungguh sampai terpaksa kena ikat perut, cari duit poket dengan buat part time, bissness. Dan bila dah dapat tu, mesti kita akan jaga bapak ahh kalau boleh 24 jam nak tengok benda yang kita beli tu, pastikan berada dalam keadaan baik, pakaikan dia cover, download security apps*kalau phone* mahal kot. Dah susah2 nak dapatkan mestilah kita akan hargai barang itukan. Kalau calar sikit tu, mahu tak mengamuk. Hahaha *over di situ* Tu baai(baai=keadaan) barang mahal. Cuba barang murah, kualiti pun rendah *mungkin ada je yang baik*, usaha tak segila nak beli barang mahal, tak perlu pening kepala fikir apa cara terbaik nak menabung. Dan bila dah dapat tu, mesti kita buat endah tak endah je kan*kot...