Posts

Pau Jejak UK

Image
Hari Pertama : Arc de Triomple – Eiffel Tower – The Louvre – Grand Mosque of Paris, Paris Jadi perjalanan kami bermula di Paris. Kami memilih Saudi Arabian Airline daripada KLIA menuju ke Charles De Gaulle (CDG), Paris dan transit di Jeddah. Jangan risau pasal makanan sepanjang dalam perjalanan, sebab Saudia memberikan perkhidmatan makanan yang memuaskan hati! Gambar 1 : Makanan yang di sediakan dalam Saudia Kami tiba di CDG airport pada pukul 7:30 pagi waktu tempatan. Alhamdulillah tiada masalah di bahagian immigration . Sampai sahaja terus connect dengan wifi untuk cari jalan ke destinasi yang di rancang. Kami tak beli wifi (di situ ada jual wifi). Jadi kami screenshot nama-nama train station dan cara nak ke destinasi. Jadi daripada CDG airport kami mengambil bus direct ke Gare de Lyon (salah satu stesen kereta api) untuk letak bagpack kami. Tapi, nak cari tempat letak beg ini makan masa sikit. Sebab tak jumpa di mana dan kami dah tanya salah seorang pekerja...

Aunty itu perantaraan

"Zreeekkk" Bunyi pintu di kuak dari luar. Dengan sepantas kilat aku bangkit daripada pembaringan ku.  "Oh. Seorang mak cik." Bisik hatiku. "KLIA?", mak cik tu memecahkan kesunyiaan suasana. "Err. A'aa. Balik ke KLIA petang ini. Balas ku. "Oh. Aunty dari KLIA. Datang nak berjalan di sini." Kata aunty itu. Terus ku tanya, "Oh. Datang sendiri ke? Atau pun under travel agency?" "Oh. Aunty jalan sendiri." And i was like. "Wow. Hebatnya aunty ni travel sendiri ke Jepun. Aunty tu pun cerita dia dah pernah pergi Korea sendiri. Oh ya, dia travel bersama-sama dengan suami dia.  Dan kami pun berbual-bual. Aku memberitahu aunty itu aku belajar di Jepun, di bawah tajaan. Dan aunty tu pun cerita anak kenalan dia bekerja di Tokyo. Dan sembang punya sembang, aunty tu pun nak berlalu pergi. Tiba-tiba dia datang berjalan ke arah ku. Sambil memegang sesuatu dalam gengaman tangan di...

Mustahil!

Image
Tik tik tikk tikk Hujan turun rintik-rintik. Hujan. merupakan salah satu cuaca yang aku suka. Kenapa? Dalam hujan itu ada suatu ketenangan, kedamaian dan juga kesyukuran.  "Eh, kalau hujankan susah nak keluar. Jalan jadi licin, kebarangkalian untuk berlaku kemalangan juga tinggi di sebabkan faktor jalan yang licin dan had penglihatan di sebabkan kabusnya keadaan." Ya. Betul. Tapi, itu bergantung juga pada individu. Jikalau dia seorang yang penyabar, berhati-hati, itu tidak akan menjadi masalah. Aku suka Hujan. Kalau kita menangis dalam hujan, orang di sekeliling kita tidak akan perasan yang kita sedang menangis. Dalam hujan juga kalau kita berteriak, jiran sebelah tidak akan dengar. Hujan ni juga menjadi sumber utama dalam kehidupan seharian kita sebagai punca air kita. Kalau tiada hujan, maka kita terpaksa minum air laut yang masin. Alhamdulillah hujan sentiasa turun walaupun kehadiran dia kadangkala kita tidak sedar dan kehadiran dia bukanlah sesuatu perkara ya...

Buah Apa? Buah Fikiran

Image
*Jika kau fikirkan gambar ini ada kaitan dengan post ini, maka ianya akan berkaitan.*  Menarik tak kalau ada mesin untuk membaca pemikiran orang? Kalau orang tu berniat jahat pada kita, kita boleh ambil langkah berjaga-jaga supaya kita tidak terjebak dalam agenda dia. Tapi, kalau orang tu berniat nak memberikan kita kejutan, seperti sambutan hari jadi sudah pasti perkara itu tidak memeranjatkan kita kan? Ada baiknya kita tak boleh baca pemikiran orang lain. Sebagai kita menghormati privasi orang tersebut. Macam mana pulak pemikiran orang yang optimistik, sentiasa positif dengan pemikiran orang yang sentiasa resah, gelisah dan negatif? Haaaa. Meh nak cerita. Situasi 1: Pada suatu petang yang damai dan anginnya yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, Ayu berjalan dengan lenggangnya menuju ke rumah sewa Kiyah. Dengan hajat ingin meminta tolong daripada Kiyah. Sejurus sampainya Ayu ke rumah Kiyah, dia pun memberi salam dan terus menyatakan hajatnya ke rumah Kiyah. "Yah Yah....

Pengharapan Itu.

Tak kenal lagi dah di tolak mentah-mentah? Letak harapan setinggi gunung, tapi tiba-tiba gunung memuntahkan lava-lava yang panas yang mengakibatkan beribu kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar? Hmmm. Apa yang ingin aku sampaikan? Haaaa. Biasa tak kita di kecewakan? Mestilah biasa kan. Yelah. Manusia. Nobody perfect. Dan takkan ada yang mencapai tahap kesempurnaan itu. Pasti akan ada cacat celanya di mana-mana. Lama sungguh aku menyepi dari dunia penulisan ku sendiri. Sebabnya aku sedang bertarung dengan diri sendiri. Pertarungan dengan diri sendiri ni lah antara pertarungan yang susah. *pada pendapat aku*. Dan aku pun baru sahaja menghabiskan peperiksaan terakhir, sem terakhirku di Malaysia. InsyaAllah. Boleh di katakan peperiksaan kali ni peperiksaan paling berdarah. Kenapa? Sebab aku di uji dengan perasaan ku sendiri sewaktu minggu ulang kaji. Macam mana aku berjaya menghabiskan peperiksaan ku dengan bergayanya? Ya. Sudah pasti dengan doa, solat bagi kencang, dan sokongan d...

Bahagian 1: Penggerak Hati

"Untuk pelajar-pelajar yang ingin membuat pendaftaran masuk Semesta Satu, sila hadirkan diri anda ke Dewan Utama untuk menghadiri taklimat kemasukan pada jam 1.00 petang. Terima kasih." Ya. Hari ini merupakan permulaan hari baru ku ke alam universiti. Ini merupakan kali pertama Aku meninggalkan keluarga ku dalam tempoh yang lama untuk berjuang dalam medan pembelajaran ini. Selama ini pun, mak dan ayah ku tidak membenarkan Aku untuk memasuki mana-mana sekolah berasrama. Tapi, kali ini mereka merelakan pemergian ku untuk mencapai impian ku dan juga impian mereka. Aku di campak di salah sebuah universiti di Sabah. Dan Aku tidak mempunyai kenalan di sini. "Eh, adik baru masuk ke universiti ini ke? Haaa. Nama akak Munirah. Boleh panggil Kak Muni. Akak pelajar semesta 4 dalam jurusan Syariah. Kamu nak pergi ke bilik kamu ke? Mari akak tunjukkan." Tidak sempat aku menjawab apa-apa persoalan daripada dia, dia dah pun memberitahu ku maklumat diri dia. Sepanjang perjalana...

Senyum

"Ahhh. Layakkah aku untuk masuk daigaku itu."  Keluh ku di dalam hati. Uhhh. Berat nanang.  Ya, aku memang seorang yang tak berapa nak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Nak buat sekecil-sekecil benda macam lontarkan idea yang bersarang dalam kepala pun tak berani dan tak yakin. Asyik fikirkan orang lain ja.  "Nanti orang ni kata idea aku merepek pula. Baik aku diam".  Sedangkan tak salah pun untuk mencuba dan lontarkan pendapat tu. Terserah pada individu masing-masinglah kan sama ada nak dengar ataupun tidak.  Tapi, tulah kelemahan aku. Rela berdiam diri daripada bersuara. Lepas tu dalam hati memberontak dan degil dengan idea sendiri dan penyudahnya mengalah tanpa bertanding dan terima idea orang lain. Yalah, jenis pendam dan dendam . Eh? Sedih. Aku rasa aku antara yang saitei. Programming tak boleh. Denjiki tak boleh. Denshi tak boleh. Apa yang aku boleh? Aku tak tahu apa kelebihan aku. (T^T).  Tapi, aku yakin. Aku Yakin yang Allah akan bagi jalan ...