Posts

Intra Terbhaekk.

Image
Di isytiharkan Intra di GiatMara Puchong sudah berakhir pada hari ini iaitu 18 Sep 2015 !!!! *mereka hantar sampai ke luar pagar dan tunggu kami naik van (T ^ T)*  Yeaaahhh. Eehh. Cop. Bakpe air mata mengalir? Haha.  Seriously, sebak gila nak berpisah dengan budak-budak Giatmara Puchong, Abang Daus, Cikgu Azam, Cikgu Maizan, Pengurus, dan semua cikgu-cikgu, makcik kedai belakang, makcik jual keropok lekor, dan semualah! Hampir 2 bulan aku, Fitrah, Zulharith, Kocha, Ben kena train kat sini.  Walaupun kami dapat di Giatmara, tapi pada pendapat aku, seakan-akan aku dapat tempat yang paling baik di Malaysia ni. Ya lah. Rapat dengan cikgu-cikgu, pelatih-pelatih dan makcik kedai makan. Siap bergurau senda lagi. Sangat berharga. Tak terkata. Sangat bermakna. Kat sini kami (pelajar elektrik elektronik) belajar mengenai pendawaian elektrik domestik. Pergh! Memang masuk situ kosonglah. Masuk situ kosong, tapi kami keluar dengan pelbagai ilmu pendawaian. Kami belajar pen...

Sayang ku seribu kali sayang

Image
*post kali ni lebih kepada diri sendiri punya kisah. Hahaha * *mereka tidur rumah aku. (*´∇`*)*  Ya. Selalu dah kan dengar perkataan "Ukhwah tu lebih manis daripada gula"?  Tapi, ukhwah tu ukhwah yang macam mana? Sekadar kata "Ana Uhibbu Anta"  *eh macam salah. Maafkan saya*, "Saya sayang awak kerna Allah", " I love you", "If you tara, I tara selera" dan macam-macam lagi. Hmmm. "Ukhwah ni apabila kawan kita tu walaupun dia sakiti hati kita, ataupun goreskan hati kita tapi kita still berkawan dengan dia, rasakan kemesraan antara hati-hati kita sebab kita pada JALAN yang SAMA. Sebabnya? Allah tu menjadi perantaraan antara hubungan kita dan hubungan dia. Manusia kan tiada yang sempurna. Pasti ada kesilapan mahupun sedar ataupun tidak. Terima seadanya. Letakkan Allah sebagai perantaraan antara kita dan dia".  Hmm. Lebih kurang lah ayat yang di lontarkan oleh salah seorang teman seperjuangan ku. "Terima walaup...

Orang Asing

Image
                     *ehhh. Cahaya UFO* Malam itu dia terasa kesepian. Di saat semua  roommate  dia enak di buai mimpi indah, dia masih lagi termangu sambil memandang ke arah luar jendela. Tidak semena-mena satu persatu memori dari zaman persekolahan dia sehingga diri dia yang sekarang ni singgah ke benak pemikiran dia. Ya lah. Kalau dah bersendirian ni memang macam-macam lah yang di fikirkan. Masa lampau, masa kini, masa hadapan, masa bujang, masa hidup berumahtangga. #ehh. Kalau nak di buat perbandingan, diri dia yang dahulu dan sekarang ni sangatlah jauh berbeza. "Kau  couple  dengan siapa sekarang?" Tu merupakan antara topik  hot  antara dia dan rakan-rakannya. Boleh di katakan setahun sekali dia berubah pasangan.  Hotstuff . Setiap kali berpasangan, macam-macamlah dia terima hadiah. Daripada patung beruang kepada bunga hidup.  Setiap kali putus dengan pasangannya tu, ja...

#TipsMasukU

#TipsMasukU Hot kan #hashtag ni. Well *flip tudung* Saya merupakan pelajar tahun ke tiga jurusan Elektrik Elektronik. Saya merupakan seorang pelajar yang bersemangat nak belajar. Cheeeh  ( ・ิ,_ゝ・ิ). Sebelum ni aku sekadar belajar di sekolah menengah harian yang setiap hari berulang alik dari rumah ke sekolah. Kredit kepada Abah sebab awal-awal masa tingkatan 1 dulu sanggup pagi-pagi yang sejuk menggigit bulu roma menghantar aku ke sekolah yang berjarak dalam 15 min dengan menunggang motosikal. Takkan ku lupa. Dulu, waktu sekolah menengah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 aku akan berjumpa dengan rakan-rakan di sekolah. Kalau bukan di sekolah pun kat rumah kawan-kawan yang lain. Yela, dengan study group nya, leypark(perkataan asal : lepak) dan macam-macam lah. Dulu takda lah aku terasa hati sangat dengan kengkawan. Yela, ada keluarga depan mata. Lega hati sikit apabila tengok mereka. Tetapi, itu suatu ketika dahulu. Sekarang, daripada tahun 2013 sehingga kini, hidu...

Ehhh

"Eh, kau  g  amek  buku tu daripada bilik cikgu" "Eh, kau tolong  amekkan  beg aku yang kat sebelah kau tu." " Wei , jangan banyak cakap, ikut aku jom pergi  sekian sekian sekian......... " Pernah tak alami waktu-waktu macam ni?  Nak jujur ni. Aku selalu dah kena  beb . Kadang-kadang tu sampai tahap  "Ahhh. Lantaklah malas dah nak terasa hati dengan  sekian sekian sekian nih ".  Tapi, kau tetap juga ikut apa yang dia suruh.  Sob.  Menangis tak berlagu  wei . Haha.  Kadang kala tu terasa lah jugak di pergunakan, di pandang rendah, di anggap sebagai insan yang tidak bermaya, yang tak pandai nak memertahankan diri.  Sebabnya aku tak reti nak membuatkan orang terasa hati, sedih dengan aku. Aku lebih sanggup hati ini terluka bagai terkena serpihan buluh daripada aku menghampakan orang lain. Oh. Sedih.  ╭( ๐_๐)╮. "Sampai bila nak di pijak?"  Entahlah. Sampai bila-bila kot.  *bis...

Tempoh

Image
Dalam Al-Quran ada menyebutkan soal Iddah. Iddah yang kita faham adalah suatu tempoh penyucian untuk kaum wanita yang di ceraikan oleh suami dia mengikut  jyouken  (keadaan) masing-masing. Tempoh ini di perlukan untuk menjaga kesucian wanita itu sendiri dan untuk mengelak daripada berlakunya salah faham mengenai kandungan (jika wanita tersebut mengandung). Yelah. Takut keliru anak tu anak siapa macam tu lah.  Islam sangatlah menjaga wanita, meninggikan martabat wanita, tetapi mengapakah ramai yang tidak merasai dirinya di pandang dengan suatu nilai yang sangat berharga? Berbalik topik iddah. Iddah merupakan suatu tempoh masa. Tempoh masa . Ya. Tempoh masa. *dalam semua keadaan akan ada suatu tempoh kita berhenti tanpa melakukan apa-apa melainkan berfikir*  Kita sebagai manusia kadang kala memerlukan suatu tempoh masa untuk membuat sesuatu keputusan. Tempoh masa untuk bersiap. Tempoh masa untuk berfikir. Tapi kita guna tak tempoh masa yang kita ada tu unt...

Kejayaan Itu.....

Image
 *kredit pada seseorang yang buat ini.* "Semua pelajar di kehendaki berkumpul di dalam Dewan Jubli Intan. Dalam masa 5 minit lagi kerana keputusan SPM akan di umumkan." Aku melangkah dengan langkah yang agak perlahan sambil berdoa dalam hati. "Eh Gi. Jomlah. Cepat sikit jalan." Kawan ku menegur daripada belakang. Pelajar-pelajar lain dengan sepantas kilat bergerak ke arah dewan. "Aku da tahu dah keputusan aku. Aku check guna phone tadi. Kau tak nak check ke?" "Eh tak nak lah. Tak surprise lah nanti." Kedengaran perbualan dari belakang tempat duduk ku. Aku, Zati, Hanan, dan Hada berkumpul sambil menenangkan hati antara satu sama lain. Kami se geng selalu belajar bersama, berjalan bersama-sama dan melakukan perkara gila-gila bersama-sama. Antara perkara gila-gila tu ialah kami menunggang motor, pergi ke bandar tanpa lesen. Alhamdulillah lah kami di selamatkan oleh Allah. Selain tu kan, kami pernah sambut hari jadi kawan kami di...