Posts

Senyum

"Ahhh. Layakkah aku untuk masuk daigaku itu."  Keluh ku di dalam hati. Uhhh. Berat nanang.  Ya, aku memang seorang yang tak berapa nak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Nak buat sekecil-sekecil benda macam lontarkan idea yang bersarang dalam kepala pun tak berani dan tak yakin. Asyik fikirkan orang lain ja.  "Nanti orang ni kata idea aku merepek pula. Baik aku diam".  Sedangkan tak salah pun untuk mencuba dan lontarkan pendapat tu. Terserah pada individu masing-masinglah kan sama ada nak dengar ataupun tidak.  Tapi, tulah kelemahan aku. Rela berdiam diri daripada bersuara. Lepas tu dalam hati memberontak dan degil dengan idea sendiri dan penyudahnya mengalah tanpa bertanding dan terima idea orang lain. Yalah, jenis pendam dan dendam . Eh? Sedih. Aku rasa aku antara yang saitei. Programming tak boleh. Denjiki tak boleh. Denshi tak boleh. Apa yang aku boleh? Aku tak tahu apa kelebihan aku. (T^T).  Tapi, aku yakin. Aku Yakin yang Allah akan bagi jalan ...

Puisi 1

Hampa,  Pabila kau sudah meletakkan kepercayaan, pengharapan terhadap sesuatu,  Kau sudah memperoleh kata-kata semangat,  Mereka kata mereka akan membantu kau,  Tapi belum tiba masa untuk kau membuktikannya,  Mereka telah pun membuang kau. Manusia,  Setiap manusia mempunyai kepelbagaian karakter,  Tak usah cemburu pada kelebihan orang lain,  Tak usah iri hati dengan kebahagian orang lain,  Kan jalan hidup setiap orang berbeza-beza,  Apa yang di tempuhi dalam kehidupan itu adalah perencah dalam kehidupan,  Pahit, manis, tawar, payau,  Bercampur menjadi satu,  iaitu kehidupan. Lemah,  Kekadang itu ku rasa tidak mempunyai kudrat untuk melangkah,  Kehilangan semangat dalam perjuangan,  Rapuh dalam mencorak langkah,  Tersungkur rebah ke bumi,  Lalu, ku di sambut dengan suatu pelukan, "Awak kuat. Awak mampu hadapi ini semua. Yakin padaNya",  Aku mengorak lagi langkah ku itu dengan luka yang pe...

Prolog : Jay

Kisah ini tentang Aku. Aku yang di lahirkan di muka bumi Allah. Aku yang merupakan anak kepada ibu dan ayah aku. Aku yang merupakan adik kepada abang dan adik aku. Dan Aku yang mempunyai adik-adik yang girang. Sebelum tu. Biarlah Aku kenalkan diri Aku. Nama panjang Aku Jay. Nama pendek J. Aku ni walaupun seorang perempuan yang comel (puji diri sendiri), tapi perwatakan Aku lasak, ganas, dan sedikit tomboy. Mungkin sebab sewaktu kecil-kecil Aku selalu bermain dengan abang-abang Aku dan sepupu Aku yang kebanyakannya lelaki. Permainan Aku dulu kutip biji getah, main perang-perang. Lagi, panjat pokok. Ahh. Yang penting berpanasan lah. Teringat sewaktu itu, Aku di rotan dengan tali pinggang ayah ku sebabnya selalu sangat main di luar. Dulu Aku juga selalu sangat bergaduh dengan adik-adik aku. Bergaduh sampai keluar air mata, campak barang. Haha. Zaman budak-budak. Aku bahagia dengan keluarga Aku ni. Walaupun masing-masing berbeza perwatakan dan sifat, tapi alhamdulillah aku di lahirk...

Intra Terbhaekk.

Image
Di isytiharkan Intra di GiatMara Puchong sudah berakhir pada hari ini iaitu 18 Sep 2015 !!!! *mereka hantar sampai ke luar pagar dan tunggu kami naik van (T ^ T)*  Yeaaahhh. Eehh. Cop. Bakpe air mata mengalir? Haha.  Seriously, sebak gila nak berpisah dengan budak-budak Giatmara Puchong, Abang Daus, Cikgu Azam, Cikgu Maizan, Pengurus, dan semua cikgu-cikgu, makcik kedai belakang, makcik jual keropok lekor, dan semualah! Hampir 2 bulan aku, Fitrah, Zulharith, Kocha, Ben kena train kat sini.  Walaupun kami dapat di Giatmara, tapi pada pendapat aku, seakan-akan aku dapat tempat yang paling baik di Malaysia ni. Ya lah. Rapat dengan cikgu-cikgu, pelatih-pelatih dan makcik kedai makan. Siap bergurau senda lagi. Sangat berharga. Tak terkata. Sangat bermakna. Kat sini kami (pelajar elektrik elektronik) belajar mengenai pendawaian elektrik domestik. Pergh! Memang masuk situ kosonglah. Masuk situ kosong, tapi kami keluar dengan pelbagai ilmu pendawaian. Kami belajar pen...

Sayang ku seribu kali sayang

Image
*post kali ni lebih kepada diri sendiri punya kisah. Hahaha * *mereka tidur rumah aku. (*´∇`*)*  Ya. Selalu dah kan dengar perkataan "Ukhwah tu lebih manis daripada gula"?  Tapi, ukhwah tu ukhwah yang macam mana? Sekadar kata "Ana Uhibbu Anta"  *eh macam salah. Maafkan saya*, "Saya sayang awak kerna Allah", " I love you", "If you tara, I tara selera" dan macam-macam lagi. Hmmm. "Ukhwah ni apabila kawan kita tu walaupun dia sakiti hati kita, ataupun goreskan hati kita tapi kita still berkawan dengan dia, rasakan kemesraan antara hati-hati kita sebab kita pada JALAN yang SAMA. Sebabnya? Allah tu menjadi perantaraan antara hubungan kita dan hubungan dia. Manusia kan tiada yang sempurna. Pasti ada kesilapan mahupun sedar ataupun tidak. Terima seadanya. Letakkan Allah sebagai perantaraan antara kita dan dia".  Hmm. Lebih kurang lah ayat yang di lontarkan oleh salah seorang teman seperjuangan ku. "Terima walaup...

Orang Asing

Image
                     *ehhh. Cahaya UFO* Malam itu dia terasa kesepian. Di saat semua  roommate  dia enak di buai mimpi indah, dia masih lagi termangu sambil memandang ke arah luar jendela. Tidak semena-mena satu persatu memori dari zaman persekolahan dia sehingga diri dia yang sekarang ni singgah ke benak pemikiran dia. Ya lah. Kalau dah bersendirian ni memang macam-macam lah yang di fikirkan. Masa lampau, masa kini, masa hadapan, masa bujang, masa hidup berumahtangga. #ehh. Kalau nak di buat perbandingan, diri dia yang dahulu dan sekarang ni sangatlah jauh berbeza. "Kau  couple  dengan siapa sekarang?" Tu merupakan antara topik  hot  antara dia dan rakan-rakannya. Boleh di katakan setahun sekali dia berubah pasangan.  Hotstuff . Setiap kali berpasangan, macam-macamlah dia terima hadiah. Daripada patung beruang kepada bunga hidup.  Setiap kali putus dengan pasangannya tu, ja...

#TipsMasukU

#TipsMasukU Hot kan #hashtag ni. Well *flip tudung* Saya merupakan pelajar tahun ke tiga jurusan Elektrik Elektronik. Saya merupakan seorang pelajar yang bersemangat nak belajar. Cheeeh  ( ・ิ,_ゝ・ิ). Sebelum ni aku sekadar belajar di sekolah menengah harian yang setiap hari berulang alik dari rumah ke sekolah. Kredit kepada Abah sebab awal-awal masa tingkatan 1 dulu sanggup pagi-pagi yang sejuk menggigit bulu roma menghantar aku ke sekolah yang berjarak dalam 15 min dengan menunggang motosikal. Takkan ku lupa. Dulu, waktu sekolah menengah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 aku akan berjumpa dengan rakan-rakan di sekolah. Kalau bukan di sekolah pun kat rumah kawan-kawan yang lain. Yela, dengan study group nya, leypark(perkataan asal : lepak) dan macam-macam lah. Dulu takda lah aku terasa hati sangat dengan kengkawan. Yela, ada keluarga depan mata. Lega hati sikit apabila tengok mereka. Tetapi, itu suatu ketika dahulu. Sekarang, daripada tahun 2013 sehingga kini, hidu...